SweetMuslimah.com

Wednesday, November 18, 2015

Dapat berapa UPSR?

Penuh wall dan newsfeed aku kat Facebook berita keputusan  UPSR 2015 dah keluar. Alhamdulillah, banyak berita gembira dari sedih yang keluar kat newsfeed tu. Muka gembira seorang ayah, muka cikgu menangis gembira, muka budak umur 12 tahun peluk-peluk mak sambil pegang slip. Alhamdulillah, tahniah ! 

Adik-adik ada nak kongsi tips kejayaan dak?



Tak tahu lah cikgu korang ada pesan cenggitu ke tak. Tapi cikgu aku memang pesan kalau tak dapat jawab soalan tu, move to next question. Walaweh. Cikgu speaking English dengan aku weh. Apa ko ingat aku bangang (mind your words please T_T) tak pandai speaking English?

Eh. Darjah 6 ok. Memang masa tu aku teruk gila English. Kahkahkah. Paling aku ingat, masa darjah 3, cikgu ajar certain ayat perbualan biasa. Ala, ayat yang selalu ada dalam buku untuk tourist guide. 

Excuse me, could you please direct me to this location?

Ok tipu. Ini macam terlampau advance untuk budak darjah 3 duluuuuuuuuu. Budak sekarang lain lah, terlebih advance.

"Can I go to the restroom?"
"Thats our National Mosque"
"Airport please"

Semua tempat penting cikgu ajar dulu. Kang esok-esok ko nak pegi toilet, sebut restroom. Lagi molek ladies. Jadi teacher aku nak ajar lah student dia sebutan dulu. Tapi sebab sejak dari azali lagi memang dah tertulis, walau zaman 1990-an, murid tetap nakal tak bagi perhatian kat cikgu. Kira cicak kat dinding lagi best. 

Ada satu kali tu, semua kawan-kawan aku satu kelas kena berdiri kat depan kelas. Teacher tulis beberapa perkataan kat papan hitam, sapa yang berjaya sebut sebutan yang betul baru boleh balik. Hah kauuuuu. Tak terkencet nak menahan dalam kelas jadi orang terakhir balik? Dah la masa tu aku naik bas sekolah. Lambat sikit makan asap lah balik tu. Jalan kaki 5km jugak nak balik rumah. Jadi, apa pilihan yang kau ada? Sila jadi pandai !

Jeles je tengok kawan-kawan bajet pandai yang balik awal. Ceisss. Aku nak sebut, tak tahu. Bodoh bebenar masa tu. Terkebil-kebil aje lah tengok kawan say hye hye bye bye. Flying me to the moooonnnnn. Puih. Moon lah sangat. Alangkan duduk Bumi pun tak lepas. Nak flying to the moon. Ok. Terus putus angan angan.

Sampai perkataan ni. AIRPORT.

Wah, serius aku tahu airport tu apa. Kompem lah tahu kan. Lapangan terbang. Tak ada lah bebal bebenar. Jadi, tiba-tiba keyakinan aku tinggi menjulang menjengah awan. Yes, aku dah boleh balik dah ni. Yakin gila angkat tangan. Pergi depan teacher.

"A-I-R-P-O-R-T teacher"

Sebutan aku bukan sebutan airport betul tu tapi aku sebut. AIR (water) + PORT.

Mampus terus kena gelak satu kelas. Hahahaha. Malu gila kut. Teacher pun senyum-senyum je sambil betulkan sebutan aku. Ye lah  nak gelak anak murid sendiri. Senyum je lah. Tapi teacher, saya faham makna senyuman teacher tu ! Haha. Nasib aku baru darjah 3. Tak de pakwe time tu. Kalau darjah 3 sekarang ada pakwe dalam kelas, aku syak break terus kut sebab kebodohan terlampau :p 

Darjah 6 masuk kelas pertama. Sesetengah sekolah kan suka kumpul dan asingkan student ikut 'kepandaian' atau result exam kan? Hah. Jadi merasalah aku duduk kelas pandai. Padahal aku orang last dari 36 orang tu. 36/36. Tapi apa aku kisah. Yang penting duduk kelas first, haha. Duduk kelas pandai, budak-budak skema sikit. Tapi yang best, ada ramai kawan yang boleh tolong ajar. Ajar English. Ajar Math. Bahasa Melayu je aku terer sikit. Kalau cikgu mintak karangan 100 patah. 500 patah perkataan aku bagi. Advance you :D

Berkat cikgu yang sabar mengajar, kawan-kawan yang baik. Alhamdulillah, result UPSR tahun 2000 aku ok lah. Dapat 4A1B. Masa tahun tu, sekolah aku masih dalam kategori luar bandar rasanya. SK Sungai Penchala. So, pencapaian 4A tu dikira havoc gak lah. Tapi ada je yang dapat 5A. Yang tu tak mo cakap. Jeles T_T

4A1B. Yang B nya macam biasalah. English. Haha. Tapi masa tu, zaman media sosial tak ada lagi. Komputer pun payah nak jumpa. Jumpa kat sekolah je. Kat rumah takde. Nak chat-chat ni semua pegi CC. Chat dalam MIRC. Ingat lagi MIRC tu apa? Ala toksah tipu lah kata tak pernah chat dalam MIRC. Boooooo!

Jadi, bila result gempak ke, tak gempak ke. Tak ada sangat orang nak heboh dalam internet. Semua simpan sendiri. Paling-paling pun, balik rumah, sepanjang jalan nak ke rumah tu, jiran tanya. "Dapat berapa UPSR?"

"Dapat berapa UPSR"
"Dapat berapa UPSR"
"Dapat berapa UPSR"
"Dapat berapa UPSR"

Dapat 2.6 bilion makcik. Eh. Silap makcik. 4AIB makcik sambil senyum bangga sikit.

"Anak makcik Senah depan tu dapat 5A"
"Anak makcik Senah depan tu dapat 5A"
"Anak makcik Senah depan tu dapat 5A"
"Anak makcik Senah depan tu dapat 5A"

Saja tulisan kecik-besar-kecik-besar bagi unsur suspens, kihkihkih :D
  

I hate u 5A T_T

Uih, menusuk ke jantung yang paling dalam. Tapi masa tu tak rasa sangat sebab ala, setakat apa sangatlah jiran sebelah rumah kata cenggitu. Anak dia pun UPSR bukan ada A pun! Kahkah.

Tapi itulah. Berkat dulu zaman yang belum hebat media sosial. Komputer kat rumah pun tak ada. Jadi, aku hanya tahu berapa A yang kawan-kawan 1 sekolah dapat. Dengan kawan-kawan sekampung. Setakat compare dengan kawan-kawan, apedehal. Tak jeles banyak pun. Tak rasa sangat pun tekanan banyak A tu menandakan ko pandai. 

Buat adik-adik yang berjaya, dapat keputusan yang bagus, cemerlang. Alhamdulillah. Tahniah. tahniah. Tahniah. You deserve that. 

Buat yang lain, jangan sedih. Usaha lagi. Kurang bilangan A dalam slip bukan menandakan kita tak pandai. Perjalanan masih jauh. Masih panjang. Ada masa lagi untuk membuktikan yang kita juga boleh berjaya.  :). 

P/s: Walaupun English akak macam bahasa cencorot masa UPSR tu, tapi sekarang kan dik. Kalau ko bercakap dengan akak, kompem paham lah. Tak adelah macam itik ayam bercakap. Haha. See. Bukti 'kecencorotan' masa zaman lalu tidak mempengaruhi masa depan akak sekarang. And you too, should believe that :)


 
Dapat berapa UPSR?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
November 18, 2015 at 10:45 PM

ehehhe comel je citer2 mengimbau kenangan ni kan..

Reply
avatar
November 18, 2015 at 11:52 PM

untunglah akak....saya english sampai sekarang tak pandai

Reply
avatar
November 19, 2015 at 8:29 AM

Akak pandai sikit je, level tinggi sikit je dari cencorot, hahaha :p

Reply
avatar
November 19, 2015 at 10:49 AM

yap, sy pon cm tu jg... kita belajar dr pengalaman. x pandai kena belajar dan belaajr lagi. UPSR tu br permulaan je dik... byk lg tangga yg perlu ko daki sblm rumah tangga ...ekkk apa plka ni? hahahahaha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+