SweetMuslimah.com

Friday, December 18, 2015

Throwback Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Cerita Langkawi tak habis lagi weh. Haha. Padahal dah bertahun siap nak masuk tahun baru pun, ekekeke. Pergi Langkawi ni best, tapi a bit regret sebab kebetulan minggu yang kami datang dah bermula musim hujan. Turun kapal terbang kat Langkawi Airport pun nampak langit gelap muram hujan. Adudududu. Musnah harapan nak sunbathing tepi pantai T_T

Tapi hujan bukan alasan untuk tak meronda dan menjelajah Langkawi. Ecewah. Pergi 3 hari 2 malam tak cukup nak buat aktiviti yang dah aku rancang. Tambah pula dengan musim hujan, pergerakan agak terbatas. 


Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Lepas balik dari Underwater World, terus ke Beras Terbakar di Mukim Padang Matsirat. Masa sampai ni hujan baru reda. On the way nak masuk kawasan ni keliling dia bazar yang menawarkan pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderahati. Memang jadi tumpuan pelancong lah.

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Pada aku, harga barang kat sini boleh tahan murah juga. Sebab kebanyakan kedai jual secara borong atau bundle. Jadi harga lebih murah. Macam fridge magnet dan keychain harga turun sampai RM1.00 je weh. Gigit jari lah kalau tak beli. Fridge magnet Tawau paling murah pun RM5.00. Cheissss. Itu harga belum GST kut. Hampeh.

Kain batik Langkawi lagi banyak corak, lebih murah dan lebih cantik weh. Kain batik yang mak aku beli kat Kompleks HiG tak cantik sangat. T_T. Tapi mak aku kata tak boleh bawa banyak-banyak kain batik Langkawi keluar dari pulau. Kena bayar tax katanya. Betul ke korang?

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Kawasan beras terbakar dalam kawasan rumah ni. Entah rumah siapa tapi tak boleh masuk pun sebab ini tanah milik persendirian. Cuma dibuka sebab kawasan ni diiktiraf sebagai salah satu tempat bersejarah Langkawi. Tapi femes ah tuan punya rumah. Berapa juta manusia dah bergambar depan rumah dia kut? Hiks :p

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi

Ini sahaja tinggalan kawasan beras terbakar yang tinggal. Kecik sekangkang kera ja. 

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
 Sejarah tapak beras terbakar

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
Beras terbakar

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
Tak pasti kenapa ada duit dalam tu tapi kalau datang sini cuma nak tengok beras cenonit dalam bekas ni aje lah. Jadilah buat syarat to do list at Langkawi, hihi.

Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
Nah, salah satu spesis gamat. Namanya Bronok. Bagus tuan kedai ni promot bronok sebab dia jual minyak gamat. Agak-agak ko rajin dan suka makanan eksotik, silalah makan bronok ni untuk jaga kesihatan. Agak-agak malas, sila lah ko beli minyak gamat aku banyak-banyak buat simpan stok setahun. Macam tu kaedah promosi dia.

Dulu aku pernah tengok dokumentari TV3. Diorang tunjuk yang wanita Langkawi ni cara diorang jaga kesihatan dan kecantikan kulit dengan telan gamat ni raw. Erk. Dahsat. Tak boleh aku imagine sampai tahap gitu. Memang win ! Patut hangpa cantik-cantik :)

Kalau yang suka cuba benda baru, ace try telan bronok ni. Pehtu kabarkan kat aku macam mana rasa dia ya. Kalau sedap kabar cepat sikit, kalau kureng ko simpan ajelah dalam hati, kehkeh.

Ok bai !


Throwback Beras Terbakar, Padang MatSirat Langkawi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

15 comments

Tulis comments
avatar
December 18, 2015 at 12:56 PM

err bronok tu mcm kembang je tekak. minum pati ikan haruan perisa gamat, euwww melekat2 je rasanya kat tekak. wah beznya dpt tgk sejarah langkawi. jln2 mkn angin. musim hujan kat sini asyik ujan je sha. pakaian pun x kering

Reply
avatar
December 19, 2015 at 2:55 PM

antara tempat yang CT tak pernah sampai walaupun dah banyak kali ke Langkawi.. hehe..

Reply
avatar
December 19, 2015 at 11:22 PM

1st time dengar nama bronok tu... nak pegang pon takot, ape tah lagi makan..haha... btw, Zara klik2 umobile akak sekali.. alang2 die seronok kuar,kite klik sama dia... :)

Reply
avatar
December 20, 2015 at 9:09 PM

hmmm tak pernah sampai sini lagi. banyak rupanya tempat menaik kat langkawi yang tak sempat uncle explore :D

Reply
avatar
December 21, 2015 at 6:39 AM

ho..ho..ho.. teringin la pulak nak pergi langkawi

Reply
avatar
December 21, 2015 at 10:54 AM

Samalah kita. Baju 2 hari jemur baru kering T_T

Reply
avatar
December 21, 2015 at 10:55 AM

Sila sila. Tengah musim cuti sekolah ni, hehe

Reply
avatar
December 21, 2015 at 5:40 PM

tingat opah sy pergi ke sini kira2 20 thn dulu. boleh kuis2 je kuar beras terbakar... ;-)

Reply
avatar
December 21, 2015 at 10:44 PM

20 tahun lepas mesti banyak. Sekarang yang tinggal dalam pinggan tu je..

Reply
avatar
December 23, 2015 at 11:48 AM

skrg beras dok dlm bekas. bkn ats tanah lg ya ;-)

Reply
avatar
December 27, 2015 at 2:19 AM

Penah mkn kerabu bronok ni kt lgkawi..diorg hiris kecik2 bronok tu..tk lah nmpak rupa mcmni..liat2 isi dia..

Reply
avatar
January 15, 2016 at 10:22 AM

habis dah beras terbakar dia. Last tinggal itu je.

Reply
avatar
January 15, 2016 at 10:23 AM

Kalau dh hiris kecik-kecik for sure tak perasan rupa dia macam ni, hehe. Tapi ok kan rasa dia?

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+