Seperti biasa. Resepi mesti yang bertajuk suka hati. Suka rasa. Suka perut. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hahaha. Gitu lagunya, hiks :p. Malam ni teringin nak makan makaroni. Teringin sebab nampak paket makaroni tu duk statik pegun lama atas rak. Hurm. Kesian makaroni. Kesian jugak perut. Nak masak, tapi nak masak yang cepat, mudah, senang.
Godek peti ais. Dapatlah barang seketul dua barang rencah buat masak makaroni goreng campak suka hati aku. Sebenarnya nak kata resepi aka step by step masak pun buek malu orang kampung yo (bak kata orang kampung nogri sembilan den :p). Simple sangat. Barang pun asal yang ada dalam peti ais.
MAKARONI GORENG CAMPAK SUKA HATI
Yang ada dalam peti ais aku :
- Frankfurter.
Konon. Hotdog sudah (aku guna yang ada cheese siap. 2-in-1 senang.
Boleh la rasa cheese sikit 10% dalam makaroni nanti. Harapnya lah,
kahkah)
-Isi ayam
-Lobak merah potong dadu
-2 ulas bawang putih cincang
-Sos spagetti
bolognaise (kadang buang tebiat aku guna carbonara sauce. Tapi sebab warna dia
pucat, tak kick untuk orang super adventure macam aku, kena tambah cili
padi)
-Makaroni (portion makan seorang)1- Rebus makaroni dalam 8 minit atau sehingga masak. (setelah masak, toskan air dan ketepikan)
2- Sementara tunggu makaroni masak, tuang minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3- Masukkan ayam dan frankfurter. Kacau sebentar.
4- Masukkan lobak merah.
5- Masukkan sos spagetti bolognaise (aku guna 3 sudu sahaja untuk portion makan seorang)
6- Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan garam.
7- Optional: Aku tambah juga serbuk blackpaper dan oregano. Apa yang ada kat dapur tu aku belasah je masuk dalam kuali. Tehehe :p
8- Kuah dah mendidih, masukkan makaroni yang dah siap rebus tadi. Gaul rata.
Ready to serve !
Asingkan 1 hotdog, belah 2 konon nak buat hiasan hotdog berdiri. Bila dah siap rebus, jadi lemah longlai pulak. Terputus dua pulak tu. Hrmm. Rosak presentation.
Makan makaroni goreng sambil tengok drama Hello, Mr. Perfect. But gaisss. Bon apetit ! :)
bak laa sepinggan ;-)
ReplyDeleteTu dah bagi dalam gambar, kihkih :p
Deletehehe.. cuti bebaru ni pun buat macaroni style campak2..
ReplyDeleteahaaa...mudah dan cepat...main campak2 je...janji cukup rasa..pergh terangkat
ReplyDeletekalau sis JM kan Sha..lagi malas tau..ni kira resipi rajin walaupun main campak je..apa yg sis buat...tapi bukan macaroni sbb x suka sgt...but spagetti....rebus dulu astu sos spagetti tu sis masak sekejap atas api terus campurkan spagetti yg telah di tos bersama sagetti tadi
ReplyDeleteSelalu Sha buat gitu gak. Haha. Tapi kali ni sebab tengok stok lama sangat terperap dalam peti ais. So sumbat je apa yang ada dalam kuah dia, hehe
Deletedap dap dap! yg campak2 ni yg enak :)
ReplyDeletelapaq pulak nengok..
ReplyDelete