SweetMuslimah.com

Friday, November 20, 2015

Langkawi Trip Bersama Keluarga : Oriental Village & Skycab

Hi !
Baru nak sambung lagi cerita jalan-jalan kat Langkawi tahun lepas punya cerita ni, hehe. Perjalanan dari rumah ada dicerita kan di SINI dan keadaan homestay yang kami duduki untuk 3 hari 2 malam ada diceritakan di SINI. Kalau rajin meh la baca. Kalau tak rajin pun, meh la tolong support aku yang baru nak berjinak-jinak bercerita ni, hehe :p

Hari pertama di Langkawi dihabiskan dengan bershopping dalam Kompleks HiG dan makan-makan. Masa shopping dalam Kompleks HiG ni memang tak sempat nak bergambar. Nak berselfie jauh sekali. Sebab apa?

Sebab semua naik gila memborong coklat ! Haha. Aku memanglah kurang sikit dalam makan-makan coklat ni. Tapi bila dikelilingi orang-orang yang tengah menggila. Terus sama-sama naik gila, haha. Penuh 2 troli yang digunakan untuk isi coklat, Tefal non-stick pan (ini 'toys' terbaru mak di dapur, hiks) dan juga aku beli luggage 360 rotation yang bersaiz besar. Walaupun sebelum ni masa datang ke Langkawi pada bulan  September tahun lepas [entry INI] kerana berkursus dan dah beli luggage bersaiz sederhana, kali ni terbeli lagi luggage 360 rotation yang bersaiz besar! 

 Aku punya kaler oren tapi saiz yang macam kaler maroon sebelah tu (saiz sederhana).
Harga? RM 78.00.
Kenapa boleh terbeli?
Sebab untuk luggage 360 rotation, harga yang ditawarkan HiG adalah RM 99 sahaja ! Diulangi kawan-kawan, RM 99 sahaja. Mana nak dapat kat luar oi? Jadi, harus menggila beli buat stok beg balik kampung ke tidak? Haruslah kan, haha :p
http://4.bp.blogspot.com/-XpbMrY4ZTPA/VBBvDlIZWPI/AAAAAAAAAWA/rgQBYXE78-A/s320/20140907_151117.jpg 
Kompleks Haji Ismail Group (HiG)
Alamat: Lot 1852, Kompleks HiG, Jalan Penarak, 07000 Kuah, Langkawi
Tel No: 04-9666005

Hari kedua hujan turun semenjak dari pagi. Tapi itu semua tak membataskan pergerakan kami. Selepas sarapan, dalam jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan ke Gunung Machinchang untuk ke mana? Ke sini..

LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE

Welcome to Oriental Village
Oriental Village adalah pintu masuk untuk ke Langkawi SkyCab. Tapi sebelum naik ke SkyCab, kita jalan-jalan dulu dalam Oriental Village ni.


Masa kami sampai, hujan baru reda. Lega juga kalau-kalau hujan kembali lebat. Tapi nak risau pasal hujan, sampai bila-bila pun tak boleh berjalan, ye tak? Jadi, kita teruskan sahaja langkah.



Masa ni Khaira baru setahun. Nak berdukung pun belum terasa berat sangat pun. Sekarang kalau dukung? Adoii. Pecah lemak makcik sayang.



Cantik-cantik bangunan kat dalam Oriental Village ni. Tapi agaknya sebab datang awal sangat, banyak kedai yang belum beroperasi.


Belikan Khaira topi sebab hujan. Demam anak orang nanti nahas ko.



Apa benda entah nama benda alah ni. Tapi budak-budak je yang boleh main. Senak perut aku tengok budak-budak ni semangat masuk, tapi bila berjalan atas air asyik jatuh je. Haha. Kesian weh.


Ada banyak aktiviti lain lagi kat dalam Oriental Village ni. Antaranya Flying Fox, Elephant Adventure, Deer Farm, Motor-Cross Trail, Petting Corner (Deer & Rabbits). Banyak juga masa yang boleh dihabiskan kat sini. Boleh tengok maps Oriental Village ni.

 LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE
Alamat: Burau Bay, 07100 Langkawi
No. Tel: 04 - 9593099 
Waktu Operasi: 24 jam 
Waktu Operasi Kedai: 10 pagi - 7 malam

LANGKAWI SKYCAB @ CABLE CAR


 

Entrance untuk ke SkyCab. Pagi sampai, orang belum ramai lagi yang beratur. Dari jauh kitorang nampak barisan pun pendek je, agak lengang, jadi sempat lagi bergambar dalam air. Eh silap. Apa pulak atas air, kihkih. Di samping air. Kalau dalam air jadi dugong.

6D CINEMOTION
Sebelah entrance Skycab ada bangunan 6D Cinemotion. Tapi 6D Cinemotion ni kami tak masuk sebab nak kejarkan naik Cable Car. 
Harga tiket masuk 6D Cinemotion:
Dewasa: RM 30.00
Kanak-kanak (2 - 12 tahun): RM20.00 

Hotel


Orang dah start ramai. Kami pun dah dapat tiket. Jum masuk !

SKYDOME
Sebelum sampai giliran nak naik SkyCab, masuk dulu dalam SkyDome. SkyDome ni memang Inclusive dengan tiket SkyCab yang kita beli tadi. SkyDome dimasukkan sekali sebagai pakej SkyCab dengan tujuan untuk mengurangkan masa menunggu selama 10 minit sebelum menaiki SkyCab.

Gila masuk SkyDome ni. Pening kepala aku. Khaira menangis sebab pening rasanya. SkyDome offer 360 darjah 3D image projection. Ko pandang depan, kiri, kanan, depan belakang semua nampak 3D image tu. Duduk atas kerusi dan rasa pengalaman 6D naik roller-coaster. Agak-agak rasa nak pengsan, sila pejam mata terus, kihkihkih :p


Dah masuk dalam SkyCab aka Cable Car
Makcik tembun pun mesti ada gambar satu. Kompem.


Sebenarnya nak tunjuk air terjun 7 tingkat tu. Tapi gambar tak jelas gara-gara tangan menggeletar. Tambah dengan pakej gayat, memang pening kepala jadinya (alasan, poyo gila, kehkeh). Tapi aku kira ok lah, boleh tahan lagi. Kesian abah. Lupa pulak abah pun ada penyakit gayat. Rasanya aku menurun perangai abah ni, haha. Terpejam je mata abah sepanjang naik atas ke gunung tu.

Masa nak naik ke atas tu lah, hujan turun mencurah-curah lagi lebat. Angin pun kemain kuat bertiup. Bergoyang-goyang kitorang semua dalam Cable Car tu. Dah rasa macam telur dihujung tanduk ! Tengok bawah. OmaiAllah. Tingginyaaaaa! Mampuih. Menyesal naik ! Haha.

Setiap kali angin bertiup, terteleng-teleng sikit Cable Car kitorang. Terus semua senyap sunyi tak bersuara. Tidurkan Khaira, yang lain semua duduk diam-diam. Aktiviti bergambar juga terencat. Ini menjelaskan kenapa gambar kat sini kurang, haha.

Ada 2 stesen yang dibenarkan untuk turun. Kalau tak hujan bolehlah turun nak tengok pemandangan. Ni hujan. Takde de kitorang nak turun. Nasiblah  budak jaga stesen tu nak perli-perli.
"Kalau tak nak turun baik tak payah naik"

Amboi, sedap mulut. Suka hati lah ! Oh lupa. Kalau datang masa cerah tak hujan, SkyBridge dah dibuka kepada umum. Yey, boleh fefeling macam buat penggambaran Filem Hindustan Don.


Turun balik. On the way turun, nampak pemandangan Pulau Langkawi yang so so so breathtaking ! Wow. Tetiba rasa nak datang lagi semata nak tengok view cantik dari atas gunung ni, hiks :p. Tapi entah bila lah nak datang lagi.

Tapi sekurang-kurangnya dah rasa naik SkyCab aka Cable Car Langkawi ni. Tak adalah esok-esok orang bercakap, aku ternganga-nganga je T_T. 

LANGKAWI SKYCAB
Waktu Operasi:  
9.30 pagi - 7.00 malam

Harga Tiket:
SkyCab (termasuk SkyDome)
Dewasa : RM35.00
Kanak-kanak : RM 25.00

SkyCab with Express Lane
Dewasa : RM85.00
Kanak-kanak : RM 75.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion)
Dewasa : RM60.00
Kanak-kanak : RM 42.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + Duck Tour)
Dewasa : RM67.00
Kanak-kanak : RM 45.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + F1 Simulator)
Dewasa : RM50.00
Kanak-kanak : RM 35.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 3D Art)
Dewasa : RM65.00
Kanak-kanak : RM 45.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + SkyTrail)
Dewasa : RM80.00
Kanak-kanak : RM 60.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion + Duck Tour)
Dewasa : RM92.00
Kanak-kanak : RM 60.00

Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinemotion + Duck Tour + 3D Art)
Dewasa : RM110.00
Kanak-kanak : RM 78.00

Untuk maklumat lanjut, boleh layari: http://www.panoramalangkawi.com/



Langkawi Trip Bersama Keluarga : Oriental Village & Skycab
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
November 20, 2015 at 6:29 PM

x bestnya naik cable car pastu hujan huhuh

Reply
avatar
November 20, 2015 at 8:20 PM

Seronoknya... ni yg rs nk terjah langkawi lg ni ;)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+