SweetMuslimah.com

Sunday, November 15, 2015

Canda gurau di The ParC, Setia Eco Hill Semenyih

Baru-baru ni bawa anak buah 2 orang kecik tu beriadah di The ParC, Setia Eco Hill Playground Semenyih. Setia Eco Hill ni sebenarnya taman perumahan yang dibangunkan oleh pemaju SP Setia. Tapi yang bagusnya, pihak pemaju siapkan dahulu Taman Permainan dan juga Club House dia untuk orang sekitar ni beriadah. Bagus tak? (Ini namanya promosi hebat. Tergugat iman setiap hari lalu lalang tengok rumah tengah naik. Haish)

Tentulah baguskan sebab memang penduduk sekitar Semenyih tak lepaskan peluang beriadah. Mak pak boleh datang bawak anak-anak jogging, main badminton, berbasikal. Tenis court pun ada tau ! Dan namanya beriadah pada aku, sebab nak keluarkan peluh-peluh, lemak-lemak dan angin-angin terkumpul dalam badan sejak-sejak kerja ni, tehee :p. Bawak budak kecik sebab mak diorang kata kesian anak dia dah lama tak main kat luar. Nak bawak sorang risau dengan banyak kes sekarang kan. Jadi, kita keluar ramai-ramai laksana bala tentera ! Hehe :p


Keluar dari rumah pagi, dalam pukul 8.00 pagi gitu. Keluar dengan tak mandi (nasib siap gosok gigi. Kalau tak naya orang pengsan bau mulut 'wangi sangat'. Haha). Khaira dengan Sara pun siap tukar pampers je. Yang penting, susu bancuh siap-siap, masuk dalam beg. Lepas tu, kita jalan dulu ! Bai. :p




Dah sampai. Lets Xplore !



Baby kecik baru belajar nak main gelongsor. First time kut baru boleh main kat playground. Masa mula-mula sampai, Sara tengok je keliling dia macam tempat tu dipenuhi alien. Haha. Pelik la kut "Apasal ramai sangat orang kat sini?"

But she enjoy the gelongsor very much. Mula-mula bagi dia naik jongkat-jongket. Tapi melambung kau anak orang tu bila naik. Berat baru 9kg lawan dengan makcik dia yang berat 50kg. Haha
.


Kakak Khaira debab dah pro main gelongsor. Biasa sangat sebab selalu memang dia ja yang lepas nak dibawa ke playground. Peha ayam tu jangan tegur aaaa. Keturunan agaknya :p

Dah dua-dua tak pandai nak panjat tangga naik kat tepi. Solution dia. Ko dah turun, ko naik balik ikut laluan yang sama. Adik kakak sama naik je kat situ. 2 orang conquer, orang lain tak boleh masuk daun ! Akak kawasan in the making. Kahkahkah.

  

View dari atas bukit. Laluan tu berpusing-pusing bukit sampai puncak. Tak lah tinggi sangat. Tapi aku jalan sambil bongkok konon nak ajak Sara berlari. Baru lari sikit dah semput. Alasan betul bawa baby lari konon ! Padahal sendiri memang tak fit. Pfftttt.   

Best datang sini sebab view dia cantik. Kalau bawak basikal pun best. Laluan cukup besar untuk buat laluan pejalan kaki dan penunggang basikal. Masa on the way nak naik atas, ada orang naik basikal tegur Sara "Hi baby". Dah terkebil-kebil budak tu strangers tegur. Kalau tegur kat makcik dia baru paham kut. Kihkih :p 

 
 Botol susu sudah digunakan. Penat baby joging :p

 Ada peralatan untuk bersenam kat atas. Serupa macam kat gim tapi versi bukan mekanikal gitu je. Tapi best. Tu yang ramai je coach sekolah datang buat training kat sini. Nampak brader baju putih kat hujung tu?

Tu coach bola sepak tu. Kemahen garang nak mamps. Bukan aku yang cakap ye. Ada pakcik-pakcik yang tengah joging yang cakap. Mana tak garangnya

"Yang kat belakang tu. Cepat. Ko lambat lagi sekali aku terajang ko !"
"Cepat, ko nak main ke tak? Tak nak main balik !"
"Lambat lagi, 1 round !"

Matai.
Selamat lah ko dik.

 

Dari kiri. Makcik Epa, Khaira, Makcik Ira the vaaaassss, Sara the baby and mommy Khaira-Sara. 

Masa ni baru lepas breakfast ala-ala picnic kat atas ni. Peh. Gila ko picnic atas bukit sambil ditemani bayu sepoi-sepoi bahasa dan juga laungan keras ! Erk. Haha. Coach kat sebelah dah serupa muzik, hiks.



 


 

Nampak serumpun pokok serai?
Konsep kebun dalam taman rasanya. Back to green diorang buat.
Kat tempat kitorang makan kat atas tu ada banyak pokok mangga, manggis. Durian pun ada. Tapi semua baru nak naik. Rasa 2 tahun lagi aku datang dah boleh petik-petik makan.



Hah. Ape benda tah nama benda alah ni. Tapi tinggi weh. Rasanya adalah 1 setengah tingkat bangunan. Ramai gilos budak dalam ni. Khaira pun masuk. Konsep dia ko kena memanjat nak naik sampai atas tu. Tapi certain part ada lubang tengah-tengah dia. Konsep short-cut le kut. Dan yang pasti, skill memanjat kompem pro. Baru sampai atas.

Khaira je skill memanjat baru level 1. Baru naik sikit dah menjerit-jerit. "Tolong-tolong". Padahal mula-mula tadi dia yang semangat nak naik. Sampai-sampai je terus tanggal selipar masuk tak sempat tunggu mak dia. Ceh. Ikut perangai penakut sapa lah ni T_T


Balik jum.



Taman Permainan di The ParC, Setia Eco Hill ni dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja. Free entrance. 
Kalau ikut master plan Setia Eco Hill ni, The ParC ni no. 2. Ada banyak lagi landmark yang akan dibina dan dibuka untuk awam, antaranya Woodland Park, Serene Corner dan Ecohill Park.
master plan
master plan
Ada juga perasaan nak beli rumah dalam ni. Tapi nan hado. Mahal gila ! Mampu tengok je lah T_T. Tolonglah kata ada juga Skim Rumah Pertamaku dalam ni, tehehehe :p



Canda gurau di The ParC, Setia Eco Hill Semenyih
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
November 15, 2015 at 10:16 PM

Wah..menarik..akak dh tak stay kat Semenyih..kalau x, boleh gak naik kat sini..harga rumah dalam tu, mampu tengok je dik..

Reply
avatar
November 16, 2015 at 11:21 AM

sy suka suasana mcm ni... tenang n damai je

Reply
avatar
November 16, 2015 at 12:58 PM

Kan. Gugur peluh jantan tengok harga dia. Haish.

Reply
avatar
November 18, 2015 at 3:19 PM

benda yang tinggi tu mcm besh je tgk

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+