Thursday, November 26, 2015

Skim Penghargaan Pelanggan Bank Islam

Tadi dapat panggilan. Katanya dari bank Islam Kuala Lumpur. Yang menawarkan Skim Penghargaan Pelanggan Bank Islam

Iols pun rasa teruja. Wah. Bagus betul Bank Islam ni nak menghargai pelanggan setia dia. Ye lah. Iols dah bersama Bank Islam sejak zaman duit biasiswa berumah tangga dalam akaun Bank Islam. Banyak juga charge dan interest yang iols bayar bila nak keluarkan duit di mesin ATM. Cuma simpanan tak sempat nak beranak sebab dia pandai menyusut sendiri setiap hujung semester T_T

Ok. Fokus kembali kepada panggilan dari Bank Islam Kuala Lumpur. Oleh sebab teruja, maka kita bagi lah telemarketer tersebut meneruskan niat nak perkenal skim tersebut. 

Nak tulis kat sini, errr, hehe. Tak berapa iols ingat. Tapi yang pasti iols ingat. 

"Selepas 3 tahun pertama cik akan menerima cek berpalang dari kami sebanyak RM800"
"3 tahun berikutnya RM1000. Cik tuntut ke, tak tuntut ke, pembayaran masih akan dibuat"

Wah. Seronok dengar kan?

Tapi yang tak seronoknya, sebenarnya Skim Penghargaan Pelanggan Bank Islam ini sebenarnya adalah Skim Takaful. Insurans. Life Insurans sebenarnya. Tertipu sebentar daku. Nasib yang call suara baik je.

Even dengar macam tempting gila, tapi u hide your true intention. Kalau nak perkenal Skim Takaful, direct bagitahu. Mudah dan pelanggan pun faham. Tak payah nak puji-puji "Cik Nurul bertuah antara sejuta pelanggan Bank Islam, hanya 10 ribu yang bertuah dapat skim ini". Bertuahnya saya walaupun sebelum ini tak pernah langsung dapat cabutan bertuah T_T

Sebelum ini aku pernah dapat banyak juga call dari Telemarketer. Promote their product. Mana yang aku boleh dengar, aku dengar. Mana yang aku tak nak. Ada solution dia.

Download aplikasi Whoscall weh.

Serius. Sangat membantu mem-block number yang kita tak nak.


Setiap panggilan masuk dari land-line (prefix 03-xxxxxxx and so on) ada dalam rekod. Kita boleh tahu siapa yang call. Ada option nak block those number atau angkat. Mobile number nan hado. Iols dah try. Jangan cuba-cuba tanya ya ! Macam hari ni iols angkat. No problem.

Pasal skim ni tadi. Iols cuma harap pihak telemarketer lebih telus perkenal dan bagitahu nama skim yang nak diterangkan. Itu je. Tapi, ada sesiapa yang boleh pastikan. Betul ke Bank Islam ada Skim Penghargaan Pelanggan (aka Skim Takaful) ni? Kalau betul, macam best juga dengar benefits dia tadi.

Kemaskini: Mohon baca ruangan komen untuk komentar daripada pengguna.






17 comments:

  1. tahniah Sha... macam2 aplikasi sekarang ni ada dihujung jari kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu KakNa. Macam-macam ada dah sekarang. TInggal nak download & install je :)

      Delete
  2. Sy prefer mrk2 ni vertrs terang..x de laa kita nk mrh. Sy x psg apps ni tp x akn angkt kalu no,2 asing haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang-kadang depa ni suka belit-belitkan ayat. Tapi itu juga salah satu strategi pemasaran :)

      Delete
  3. Mmg betul pun...bank islam dgn syarikat takaful malaysia mmg ada kerjasama untk berikan plan penghargaan...nama plan tu my elite PA...sy ambik sbb bagus dr harga yg rendah...sbb sblm ni sy ambik PA insuran kat agen...mahal...sbb ada perkhidmatan agen...klu dr bank islam yg bt panggilan tu...hrga lg murah...dn agak mmpu...sy ambik rm37..cover 100k.. ok la jgk...

    So..cikgu jgn la ajar org bkn2 untk block...biar org lain dgr...klu trbukak hati nk ambik..biar mereka ambik...klu dorg xnk..biar..tu kputusan dorg..

    Sy believe..sbb sy dh dpt claim untk pndpatan harian hospital masa sy diwadkan...dpt rm1200 bila sy diwadkan selama 12hari..punca accdnt motor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul :)
      Bukan nak ajar bukan-bukan, tapi sekarang terlalu ramai yg berselindung. Kalau berterus terang, tak ada masalah.

      Delete
    2. mcm mne proses nak dapatkan claim tersebut?

      Delete
    3. Btul ke pasal takaful tu ade dari bank islam

      Delete
    4. Kalau ikut respons dari reader, katanya betul dari Takaful Malaysia. Jadi sekiranya nak claim, perlu hubungi cs Takaful Malaysia.

      Delete
  4. betul ke ni? saya dah terima :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg kata betul. Tapi kalau nak lebih kepastian boleh call Bank Islam. :)

      Delete
  5. Sy baru je kejap td dpt call dr someone utk program my elite pa yg sebulan rm37 tu.. Betul ke benda tu? Rasa dh cuak jgk ni klu tipu hbs la naya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kata betul. Sebaiknya nak double confirm kita boleh call pihak bank sendiri.

      Delete
  6. Saya baru lepas dapat call dari pihak telemarketing, dia tak ckp pon bertuah itu semua dia direct kata nama saya tersenrai utk join Takaful My elite PA. mula saya was2 pastu saya hold panggilan dia,saya call bank islam.. bank islam mmg sah kan mereka ada join dgn pihak takaful..tapi atas kita sama ada kita nak setuju atau tak utk melanggan insuran tu.. pastu lepas sya call bank islam saya call pihak takaful malaysia serta bagi number yg call saya ni dan mmg itu takaful malaysia.. serendah rm37/bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, ramai yang dah respons kata betul. Dan ramai juga yg terima.

      Delete
  7. Sy pon baru je dpt kejap td...sy faham n sy sunscribe..tp dont worry kalu masa dia hantar aggreement nanti kita tak setuju dgn TnC dia kita boleh buat surat n hantar kt takaful malaysia... Boleh berhenti langgan...

    Sy dah ada PA insurance tune sbb guna simkad tune talk tp tu hanya cover kemalangan yang melibatkan kematian dan cacat kekal yg hilang upaya saja mean dah ddknkt rmh xblh wat apa ( xboleh kerja sbb patah jari je xkira,masuk wad tak kira kalo eksiden sikit pun)

    tapi myPAelite ni ambik kes mcm tu...tu yg buat sy tertarik..n sebulan rm37 saja...

    Sy trust la sbb takaful malaysia yg buat n bekerjasama dgn bank islam..anything sy senang nk ke pjbt mereka buat urusan apa2...

    Lagipun kalo ambik insuran dgn agen takan dpt la hrga tu... Sy xde medical card..xde life insuran... Sy takde GL sbb bisnes sdri je..Kalo nak langgan pon mesti mahal bayarnya... So sy amik jelah sbb rm37/monthly tak membebankan sy n semoga dgn rm37 dpt lah membantu sy pada masa akan dtg...

    Semoga takde apa2 yg tak baik berlaku, tp sekiranya takdir berlaku, kita ada standby dah myElitePA tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari benefit yang ditawarkan memang berbaloi. Saya tahu sebab ada beberapa kali juga ditawarkan. Overall, saya tegaskan saya tak kata skim ni tak betul, saya cuma minta telemarketer bagitahu jelas darimana insurans/takaful ini datang. Dan ramai reader diats dah bagitahu it is legit...

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *