SweetMuslimah.com

Monday, December 7, 2015

Automotif & Pemanas Bangku

Setiap semester, mesti aku akan dapat soalan yang sama. Dah 3 tahun setengah berkhidmat sebagai tenaga pengajar, soalan yang aku dapat masa attend amali student "Kenapa miss ambil automotif? Memang minat ke?"

Dan jenuh juga menjawab soalan yang sama saban tahun. Padahal baru 3 tahun, pun dah bosan tahap gaban nak menjawab, ekekeke :p

Kadang aku fikir, apa pelik sangat ke perempuan lemah inesen macam aku *poyo T_T* ambik subjek yang biasanya lelaki pelopori? Kalau dah ramai lelaki jadi chef, tak kan perempuan tak boleh jadi engineer atau pilot? Ye tak? Its just a matter of gender beb. And we can always change that opinion :)

Tapi kali ni ada tambahan komen. 

"Saya tak pernah tengok perempuan buat kerja-kerja automotif ni puan. Patutnya puan ni duduk di dapur je, masak"


Amboi kau komen. Tak beragak. Dah lah ko komen depan aku masa tengah dissemble gearbox. Nanti elok-elok ko makan nasi, tengahari tu ko makan shaft ! Haha

You see, aku pun pelik kenapa aku pilih subjek Automotif the first choice masa sambung belajar. Lepas dah pilih, submit. Tetiba baru rasa menyesal. Eh kau. Automotif tu ape? Haha. Sengal gila masa tu.

Tapi after I learn, dan sekarang dah apply sikit-sikit semasa menyumbang jasa dan bakti kepada nusa, bangsa dan negara, tiba-tiba ada sesuatu yang aku sedar.

I have a Love - Hate relationship with my work ! 

Aku menyampah dengan kerja aku bila buat amali student lamaaaa gila nak kena tunggu. Letih woi nak tercongok kat situ berjam-jam. Menyampah jugak bila ada student yang terer sokmo saja nak try test kebolehan aku menjawab. Ceissssss. Menyampah bila aku kena turun kelas tapi aku tak tahu nak mengajar apa. Menggeletar kepala lutut ok berdiri dengan tak ada persediaan. 

Hangpa ingat aku tahu semua benda?

Of course lah tak T_T. 

Tapi, apa yang aku paling suka dengan kerja aku sebab aku berpeluang untuk mingle dengan student aku. Dengar masalah diorang. Dapat berlagak pandai depan diorang padahal aku satu hapah pun tak tahu. Kihkihkih :p. Aku rasa paling bahagia bila aku rasa aku dapat sampaikan apa yang aku tahu kepada diorang. Kalaulah otak aku ni boleh dikeluarkan, dah lama aku keluarkan bagi diorang.

"Nah amik amik. Salin semua benda dalam tu. Lepas tu pulang balik otak saya ye!". Mehmehmeh :D

Rasa terharu bila student yang dah habis belajar, dah kerja ingat kau lagi. Bila ada student yang nak sambung belajar, tanya pendapat kau. As in pendapat kau dikira as second opinion yang mempengaruhi keputusan diorang. Bangga weh, bangga. Tahap bangga tu dah sampai tahap fefeling anak aku tanya pendapat aku. Punyalah tinggi, hiks.

Dan sebenarnya, apa-apa kerja pun, kalau kita enjoy, semuanya akan nampak bahagia dan gembira. Satu bonus bila kita dapat kerja yang kita suka, environment tempat kerja yang best, rakan sekerja yang bertimbang rasa dan bos yang supportive. Tapi kalau tak dapat either of them, cuba untuk enjoy dan all-out. Semua kerja, di mana pun kita berada, kalau ikhlas, mesti enjoy :). 

Dulu pun sebelum aku datang Tawau, aku expect aku akan stay dan enjoy kerja lama aku very very much. Siap fikir akan stay company tu untuk masa yang agak lama. 

Tapi rezeki yang Allah bagi untuk aku, rupanya di sini. Dikelilingi oleh anak-anak yang besar gedabak. Haha. Sometimes I hate my job, but I always love the 'anak-anak gedabak' very much. Rasanya dapat mencapai keseimbangan di situ. Haha. Dan sebenarnya bertuahnya aku Allah rencanakan perjalanan hidup aku macam ni sebab Dia nak bagi peluang kepada aku untuk merubah diri untuk menjadi lebih baik, lebih memahami, lebih empati, lebih bertimbang rasa dan yang paling penting. IKHLAS. Allahu.

Dan untuk menjawab kenapa aku ambil subjek Automotif, mengajar subjek Automotif, jawapannya... Tak tahu. Hanya Allah yang tahu jawapannya :)


Doakan yang baik-baik. :)

P/s: Entry ini juga nak menjawab soalan-soalan yang tanya, kenapa aku mengajar subjek Automotif. Dan untuk soalan yang selalu juga aku dapat. Pandailah ni repair kereta? Jawapan dia....tentulah TAK ! Haha. Aku ni kira tahap-tahap pemanas bangku je. Mohon faham, hewhewhew :p






Automotif & Pemanas Bangku
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

9 comments

Tulis comments
avatar
December 8, 2015 at 10:07 AM

Ti klu ade yg tnye jwb je "andai itu takdirnya"

Reply
avatar
December 8, 2015 at 8:57 PM

wah bestnya ada knowledge pasal automotif ni
nak beljar gak ngan ceguuuu...
dulu yumida pelik, kenapa kereta pandai kencing. ingatkan minyak tumpah. rupanya air aircond. hakhak..

Reply
avatar
December 9, 2015 at 6:04 PM

baru nk tanya psl gear box hahahaha

Reply
avatar
December 10, 2015 at 10:52 PM

haha statement last tu humble sangat

Reply
avatar
December 11, 2015 at 11:50 AM

Kereta kencing ye? Hahaha. Itu mesti kencing malam, pagi baru kita nampak. Nakal punya kereta :p

Reply
avatar
December 11, 2015 at 11:50 AM

Haha. Tanya je Anies. Mana yang boleh jawab, Sha jawab :)

Reply
avatar
December 14, 2015 at 4:13 PM

plg lama jangkahayat gear box...........

Reply
avatar
December 16, 2015 at 6:41 PM

Selama-lamanya, haha. Dia as long as kita follow & buat basic maintenance eg. Tukar minyak gear ikut masa, should be no problem. 10 years & counting :)

Reply
avatar
December 16, 2015 at 6:43 PM

Acah acah humble je tu, hihi :p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+