SweetMuslimah.com

Tuesday, December 22, 2015

Pre-Book Meals Air Asia Sambil Menderma Kepada Yang Memerlukan

Hi !

Sempena Krismas yang semakin menjelang ini, kita berpeluang untuk berbakti dan beramal kepada golongan gelandangan dan kurang berkemampuan secara mudah dengan melalui pre-book meals Air Asia. 

Ini kerana Air Asia telah bekerjasama dengan Reach Out Malaysia untuk mengagihkan makanan kepada homeless dan urban poor melalui kempen kebajikan berdurasi seminggu ini !


REACH OUT MALAYSIA
Reach Out Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada April 2008. Organisasi ini bermatlamat untuk memenuhi tanggungjawab kemanusiaan membantu yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama. 
Layari laman web Reach Out Malaysia di https://reachoutmy.wordpress.com/

MENDERMA DENGAN SETIAP PRE-BOOKED MEAL 
Dari 21 hingga 25 Disember 2015 ini, dengan setiap pre-book meal yang anda tempah melalui laman web Air Asia, 1 hidangan akan didermakan kepada golongan gelandangan. Anda kenyang, yang menerima pun dibantu. Jadi, yang nak balik bercuti dengan Air Asia tu, jangan lupa pre-book secara dalam talian. Tak salah membeli sambil mengenyangkan perut gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati sambil menderma :)

Selain itu juga, sempena Krismas ini, semua yang menaiki pesawat Air Asia (kod penerbangan AK sahaja) akan menikmati pelbagai pilihan hidangan dan diskaun bila menempah makanan secara dalam talian. Ada menu istimewa Shepard's Pie dan in-flight new menu gormet, Santan untuk masa terhad. Lepas ni in-flight menu akan kembali seperti biasa. Lupa nak bagitahu, brownies coklat Air Asia Ya Allah sedap gila. Sedap gila. Sedap gila. Penuh coklat ! Cepat-cepat tempah dalam talian sekarang !

Nak tahu apa lagi yang spesel sempena Krismas ni, log on to www.airasia.com sekarang! Ingat, tempah sekarang dan anda telah menderma kepada yang memerlukan :)


Pre-Book Meals Air Asia Sambil Menderma Kepada Yang Memerlukan
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
December 22, 2015 at 9:53 AM

tawaran yang sangat menarik kan sha :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+