Buat yang akan menunaikan umrah buat masa terdekat ini. Dan juga yang sedang membuat persediaan untuk menunaikan rukun islam kelima, pastinya sedang berdebar-debar dan bersemangat. Pastinya setiap details mengenai ibadah ini diambil kira.
Disebabkan itu, Sha nak berkongsi buku 50 Tips Motivasi Haji & Umrah yang oleh Prof. Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim dan Roza Roslan. Buku setebal 224 muka surat ini memberikan tips yang seakan-akan nampak biasa tetapi sebenarnya amat-amat 'priceless' yang diterjemahkan dalam bahasa santai dan bersahaja.
RM 18.00 (Jimat 10% sekarang)
Review mengenai buku ini
Ramai yang
bercerita mereka mengalami masalah penggunaan tandas semasa di Mina.
Mereka terpaksa beratur panjang. Ada pula yang tidak dapat menahan diri
sehingga terpaksa 'membuang' ketika beratur. Fokus kepada ibadah haji
menjadi terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil sebegini. Ia
kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan
masa untuk beribadah secara optimum.
Tip yang
pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa
menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara
rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh,
ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah
suci.
Tip yang
dikemukakan kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi menjadi luar biasa
dengan sentuhan nilai-nilai santai dan penceritaan yang menarik. Buku
ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri kerana isu yang
biasa-biasa sahaja sepanjang menunaikan haji dikupas secara menarik dan
sangat signifikan. Buku ini sesuai diulang baca oleh bakal jemaah haji
yang inginkan sesuatu yang terbaik dalam ibadah mereka.
Tip dalam
buku ini merangkumi tips beratur menggunakan tandas, panduan mudah untuk
bangun qiamullail setiap malam, tips mengelak daripada ditipu, tips
membeli-belah, dan juga panduan yang memudahkan jemaah untuk fokus
kepada ibadah tanpa gangguan perkara-perkara yang remeh-temeh.
Jalan
ceritanya diolah berdasarkan pengalaman sebenar penulis, dapat memberi
gambaran yang jelas tentang suasana yang bakal ditempuhi oleh bakal
jemaah haji. Olahan buku ini menyentuh hati dan mendamaikan jiwa yang
membacanya. Ia sangat relevan bagi mereka yang pertama kali mahu ke
tanah suci bagi menunaikan haji. Ia benar-benar signifikan dan sukar
diperolehi melalui buku-buku panduan haji yang lain.
Di samping
mengamalkan tip-tip dalam buku ini, kita dituntut memohon panduan,
ilham, dan kekuatan daripada Allah yang maha berkuasa. Hanya Allah yang
membolehkan kita dapat memahami sesuatu ilmu dengan mudah. Hanya Allah
juga yang memberikan kekuatan untuk melaksanakan sebarang tip-tip yang
dikongsikan.
Dengan izin
Allah, semoga tip-tip dalam buku ini menjadi manfaat yang besar kepada
bakal jemaah haji yang ingin menjadi tetamu Allah yang terbaik.
ISI KANDUNGAN
DIMANA BOLEH DAPATKAN BUKU INI?
Boleh dapatkan dari >>bookcafe.com.my<< Kenapa Sha suggest Bookcafe? Sebab mudah untuk dapatkan secara online tanpa perlu keluar dan menempuh trafik. Dan kedua kerana sekarang Bookcafe sedang mengadakan promosi Year End Sale YES.
Selain dari buku 50 Tips Motivasi Haji & Umrah diatas, terdapat juga beberapa lagi buku Travelogue Haji & Umrah. Semuanya menarik hati dan pastinya menbuatkan perasaan semakin bersemangat untuk ke tanah suci nanti :)
Ada juga banyak pilihan yang lain. Boleh dapatkan dari Bookcafe di https://bookcafe.com.my/
kak ain bawa Travelog Haji Mengusik Hati tu masa tunaikan Haji tahun lepas.. memang bagus buku tu.. membuka minda dan hati kita... InsyaAllah sangat bermanfaat... :)
ReplyDeleteBookcafe memang pilihan terbaik untuk peminat buku ilmiah .
ReplyDeleteBoleh beli untuk belajar lebih awal...
ReplyDeleteMenarik,.. suka pendekatan spt ni... xpenah bc tp penah jupe oenulisnya
ReplyDeletePulak, haha. Jumpa penulis lagi best rasanya :)
DeleteYour articles are inventive. I am looking forward to reading the plethora of articles that you have linked here. Thumbs up! travel umroh
ReplyDelete