SweetMuslimah.com

Wednesday, October 28, 2015

Sowie awark. Saia tak kuad...

Selama ni aku yakin je dengan berat badan. Walaupun selama ni mak selalu suruh kurangkan berat. Tapi apa aku kisah. Aku rasa ok je? Baju-baju lama ok je pakai. Ketat sikit je. Tak de lah gemuk sangat kott? Ah, mak sengaja je lah kut nak takut-takutkan anak pompuan dia agaknya. Jadi, aku terus melangkah dengan gagah bergaya macam jalan atas runway fashion show setiap hari.

Tapi, minggu lepas aku nak betulkan tudung. Masuk tandas. Sekali aku nampak ada orang tengah betulkan tudung jugak. Eh awak. Tolong tepi sikit, saya pun nak betulkan tudung jugak. Dan orang tu taknak bergerak pun. Eh. Ini dah lebih. Ko nak main kasar buat-buat pekak derk je apa yang aku cakap ye? Aku boleh je nak main kasar ni.

Rupanyaaaaaaaaa.. Diri sendiri pon tak kenal ! Melampau betul gemuknya sampai diri sendiri dalam cermin pun tak kenal. Jilake. Nak menangis pun tak boleh sebab bila menangis lagi nampak buruk. Eh. Betul tau. Buruk nau orang tua merajuk menangis. Korang esok-esok emo jangan nak nangis sangat. Buruk nye tu ! T_T. Kahkah. 

Cuma boleh meraung panggil mak. 
"Makkkkkkkk, makkkkkkkkk, makkkkkkkkkk. Menyesal Ira tak ikut cakap mak".
Kita nak badan cenggini macam dulu. *Sambil merenung lautan dengan angin sepoi-sepoi*


Shahira's blog: awansayatasana

Ahhhhhh, rindu zaman makan macam dinosaur tapi berat 50kg jek. Sekarang makan macam semut je portion dia, tapi berat serupa gajah ! Ah, stress gua. Makin hari makin dipam dengan super air-gun ! Rasa loser gila ! Korang yang baca jom jemaah sama-sama stress. Baru ada konsep kerjasama gitu, hiks :p

Buat azam baru. Nak kurangkan berat jugak sebelum balik cuti Krismas ni. Jadi semalam aku pun motivasi tinggi keluar berjoging kat dalam taman Buddhist berdekatan dengan rumah. Taman ni aku panggil Taman Buddhist sebab yang uruskan tempat ni Persatuan Buddhist. Dalam tu memang dewan diorang, temple (or church?) semua dalam ni. Siap ada bangunan rekabentuk serupa Istana China dengan tangga panjang diorang tu tengah buat. Cantik woo. Boleh fefeling berlakon dalam movie Cina lama, hewhewhew.

Jogging dalam Taman ni best. Angin sepoi-sepoi walau kadang-kadang aku tak sure. Ini angin kentut ke angin semulajadi. Abaikan.

Aku parking kereta pun dekat-dekat dengan pintu keluar. Ye lah, kut depa perambat aku tak bagi Muslim masuk tempat ni, senang sikit aku nak lari. Tapi rupanya ramai je Muslim joging dalam ni. 1 Malaysia. I Loike. Jadi bertambah motivasi nak beramah tamah mesra dengan uncle auntie ni semua. "Uncle chowsan. Auntie chowsan" Ekeke 

 Siap pakai kasut. Tak stretching terus jalan. Jalan-jalan dulu nak ushar line. Mana tau nampak abe sado. Boleh buat - buat gigih joging. Kahkahkah. Jalan jalan dan jalan. Tambah pulak angin bertiup mesra je. Alahai. Syahdunya rasa berjalan kat sini.

Sampai satu point, baru mula joging betul. Jogingggggggggggggggggggggggggggggggg. 
Ah semput.
Berhenti dulu. Kita jalan dulu. 
Toleh belakang. Eh. Rupanya aku baru joging 50m? Rasa macam dah jauh T_T. Dem.

Be positive. Kan baru 1st day. Gitu aku motivasikan diri. Tengah-tengah motivasikan diri.
Zassssss. "Auntie chowsan". Wowlah, macam sempat nak bertegur sapa pulak, kihkih. Auntie lalu potong aku. Ok. Laju auntie ni joging. Kagum aku. Tinggi stamina auntie?

Zasssssss. "Uncle, uncle, uncle, uncle chowsan" (sebab ramai uncle lalu potong aku). Terus down. LOSERRRRRRRRRRRRRRRRRR. Terngiang-ngiang hasutan syaiton tepi telinga aku. Dengan uncle auntie pon boleh kalah. Puih. Buek malu je umur pangkal 20-an, tapi LOSERRRRRRR.

Apalagi, start enjin. Jum kita lari ! Terus joging dengan semangat. Joging, joging, joging dan joging. Tiba-tiba dada rasa berdebar-debar melampau. Dup dap dup dap menggila dalam dada. Dada rasa nak pecah. Apa, aku dah nak mati sebab berjoging ke?

Dan akhirnya, terpaksa berjalan je lah ke kereta. Stamina totally out. Sampai kereta dah dizzy sikit lagi nak cium tayar kereta. Sempat jalan + joging (padahal 80% berjalan je T_T) 2 round ja. Azam tinggi, esok mesti datang nak pastikan dari 80% jalan, kita kurangkan kepada 50% je jalan. Motivasi ! motivasi ! motivasi !

Hari ini.


Hujan turun dengan meriah. Dan membuatkan aku terus lapar. Hilang terus nafsu joging. Naik nafsu godzila nak melapah daging.


I like it medium cook actually. Tapi oleh sebab ko pun bukan pandai masak, terima je lah hangus-cook daging kamben perap dengan sos blackpaper seksi sepenuh jiwa ni. Auwww. Tajuk tak boleh blah ! Haha.

Kagum gila aku dengan orang yang motivasi tinggi, gigih dan kuat cabar diri join program Weight Loss macam JK1M yang Kevin Zahri buat tu. Gila kau aku tengok training diorang. Hard-core ! Tak kuat, tak sabar memang separuh jalan surrender kut. Angkat tayar, training ala-ala kombat, angkat berat. Masuk gim. Senaman kardiovaskular (bukan ular). Peh. I salute lah. 

Bukan macam aku. Boleh paksa diri untuk joging je lah. Itu pun slow-slow nak tingkatkan stamina. Sebab sebenarnya aku paling risau stamina teruk lately. Naik tangga rumah 2 tingkat pun dah senak perut, sesak dada. Kalau rumah kau doploh tingkat, sempat aku pengsan bangun pengsan bangun pun tak cicah tingkat rumah lagi agaknya.

Sowie awark. Saia tak kuad T_T



Sowie awark. Saia tak kuad...
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

20 comments

Tulis comments
avatar
October 28, 2015 at 9:28 PM

Memula mmg payah once da buat payah nk stop plak ;)

Reply
avatar
October 28, 2015 at 10:23 PM

heehehe...entri luahan perassan eh sya..kak ummul pun gemuks ni..kdg nk stress gk tpi kontrol..hehehe..now berzumba je la perlahan2 kt rmh..tahan sikit nafsu makan..kdg2 tak tertahan gk.hehehe..

Reply
avatar
October 28, 2015 at 10:43 PM

Hahahahha,,, Along hanya mampu gelak sepanjang Along baca apa yang Kak Sha tulis... sampai sekarang tak berhenti gelak... ekekeke

Reply
avatar
October 29, 2015 at 4:44 PM

Zumal tersengih dan tersenyum baca entri Sha nie... Jangan mudah mengalah. Kipidap ^-^

Reply
avatar
October 30, 2015 at 5:21 AM

hehe.. xpe kak... kuatkan semangat gi utk kuruskan bdn...
buat perlahan2 insyaAllah berhasill... :)

Reply
avatar
October 30, 2015 at 10:51 AM

Hahaaa, kita sama la nk kurus tp cepat mengalah pastu mkn bnyk2x..... Nk cepat kurus try diet Atkins Tp mental fizikal mmg kne kuat.....;-)

Reply
avatar
October 31, 2015 at 2:23 AM

Great post dear! Have a nice weekend:)

irenethayer.com

Reply
avatar
November 4, 2015 at 10:51 PM

asalamualaikum..shahira nak tanya pasal tukar blogspot menjadi .com..blh tak wasap saya 017 659 8155

Reply
avatar
November 4, 2015 at 10:52 PM

asalamualikum.shahira boleh saya tanya pasal buat blog..blogspot tukar menjadi .com

Reply
avatar
November 5, 2015 at 8:37 AM

hahaha.. all the best dear.. memahami sgt perasaan tu... kipidup jek blh ckp.. hihi! :)

Reply
avatar
November 14, 2015 at 8:38 AM

ahahaha...godzilla melapah daging ek..ajak sis JM sekali..kalau joging? no! heheeh

Reply
avatar
November 16, 2015 at 9:22 AM

Betul. Bila dah mula, rasa gian nak stop pulak :)

Reply
avatar
November 16, 2015 at 9:24 AM

Tolong berhenti gelak Along, hiks :p

Reply
avatar
November 16, 2015 at 9:25 AM

Kan. Sama lah kita. Tengah tahan nafsu makan. Tapi lambat nau jarum timbang tu bergerak. Haish T_T

Reply
avatar
November 16, 2015 at 9:26 AM

Dah try hari tu. Menggigil badan lepas seminggu, hehe

Reply
avatar
November 16, 2015 at 9:27 AM

Nak tukar dari blogspot.my ke blogspot.com atau dari blogspot ke domain .com?

Reply
avatar
November 16, 2015 at 9:28 AM

Eh. For sure Sha ajak sis JM joging nanti ! Hiks :p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+