SweetMuslimah.com

Sunday, October 4, 2015

Tak susah nak belajar masak

Hi! 

Happy weekend ! Korang buat ape weekend ni? Kalau keluar make sure pakai topeng muka. Dengar berita indeks IPU kat semenanjung tinggi baru-baru ni? Please jaga kesihatan dan minum banyak air ok ! Dan baru dengar berita TV3 1.30 juga kata esok dengan Selasa semua sekolah di semenanjung kecuali Kelantan cuti.

Sebelum tu, ni aku nak buat clearance sale Rempah Chef Ammar. Clearance sale sebab nak clearkan stok. Sebab stok pun tak banyak sebenarnya. Tinggal 2 botol je. Ingat tak dulu-dulu masa baru start blogging (awal tahun atau bulan 12 tahun lepas?) aku ada buat Giveaway yang hadiah dia rempah Chef Ammar. Puas lah aku tunggu depa yang menang tu ada tepek resepi buat ape masak ape dengan rempah tu, tapi nan hado. Citttt. 



Tinggal 2 botol ni je. Chef Ammar Spices Beriani dan Bukhari.


Expired date 17 September 2016. Setahun lagi. Sebotol RM22.00. Tapi sebab katanya clearance sale kan, aku bagi RM30 untuk 2 botol ni. Plus FREE postage. Kalau ada yang berminat, bagitahu ye. Email ke, tinggal ke komen ke. Mana-mana yang mudah. 

Siapa yang pernah beli dan guna rempah Chef Ammar ni tahu lah macam mana rasa dia. Rempah ni memang keluaran dan ciptaan Chef Ammar sendiri. Multi-purpose pun sebab bukan setakat boleh guna nak buat nasi arab pakej dengan lauk. Boleh jugak masak lauk biasa. Sebab apa aku kata gitu? 

Ceritanya macam ni. Ada sekali tu, aku nak masak kari ayam sebab kononnya nak habiskan rempah kari dalam peti ais. Dah siap tumis bawang cili semua, nak masukkan serbuk kari. Sekali rempah kari dah EXPIRED ! Nangis aku. Nak keluar tak sempat. Nampak pulak Rempah Kabsah kat dapur, bantai masuk dalam kuali. Kehkehkeh. Dah siap masak, sedap pulak rasanya. Haha. Aku bagi housemate makan pun, diorang tak perasan pun aku bukan guna serbuk kari. Sampai sekarang aku masak kari (kari lagi ke nama dia? Hiks) guna rempah Kabsah aku tu :p

Boleh search resepi apa aku dah masak guna rempah Chef Ammar ni. =) (Gaya cakap macam banyak nau ko dah masak, cittttt) *duck face*. Sebelum ni ada juga customer aku yang tanya apa beza rempah-rempah ni semua? Antara Kabsah, Bukhari, Beriani dan Mandy. Jawapannya dia berbeza ikut negera. Dan berbeza ikut cara masak. Kabsah berasal dari Arab Saudi, Mandi dari Yaman dan Bukhari dari Uzbekistan.

Berminat kalu nak masak nasi arab ke, masak suka hati ke, email atau komen ye. Sapa cepat dia dapat. 



Semalam masak tomyam ayam tapi versi hantam nak habiskan stok makanan dalam fridge, kehkehkeh. Buka fridge tengok ada tempe, tauhu putih, tauhu jepun dengan kobis. Ada jugak keret dalam 5 inci. Stok tak habis masak sebelum balik cuti raya hari tu. Kesian aku tengok tempe aku dah lebam. Nak buang sayang, so aku sumbat je masuk dalam tomyam aku. Haha. Kreatif kan? Harus kreatif bai. Nak masak jangan nak rigid sangat. You wouldn't know the result. Dan nasib tomyam aku sedap ! Kat tekak aku lah. Walau ada tempe, tauhu putih, tauhu jepun segala. :p

Siapa kata nak masak ni susah? Jangan nak serabutkan fikiran dan otak korang kata masak ni susah. Nak masak jadi rupa macam ni..

  http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2014/05/nasi-ambeng.jpg 
 http://1.bp.blogspot.com/-D3dd4Yz3AUk/VGGsUWW6CLI/AAAAAAAACro/4ulWvy3zl_I/s1600/6.jpg
 http://www.makansedap.my/wp-content/uploads/2015/02/MakananTerbaik.jpg

Ko baru nak berjinak-jinak masak, tapi aim boleh masak macam ni, memang kem salam lah. Punya semangat nak belajar masak, tunjuk pulak gambar hasil resepi bombastik, sekali hasil dia down. Memang moral down. Terjunam dalam longkang teruih !

Nak mula masak, dinasihatkan mula dengan masak yang simple-simple. Macam housemate aku, sebelum ni dia selalu kata yang aku dengan Amal terer masak. Terer kebendenya? Setakat boleh masak (Diulangi: BOLEH MASAK, BUKAN TERER MASAK) kari, asam pedas, lemak cili api, sup. Basic je tu. Nak kata sedap gila tak lah. Tapi boleh lah lepas kat anak tekak. Tapi kalau tunjuk dekat yang terer masak, peh. Nombor 1 dari belakang okeh lauk aku.

Housemate aku baru sebulan ke 2 bulan nikah. Lepas nikah tu tetiba jadi rajin dan selalu masak. Mula-mula nak masak tu ada juga tanya kitorang, dan dia masak setiap hari. Dari seorang yang katanya tak pandai sangat, pandai kacau-kacau lauk je. Sekarang dia boleh kata "rupanya senang je masak" =)

Dulu-dulu masa baru kena paksa masak dengan mak, nak goreng ayam goreng pun cari tutup periuk jadi perisai minyak meletup. Kalau goreng hati ayam ke,ikan keli ke, lagi kuat aku menjerit kat dapur. "MAK, IKAN NI MELETUPPPPPP". Nyaring 500dB kut sampai jiran sebelah rumah boleh jenguk kepala kat tingkap ! Kahkah. Masa tu sumpah seranah ikan memang berkoyan-koyan. Jahat punya ikan. Kenapa kau nak meletup? Bila makan sedap pulak tak ingat sumpah seranah tadi, haha. Tapi itu lah, kalau tak kena paksa, mampuih sampai sekarang tak ada kesedaran nak belajar masak. 

Yang penting nak belajar. Ada usaha. Tak mengalah. Lagi pun sekarang ada banyak source resepi best-best. Buku resepi, tak pun majalah. Internet dalam blog orang yang niche dia resepi, food. Siap ada step-by-step resepi. Nak lagi best, bukak Youtube. Kompem boleh follow. Belajar dengan mak mertua pun bagus jugak. Masa ni lah nak manja-manja kucing dengan mak baru. Belajar apa feberet anak kesayangan mak baru korang tu, kompem kembang hati mak mertua dapat menantu rajin. Tapi kalau nak lagi mudah, beli je pembantu masakan macam rempah Chef Ammar yang aku jual ni. Semudah 1,2,3.. Woohaaaa. Sempat promosi gitu,kahhhhhh.

 

Tak susah nak belajar masak
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

15 comments

Tulis comments
avatar
October 4, 2015 at 3:12 PM

salam singgah, mmg masak xdelah susah nau, tapi bila kita masak x jadi , jadi malas nak masak, pastu sampai ke sudah x masak,
tang kawin plak akak sy sendiri, jrang masak sblom kawen, tolong mak gtau, bila dah nikah trus mak plak tolong dia heheh

Reply
avatar
October 4, 2015 at 4:45 PM

kite kena pergi kelas dengan k.eny ni. baru leh masak menu hebat2

Reply
avatar
October 4, 2015 at 6:06 PM

wow...mcm best jer...lobster tuh haaaa.....

Reply
avatar
October 4, 2015 at 6:42 PM

saya ni memang tak ada nafsu nak masak... tengok rancangan masak2 je bernafsu... hehe
lebih2 lagi.. selalu je ada orang yang tolong masakkan,,,

Reply
avatar
October 5, 2015 at 8:29 AM

yg penting rajin... :p
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

Reply
avatar
October 6, 2015 at 1:57 PM

Masak senang je kan Sha, campak2 jadi lauk. Hehe ^-^

Reply
avatar
October 7, 2015 at 2:49 PM

skrg nk memasak da sng. hujung jari je bleh cr resepi. trn ke bwh dah ada kedai. x perlu kopek kelapa dah ada dlm kotak. antara malas ngan rajin je...

p/s kat sini mn nk dpt tu ya?

Reply
avatar
October 15, 2015 at 3:13 PM

Xpandai xpe...boleh cuba dan cuba...masak ni seni...hehehe...

Practice makes experience gitu

Kalo cite masak2 che ammar tu tahu jugak..kt astro tu..tapi xpernah cuba lagi paste dr die :)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:19 AM

Untunglah mak tolong masak, hehe :)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:20 AM

Lobster best, harga pun best ! :D

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:21 AM

Bila ada orang tolong masakkan tu yang best. Akak pun sama :)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:22 AM

Itulah. Campak je. Kompem jadi lauk. Sedap ke tak tu belakang cerita, hehe

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:23 AM

Anis, ada je orang jual tu. Tapi not sure kat mana lah. Saya nk let go yang ni sebab dah malas nak meniaga, hehe :D

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:24 AM

Paste dia rasa lain sikit, tak sama macam paste kita sebab paste Chef Ammar ni citarasa arab. Tapi sedp, sebab kita boleh tune ikut selera kita =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+