SweetMuslimah.com

Friday, December 11, 2015

Helpless !

Hi !

Salam Jumaat yang penuh barakah ! Senyum. Positif. :). 

Ada soalan aku nak tanya korang. Pernah terfikir yang soalan kuiz, ujian, tugasan mahupun soalan peperiksaan akhir kita. Macam mana pensyarah buat? Dulu masa belajar, selalu juga stress je bila pensyarah bagi tugasan. Bagi tugasan tak beragak, banyak dan nak cepat pula tu ! Aghhhh. Geram sampai berguling-guling atas lantai. Sampai hati Dr. bagi soalan banyak - banyak, wuwuwuwuwuwu T_T

Bila exam. Rasanya dah study molek-molek. Tapi bila masuk Dewan Peperiksaan. Tengok kertas soalan. Terus rasa nak pitam. Allahu. Gelap pandangan sekejap. Haha. Macam mana pensyarah aku boleh terfikir nak bagi soalan macam ni? Haha. Susah oiiii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi semua soalan ! Kenapa wujudkan konsep KBAT? Why why why? 

Tapi itulah. Itu pemikiran aku masa belajar dulu. Dan rasanya ada juga yang sama pemikiran macam aku kan? Haha. Toksah nak geleng-geleng kepala lah korang dengan Hakak Sha ni. Hakak Sha pun dulu jadi student jugak. Bertahun-tahun juga tu, hiks :p

Bila dah kena buat soalan sendiri untuk student. Tiba-tiba jadi blank. Sungguh korang. Jadi blank. Ilmu-ilmu yang konon padat sendat tunggu masa nak dikeluarkan tiba-tiba tak mahu keluar. Buka nota tengok apa yang aku bagi student, nak cover-up dalam bentuk soalan pun susah. Hurm. Helpless T_T. Nak translate powertrain ke bahasa melayu pun sangkut. Tanya orang sebelah masing-masing menyengih 2 kali 10 macam aku, ekekeke :p. Aduhai. Susah juga rupanya membuat soalan ini ya ! 

Bila nak buat soalan penilaian, ada banyak kriteria yang perlu kita pertimbangkan. Soalan yang adil untuk semua peringkat student. Ye lah, kita pun sendiri tahu macam mana level student kita, kan? 

Lepas tu, soalan tersebut juga perlu adil mengikut level penilaian kurikulum. Ada aras rendah, sederhana dan tinggi. Tak boleh terlalu mudah (ini kes kesian student, hiks :p), tak boleh juga soalan aras tinggi terlalu banyak. Taburan peratus dan markah kena adil dan saksama. Keyword di situ. ADIL. ADIL. ADIL. Apa adil itu? Hahaha :p. 

Tapi satu benda je yang aku perasan sekarang. Kelakar juga. 

Translate driveline, powertrain ke malay pun sangkut. Apa nak jadi ni? Helpless ! Kehkehkeh. Baiklah, mulai hari ini, esok, lusa dan tulat serta hari seterusnya. Dan lepas ni sampai rejeki dapat sambung belajar lagi, Hakak Sha janji akan menerima soalan tugasan dan soalan exam pensyarah dengan penuh kasih sayang. Janji ! :) Ada tak Prof. ke Dr. luar sana tu yang tengah mencari student untuk Postgrad? Ambiklah saya plissss. Hewhehwhew.

P/s: Yang selalu jadi sangkut gini untuk newbies macam Hakak Sha je. Yang otai berpuluh tahun pengalaman rilek je. Chill bebeh katanya. Pejam mata pun boleh buat lah. Wuuuuuuu :p 






Helpless !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

1 comments:

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+