Saturday, October 17, 2015

# Personal

Servis Domino's Pizza

Semalam beli Domino's Pizza secara online. First time order pizza online, hehe sebab sebelum ni, kalau order pizza kita kena call kan? 1-300-888-tekan tekan tak dapat T_T. Haha.

Tapi order Domino's mudah. Order je dalam website (www.dominos.com.my), pilih pizza apa yang kita nak, nak hantar ke rumah atau self collect, siap boleh pilih nak hantar pukul berapa pulak tu. Kalau tak ada duit dalam akaun, boleh juga pilih option COD pizza tu. Tunggu je siap-siap depan rumah pukul berapa ko pilih sekali dengan cash. Settle. Tak payah nak call, habih kredit satu hal. Pukul berapa dia sampai pun kita tak tahu.

So, aku order Domino's Pizza. 1 large extravaganza pizza dan mintak hantar ke rumah mak. Kalau mintak hantar rumah Tawau aku, mau pizza tu kena naik belon, berkulat baru sampai. Euwww, haha.


1 large extravaganza pizza.
Aku pun tak tau isi atas dia ada apa. Main pilih je. Pilih yg thin crust. Nasib adik aku kata sedap.

Mintak hantar pukul 6.30 petang.


Ada jugak chocolate larva cake. Kek ni aku cakap kau. Sedap gila weh ! Hari tu beli sekali, beli 1 je, sekali ngap berebut dengan adik yang lain. Menyesal beli 1. Tapi kali ni aku beli 1 jugak, sebab aku takde. Korang nak berebut, nasib korang la. Kalau aku ada, aku tak beli langsung. Biar padan semua tak dapat. Haha.

Total 1 large pizza & chocolate larva cake baru RM 25.00. Murah sebab ada 50% less untuk pizza. Tu yg semangat beli pizza. Haha. Nak belanja masa takde less, harap beli yang regular je lah. Beli large selalu mau gugur bulu roma keluarkan duit. 

Overall, puas hati dengan servis Domino's kat Semenyih ni. Laju dan lepas runner dia keluar hantar pizza, diorang call balik tanya dah dapat pizza ke belum. Agaknya nak pantau kot kot ada runner yang sesat, pizza hilang 1 slice ke? Kehkehkeh. "Cik Shahira, pizza dah sampai ke belum?" "Dah. Siap dah licin tinggal kotak je". Ekeke.

Lagi satu, Domino's Semenyih ni suka bagi voucher. Laaaaagi semangat aku nak makan ! Haha. Baguih diorang bagi galakan untuk menternak lemak lebih kerap :p

DOMINO'S PIZZA LEBIH LEMBUT?
Pada aku, doh roti Domino's lagi lembut dari Pizza Hut. Sesuai untuk gigi lembut gusi rapuh aku, hehe. Manja nau gigi aku. Manja jugak perut tuan dia, kahkahkah. Tu yang feberet Domino's. Orang lain tak tahu lah. Lain orang lain taste.

PROMOSI BEST DARI DOMINO'S PIZZA
Feberet pizza? Boleh amik Express Card Domino's. Beli 1 pizza dapat FREE 1 lagi pizza all year long. Habis setahun renew lagi kad. Kaedah express card ni sama jugak macam ko dapat 50% less untuk 1 pizza. Untunglah kalau beli banyak.

Balik ni nak mintak diorang hantar lagi lah. Aku ada voucher untuk menternak lemak lagi ! Muahahaha :p

K bai.





14 comments:

  1. Kdg2 sy rs domino ni lg sedap de PH

    Ada lg x. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi promosi best-best Domino's. Sekali beli, dia simpan data, lepas tu banyak kali pulak hantar email bagi voucher la, promo baru lah. Penat tahan nafsu nak tekan beli, hihi :p

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap kut, haha. Sha tak makan pun. Tukang beli je :)

      Delete
  3. Zumal pun suka domino sebab sedap dan banyak diskaun. Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sama lah kita. Diskaun memang berbaloi-baloi

      Delete
  4. sejak ada Dominos kat Parit Buntar.. mmg keje akak klik2 je kalo rasa malas keluar =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ini memang regular customer DP. Welcome to the club, hiks :p

      Delete
  5. domino pizza mmg terbaik compare to Pizza hut...servis pun tip top

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ade juga certain outlet yang servis macam hampeh. Rezeki kita la outlet baguih :)

      Delete
  6. Cikna dh blacklist dgn domino ni takeaway 1 pizza sz regular+ 1 lasagna kena tunggu sejam.....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe outlet yang dekat dengan rumah cikna tu bizi ramai customer. Ataupun masa yang dipilih tu ramai pilih sekali. Ada buat report ke DP?

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+