SweetMuslimah.com

Monday, November 16, 2015

Accident lagi

Hi !

Pagi tadi aku accident kereta lagi. On the way nak ke office. Accident untuk kali ketiga, selama 3 tahun setengah aku di Sabah ni. Tak tahu lah nak kata apa dengan rekod 'cemerlang' aku ni. 

Masa accident tu nak berlaku, aku macam dah dapat agak yang nak kena langgar dari belakang. Kebetulan pagi tu, hujan lebat. Keluar dari simpang rumah, sempat lagi nampak pelangi yang cantik gila. Besar ala-ala pelangi yang selalu keluar dalam kartun Teletubbies. 


Subhanallah. Cantiknya !

Sebijik terangnya pelangi tu macam pagi tadi yang aku nampak. Cuma latar belakang atas jalan raya lah, hehe. Bukan hutan macam ni. Sempat tengok sekejap je. Dan adakah masa ni aku kena langgar dari belakang oleh kereta Saga FLX tersebut?

Jawapannya tak. Aku dah jadi pemandu yang sangat berhemah semenjak 2 kali accident lepas. So, tengok pelangi dengan ekor mata je, bagi signal ke kiri. Tengok kereta tak ada. Joooom. Kita bergerak. :)

Sampai depan sekolah cina ada trafik light. Kebetulan lampu dah merah, so aku pun berhenti. Brek. Duduk diam-diam. Tengok cermin pandang belakang, masa tu nampak kereta Saga FLX warna merah macam laju. Terus terdetik dalam hati "Eh, macam nak accident je?"

Dan ramalanku benar belaka. Accident aku pagi tu. Kereta aku dilanggar dari belakang oleh kereta Saga FLX warna merah. Dentuman kuat jugak. Nasib aku pakai seatbelt. Kalau tak rasanya memang boleh lebam juga terhantuk kat stereng.

Masa keluar kereta tu, bergetar tangan. Dan dan rasa nak marah. Sekali tengok yang keluar dari kereta belakang tu, uncle. Dah tua. Dah berkedut. Sebelah kerusi penumpang pun uncle. Dan uncle tu terus "Sorry, sorry. Saya dah brek. Tapi kereta terus jalan" sambil depangkan tangan. Ok. Terus tak jadi nak marah. Terus rasa kesian.

To cut it short. Macam ni rupa kereta uncle tu.


Radiator sampai bergerak ke belakang. Plat hilang. Lampu kiri pecah.
Kereta aku?

Hehe. Tak ambik gambar pun. Ambik gambar kereta uncle ni sebab untuk simpanan untuk buat report polis je. Kiranya kereta aku kalau tengok macam tak kritikal sangat. Sensor belakang 1 terkeluar, bumper belakang ternaik sikit. Banyak nak kena ketuk dengan cat baru. Bila tengok tu, nak cakap, Myvi lagi keras ke FLX ni yang lembut? 

Alhamdulillah, tempat accident dekat dengan kolej. So call kawan-kawan datang backup sebab aku pun dah menggeletar tangan kat situ. Datang kawan aku dalam 3 orang, berbincang sikit. Dan pagi tu jugak terus hantar kereta masuk bengkel. Entah berapa lah kena charge T_T

Sepanjang aku duduk sini, dalam 3 tahun setengah, setiap tahun aku accident. 2 kali langgar belakang. Semuanya orang langgar. Apa, kereta aku ni ada magnet kuat sangat ke nak tarik semua orang cium bontot dia? T_T. Kesian bumper kereta aku. Dah lah masa accident ni, bumper belakang baru tukar. Nampak gaya bumper baru lagi lah gayanya. Dan setiap kali accident, mesti berlaku dalam bulan November. Haish. Seram pulak nak celebrate birthday lagi macam ni (motif nak bagitahu orang ko lahir bulan November, kihkih :p)

Apa pun, kalau benda nak jadi, jadi juga. Puas dah aku berhati-hati. Tak laju. Tak langgar lampu isyarat. Tapi kena juga. Apa nak buat kan? Terima je lah. Ataupun ini petanda boleh guna alasan keselamatan sebagai alasan nak pindah nanti? Haha. Ataupun gangguan emosi? Hah. Macam alasan yang bernas kan? Ahaks :p

Jadi, patah kaki lah minggu ni. Nak pergi kerja, nak singgah Giant. Semua kena tumpang housemate. Nak keluar jogging kat Taman Buddha pun terencat. Nasib badan. 





Accident lagi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

11 comments

Tulis comments
avatar
November 16, 2015 at 2:24 PM

haiyaaa! tu laa...kadang kita bawak elok org plak yg langgar ye...hati2 next time

Reply
avatar
November 16, 2015 at 2:26 PM

kawan saya baru je accident td, nsib baik lebam2 je..

Reply
avatar
November 17, 2015 at 8:12 AM

Hati2.. nasib baik pakai seat belt...

Reply
avatar
November 17, 2015 at 1:23 PM

Itulah. Benda nak jadi kan. Tak pelah. InshaAllah lebih extraaa cautious :)

Reply
avatar
November 17, 2015 at 1:24 PM

Alhamdulillah, lebam sikit, tak pe tu :)

Reply
avatar
November 17, 2015 at 1:24 PM

Luckily, the rules are followed. Kalau tak, tanggung sendiri le :p

Reply
avatar
November 17, 2015 at 2:32 PM

sy penah kena jg... dlm hati mmg marah. dah tahu brek x mkn jgn laa himpit sgt. berhenti laa jauh2 sket.... mmg geram tp kena kena laa sabar ya sha... nyawa kita lg penting

Reply
avatar
November 18, 2015 at 11:55 PM

nasihat saya sebaiknya kalau perodua hantar ja ke perodua...contoh kalau kerosakan pada bumper akan ditukar baru tak ada ketuk-ketuk...ini sebab kes dilanggarkan? jadi boleh claim insuran kereta belakang

Reply
avatar
November 19, 2015 at 8:30 AM

Tak hantar ke Perodua pun. Hantar bengkel biasa, tapi mintak ganti bumper baru.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+