SweetMuslimah.com

Wednesday, December 16, 2015

Bila student putus cinta, Cik Sha berpeluh dahi..

Bila student minta nasihat macam mana nak overcome sakitnya perasaan putus cinta tiba-tiba aku rasa.....erkk. Macam mana nak buat ya? Speechless sekejap. Haha. Dah lah tanya dengan muka sayu. Haish.

Ini yang aku suka pasal jobscope aku, tehehehe. Student bila dia rasa dia dah boleh sandarkan kepercayaan, mereka akan lebih mudah berkongsi. Perasaan terbuka tu dah ada. Mudah nak berkongsi pasal study, pasal keluarga, pasal masalah peribadi. Tapi itulah, suka pun suka jugak. Dah budak mintak tips overcome putus cinta. Peh, berpeluh dahi dalam kepanasan bengkel nak memikior jawapan.

Kalau budak pompuan dah lama aku peluk-peluk sikit. Boleh pegang-pegang tangan sikit kasi sense of trust. Sisterhood babeh. Sisterhood. Tapi Ini budak yang tanya tu budak laki weh ! Matiklah nak pegang tangan anak teruna orang. 

Pinjam dari sentiasapanas.com
Bercakap dari pengalaman yang tak seberapa. Bila putus cinta ni memang sakitkan. Hati tu rasa terguris-guris je. Sadis weh rasa, sadis. Bila pergi kolej nampak pulak ex-gf, waaaaaaaahhhhh. Saya tak mahu pergi kolej, uhukuhukhuk T_T

Tapi apa yang kita boleh buat sebenarnya? Satu je nasihat pertama aku. KEMBALI KEPADA ALLAH.

Kalau kita kembali kepada Allah, sandarkan harapan kita kepada Allah. Sandarkan kasih dan sayang kita kepada Allah melebihi kasih sayang kita kepada manusia, inshaAllah, kita tak akan terjebak dengan kesakitan macam ni.

Kenapa sebenarnya kita ni nak ada pasangan? Kalau sebab kawan-kawan ada pasangan makanya kita pun nak ikut sama. Tak akan kemana pun hubungan tu. In fact kemungkinan besar membawa kepada kelalaian dalam study. Kena ingat, kalau nak berkawan, pastikan memang berniat ikhlas nak membina masjid. Kalau setakat nak try test, meh sini aku putar kepala dulu baru ko boleh rasa try test T_T

Tapi nasi dah jadi bubur. Dah sedih pun. Jadi meh sini Cik Sha share apa yang Cik Sha tahu dan pernah buat dulu nak overcome cinta cintun yang tak berjaya ini, eheh :p

Perbaiki diri. Perbaiki diri. Perbaiki diri
Kalau dulu lalai dalam solat, solat asyik cuti sokmo even kauorang tu puak laki, berubahlah jadi baik sikit. Solat awal waktu. Kalau dapat jemaah, gi jemaah kat masjid. Jaga hubungan dengan Allah. Hablum Minallah. Rawat hati dengan Al-Quran. Berapa banyak kata-kata Allah yang dapat sooth hati kita dalam Al-Quran. Cari kembali diri sendiri dan carilah kawan yang baik yang membawa kepada kebaikan. Afterall, a friend is a reflection of ourself. Berkawan dengan orang - orang yang baik sedikit sebanyak membawa impak yang baik kepada kita juga :)

Jaga hubungan dengan manusia
Dah jaga hubungan dengan Allah, kena juga jaga hubungan dengan manusia. Hablum Minnas. Manusia-manusia ni termasuklah keluarga sendiri, kawan-kawan, pensyarah. Jiran tetangga. Hatta makcik jual nasi lemak sekali pun. Kalau sebelum ni selalu buat derk, angkat kening nak jek je orang, rentikanlah. Tak nak bercakap tak apa, cukuplah dengan lemparkan senyuman tanda menyapa. Senyuman kan sedekah :)

Penuhi masa dengan perkara berfaedah
Cari perkara yang kita suka. Penuhi masa kita dengan benda yang kita suka. Petang-petang bersukan, Maghrib pergi masjid sambil dengar ceramah. Tak suka bersukan?
Takpe, cari benda yang kita suka yang boleh elakkan kita berkurung duduk dalam bilik buat teringat kisah lama. Cari, mesti ada benda yang kita suka buat. Pehtu malam tidur awal, bangun solat Subuh dan datang kolej awal. Wehuuuu, Cik Sha suka. I lap U lah, teheheh :p

Balik rumah peluk mak
Pelik? Haha. Maybe yang laki kurang sikit buat benda-benda gini. Tapi pada aku, peluk mak pak jadi satu terapi relaks minda. Pandang muka diorang, pandang mata diorang. Peluk diorang. Sayu beb. Sayu. Tapi inilah tips paling berjaya yang aku dapat dulu. Peluk mak lama-lama, erat-erat. Tak caya cer balik ni peluk mak pak kauorang. Sayu ke tidak?

Redha
Allah datangkan perasaan kasih sayang untuk kita gunakan pada masa dan individu yang sesuai. Kasih sayang sesama ahli keluarga semestinya. Dan kasih sayang pada pencipta paling utama. Bila jadi perkara begini kena ingat, orang yang betul-betul sayangkan kita, pasti akan ada dan terima seadanya kita. Baik buruk kurang lebih semua lah. Kalau setakat nak try test tengok orang tu best ke tak atau just nak show off yang kita pun boleh bercouple, itu bukan kasih sayang namanya. Itu namanya mintak pelempang 44 das.

Tak payah nak tuding jari kata dia salah, aku tak salah ke apa. Yang penting, jaga diri, jaga maruah. Jaga pelajaran. Jaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Bila tiba masanya yang sesuai, dengan izin Allah pasti kita akan bertemu yang selayaknya untuk kita...Tapi dah kalau memang takdir Allah tetapkan kauorang bernikah masa study, Cik Sha ok sak. No problem. Jangan lupa jemput saya ya ! Hehe.

Tapi special untuk student Cik Sha dan student-student lain:
Kalau dah namanya student, study molek-molek dulu deh. :)

P/s: Tak lah panjang macam ni nasihat Cik Sha. Ini terlebih ayat, terlebih suku kata. Haha. :p





Bila student putus cinta, Cik Sha berpeluh dahi..
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

14 comments

Tulis comments
avatar
December 16, 2015 at 11:05 PM

wow cik sha!!!
nasihat cikgu sha the best dot comz!! <3
huhuhu

Reply
avatar
December 16, 2015 at 11:50 PM

hehe bagus tips ni. cinta lama tak pudar lagi. adeh

Reply
avatar
December 17, 2015 at 12:11 AM

Adeh jugak. Cinta lama x pudar lagi xpe. Jgn makin harum subur mewangi sudah, hihi :p

Reply
avatar
December 17, 2015 at 4:51 AM

kalau orang dah tak sudi tu..apa lagi cari baru la jawapnya

tulah peluang seterusnya untuk mendapat yang terbaik..

tapi ingat...tak boleh lebih kerana maksiat ini hebat kesannnya ke atas hidup seseorang

Reply
avatar
December 17, 2015 at 6:57 AM

Bab perasaan susah nak cakap. Asalkan tak terlalu ikut perasaan & buat kerja lain untuk lupakan dia.

Reply
avatar
December 17, 2015 at 7:37 AM

Hahahahahahhaa ! Kak sha boleh jadi doktor cinta pulak pasni :P

Reply
avatar
December 17, 2015 at 9:35 AM

Betul tu. Kalau orang dah tak sudi, buat apa kita ternanti-nanti, ye tak?

Reply
avatar
December 17, 2015 at 9:36 AM

Ahahahaha. Doktor cintalah sangat. Ini kes sebab budak-budak ni buat muka sayu layu macam sayur kena masak. Kalau tak tak kuasa jugak akak melayan, kehkehkeh :p

Reply
avatar
December 17, 2015 at 9:59 AM

tukar profesion laa sha. jg cikgu kaunseling plak ;-)

Reply
avatar
December 17, 2015 at 9:59 AM

mcm2 kerenah. remaja dgn bercinta cintun ni mmg dari dulu smpi laa ni... kita yg da pening ni lg bertambah pening kan ;-)

Reply
avatar
December 19, 2015 at 10:12 AM

putus cinta memang tension juga jadinya

Reply
avatar
December 19, 2015 at 2:57 PM

ahahaha kenapa tau ? sebab those kids yang mengadu kat Cikgu Sha tu.. rasa CIkgu ni macam kakak2 diorang.. CT dah rasa da situation tu and yes.. diorang mcm anggap cikgu2 muda ni doc cinta ehe..

Reply
avatar
January 25, 2016 at 1:43 PM

info yg berguna untuk mereka yang baru putus cinta hihi

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+