SweetMuslimah.com

Wednesday, October 14, 2015

Movie Pan (2015) | Visual Memang Cantik !

Baru dapat tengok movie Pan. Semalam. Haha. Lambat kan? Padahal orang lain dah selamat khatam kat wayang. Aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. Tapi apa kisah. Yang penting dah tengok movie Pan ni. Dan bila dah tengok, nak dengar komentar tak bertauliah dari aku? Mehehehe :p


SINOPSIS MOVIE | PAN (2015)

Peter (Levi-Miller), seorang anak yatim yang ditinggalkan ibunya, Mary di rumah anak-anak yatim pada Perang Dunia Kedua. Peter kemudian diculik oleh Kumpulan Lanun yang diketuai oleh Blackbeard (Hugh Jackman) ketika sedang tidur bersama kawan-kawannya yang lain. Mereka semua dibawa ke Neverland dengan menaiki kapal lanun yang boleh terbang untuk bekerja sebagai buruh paksa demi mencari pixum. Disana, Peter bertemu dengan James Hook (Garret Hedlund). Bersama, mereka berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman Blackbeard dan mencari ibu Peter, Mary.

Review Movie Pan (2015)

KOMEN MOVIE | PAN (2015)

Aku tak terfikir pun nak tengok citer ni, haha. Tak sedar pun dia dah masuk wayang. Pergi wayang sebab boring duk rumah. Ingatkan citer ni lebih kurang macam movie Peter-Pan sebelum ni, lain sikit rupanya. Dari sinopsis filem Pan kat atas tu pun dah tahu kan? Hehe.

Masa duduk tu, ramai budak-budak hokay dalam wayang. Ada 1 row memanjang tu, penuh dengan budak kecik je. Mak pak eh nak tengok, ke anak eh yang nak tengok? Haha. Tapi boleh kata hari aku tengok tu, 50% kanak-kanak ribena. Ekeke. 

Overall citer ni best ! Worth tengok bersama family. Graphic best. Nampak macam real. Kalau dapat yang 3D lagi gempak agaknya. Neverland memang cantik gila. Kalau betul lah Neverland tu ada, nak duduk sana boleh? :p. Watak Hugh Jackman sebagai Blackbeard pun best. Mula-mula tu kitorang tak sedar pun yang Blackbeard tu Hugh. Padahal dah tengok trailer, tengok lagi poster. Pun boleh tak perasan? T_T. Memang boleh jadi franchise macam Captain Jack Sparrow pehni, mehehehehehe :p

Aku kata best, kawan pompuan aku 2 orang pun kata best siap mata shining-shining lagi cerita. Tapi, kawan aku laki 2 orang berdengkur. Haha. Not sure sama ada this movie not up to their expectation, tapi up to our expectation. Kitorang enjoy, dan kalau nak bawa budak pon boleh. 

Moral yang boleh dapat dari movie ni, never give up eventhough ramai orang, constantly say something bad about yourself, and your family. And also, always have positive thought for everything our parents did. There's always a reason behind it. :)

Review Movie Pan (2015)
 Eh, sape ni? 
Dapat tangkap muka Hugh Jackman kat situ? Haha.
Wolverin bertukar pakai fur. Euw. :p

Review Movie Pan (2015)
Sikit lagi Peter nak arwah. Nasib rantai yang mak dia tinggalkan jadi bukti yang Peter adalah Peter Pan. Kalau Peter Bowl for sure dah arwah.

Review Movie Pan (2015)
Garret Hedlund hensem !
Dalam movie ni watak dia bodoh-bodoh alang sikit. Clumsy. Funny. Tapi apa kesah, as long as muka hensem ! Kihkihkih
Ada satu part yang kelakar. Antara Hook ni dengan Tiger Lily. Katanya nak mengorat, tapi guna ayat cliche. Ekekeke. Tapi kalau nak tahu ayat cliche tu, kena tengok sendiri kat wayang ! :p


 

Movie Pan (2015) | Visual Memang Cantik !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+