SweetMuslimah.com

Thursday, October 22, 2015

Resepi Bubur Asyura

Hai ! Siapa yang puasa sunat hari ni angkat tangan ! Yey. Bagusnya awak-awak semua sebab kita tak pose pun :p. InshaAllah esok baru nak start puasa. Esok dan lusa :). dan bila bercakap pasal puasa asyura, ada makanan yang sangat akrab dengan puasa asyura. Apa tu? Tentu-tentu bubur asyura

BUBUR ASYURA

First time makan bubur asyura ni masa Tingkatan 5. Ada warden yang masak dan bagi untuk semua pelajar perempuan. Mula-mula ingat bubur asyura lebih kurang macam bubur lambuk, rupanya tak. Sebab bubur asyura yang aku makan tu manis. Dan kental. Dah takde tekstur bubur nasi macam yang kita biasa makan tu.

Dan rupa-rupanya lagi, cara masak bubur asyura ni ada banyak ye? Serius baru tahu, hiks :p. Berbeza ikut negeri rupanya. Eleh, korang pun ramai yang tak tahu jugakan (koh koh koh *batuk) So toksah nak kata resepi orang tu real, orang tu tak real, hihi. 

JENIS-JENIS BUBUR ASYURA:

1) Bubur asyura utara: Jenis pekat dan manis
2) Bubur asyura pantai timur: Jenis pekat dan mengandungi rempah dan daging
3) Bubur asyura tengah selatan: Jenis cair seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai bijirin, kekacang, daging dan sayuran
4) Bubur asyura pulut hitam: Jenis pulut hitam dua warna yang mana dicurahkan pati santan diatasnya.

BUBUR ASYURA STAIL KEDAH

Kredit Gambar & Resepi: sajiandapurbonda.blogspot.com
Bahan-bahan A:
2 kampit 500 gram tepung beras = 1 kg.
200 gm tepung jagung
Pisang emas – anggaran 2 kg.
1 liter pati santan sawit KHALIS
1 tin susu cair
2 tin jagung manis
1 1/2 kg. gula pasir - boleh dikurangkan jika tidak suka manis
½ kg. gula merah
200 gm sagu putih
Kismis ikut citarasa
Beberapa helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
1 kg. kacang hijau
500 gm kacang kuda
500 gm kacang ketupat (kacang duduk)
500 gm kacang merah ABC
1 kg. ubi keledek kuning

Penyediaan Awal:
1. Pisang emas dibuang kulit dan dipotong dadu (lebih ½ inci lebar).
2. Ubi keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
3. Semua bahan B direbus secara berasingan sehingga empuk. Kecuali keledek direbus ¾ empuk, jangan sampai hancur. Kemudian toskan. Air rebusan ubi keledek disimpan dan digunakan untuk membancuh tepung.
4. Gula merah dicampur dengan air dan dididihkan di atas dapur sehingga larut, kemudian tapiskan.
5. Gula putih dicampur dengan air dan dididihkan di atas dapur sehingga larut.
6. Sagu direndam sehingga kembang, kemudian toskan.

Cara-cara Memasaknya:
1. Satukan tepung beras, tepung jagung, pati santan, susu cair, air rebusan keledek, larutan gula merah dan gula putih, dan garam di dalam bekas. Gaul semua bahan sehingga sebati, kemudian ditapis. Selain kaedah tapis, boleh gunakan kaedah yang lain iaitu masukkan dalam blender dan kisar sehingga adunan halus. Kemudian masukkan di dalam periuk/kuali besar dan kacau di atas api sehingga 1/2 pekat.
2. Masukkan kacang kuda, kacang ketupat, kacang merah, ubi keledek, jagung, sagu, kismis, dan daun pandan. Kecilkan api dan kacau adunan sehingga ¾ pekat. Akhir sekali masukkan pisang. Kacau lagi sehingga adunan masak.
3. Untuk memastikan adunan ini masak dengan elok, ambil sedikit daripada adunan tadi dan letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk sebenar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di atas piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna adunan tadi telah masak. Tetapi sekiranya ia masih melekat, ini bermakna adunan tadi belum betul-betul masak. Hendaklah dikacau lagi.
4. Adunan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk masak.
5. Setelah masak, tuangkan adunan tadi di dalam bekas. Biar sejuk sebentar di luar, kemudian masukkan di dalam peti ais untuk disejukkan.

BUBUR ASYURA TERENGGANU

Kredit Gambar & Resepi: http://hanieliza.blogspot.my/
Bahan-bahan:
1 kg beras
1 kg bawang merah(1/2 kg dikisar ,1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara Membuat:
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

BUBUR ASYURA @ LAMBUK VERSI JOHOR

Kredit Gambar & Resepi: http://idaddapur.blogspot.my/
Bahan-bahan:
2 cawan beras
2-3 senduk santan  
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci* bahan * dikisar
2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang 
1 sk serbuk lada putih
1 sk / lebih serbuk lada hitam 
Pelbagai kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman)
Sedikit daun sup / daun saderi
Kentang & carrot secukupnya – dipotong dadu
Garam + gula secukup rasa
Bawang goreng
4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
1 pkt sup bunjut
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Serbuk perasa jika suka cth: serbuk pati ayam 
1/2 sk serbuk jintan putih  

Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :
1) Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau.
2) Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika.
3) Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu, kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka. Biar ia mendidih.
4) Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang + carrot.
5) Selepas kentang, carrot dan kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
6) Perasakan dgn garam secukupnya.
7) Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
8) Sedia dihidangkan panas-panas bersama telur dadar halus, daun sup  /daun saderi dan serunding ikan / daging / ayam.

BUBUR ASYURA VERSI KELANTAN

Kredit Gambar & Resepi: http://aziejaya.blogspot.my/
Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
1) Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.
2) Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus kacau.
3) Masukkan santan, kekacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.
4) Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat.
5) Bolehlah tutup api. Cedok ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang.
Nota:
Jika mahu dipotong, tunggu sehingga sejuk. Jika dimakan panas panas, boleh makan menggunakan sudu.

Semua resepi ni dari blog-blog masakan yang best-best. Klik link untuk terjah lagi banyak resepi menarik dan sudah pastinya sedap :)






Resepi Bubur Asyura
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
October 22, 2015 at 5:38 PM

macam2 versi kan Sha, kak ana sebagai orang utara pastinya hat utara pilihan hati, pernah juga rasa versi orang pantai timur sebelah suami, okay jugalah rasanya.

Reply
avatar
October 23, 2015 at 11:51 AM

selalu buat yg mcm bubur nasi tu ;-)

Reply
avatar
October 23, 2015 at 11:16 PM

baru tahu ade bnyk jenis bubur ni..sedap2 nampak belake..tq share sis

Reply
avatar
October 29, 2015 at 4:53 PM

Nak try buat la sebab tahun nie tak ada orang bagi bubur asyura untuk Zumal

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+