SweetMuslimah.com

Tuesday, October 20, 2015

Langkawi Trip bersama Keluarga: Homestay Kedawang

Langkawi Trip bersama Keluarga: Homestay Kedawang | Straight dari airport, kawan abah bawak kami ke homestay. Nak tengok homestay sambil letak barang. Dari airport, perjalanan macam jauh, tapi bila sampai kat sini, rupanya kawasan kampung ni betul-betul belakang airport je. Memang kuat dengar bunyi kapal terbang mendarat terbang kat belakang nun.

Tak teringat pulak apa nama homestay ni. Nama kampung pun haram nak ingat. Kompem banyak makan semut ni, hiks :p. Area mukim Kedawang ni memang banyak homestay dan harga pun agak berpatutan.

Homestay mukim Kedawang
 Ruang tamu besar. Siap ada kerusi berpusing-pusing tu. TV tersorok tak masuk dalam gambar.
Yang pintu tu bilik pertama. Aku 3 beradik gigirl rembat bilik tu.
Khaira sampai-sampai terus mintak susu. Dah kenyang minum susu, semangat lari-lari dari dapur masuk bilik. Masuk dapur masuk bilik. Apa, ko ingat kita pindah masuk rumah baru ke?
Homestay mukim Kedawang
 Bilik pertama. Katil King Cup. Eh. Saiz King. Hiks :p
Bilik ada aircond yang sejuk nak mamps.
Lemak aku tebal 2 inci pun surrender. 
Homestay mukim Kedawang
 Master bedroom. Mak dengan abah yang ambik. Bilik ni ada sekali bilik ayaq.
Aircond jugak.
Homestay mukim Kedawang
 Bilik no.3. Budak Amin sorang je duduk sini sebab dia sorang je laki. Untunglah ko dik katil besar boleh buat guling-guling Hindustan. Ada aircond dengan kipas. Tapi masa kitorang masuk ni, kebetulan aircond bilik ni je yang rosak. Nasib ada kipas.
Tapi rasanya tak perlu kipas. Pagi-pagi sejuk gila kut.
Homestay mukim Kedawang
 Ini ruang makan kut? 
Agak-agak tak cukup ruang dalam bilik, boleh bentang toto tidur kat sini. Toto dan bantal extra ada disediakan dalam almari kat dalam semua bilik.
Homestay mukim Kedawang
 Dapur. 
Ada sediakan peti ais dengan dapur kut-kut rajin nau masak kan. Kitorang memang masak untuk sarapan sebab malas nak keluar awal pagi cari sarapan.
Homestay mukim Kedawang
Bilik ayaq dia besar kut. Rasa-rasa nak mandi berjemaah 10 orang pun lepas. Ahaks :p

Agaknya sebab faktor tempat baru, Khaira semangat betul explore rumah ni. Kemain lagi jelajah semua bilik. Tidur pun lambat. Kejap-kejap datang bilik "Cak cak cak". Haha.  Kat luar rumah ni ada pergola kut-kut nak beristirehat sambil menikmati alam. Sambil layan blues dengan bunyi kapal terbang. Ada jugak tuan rumah sediakan tempat kalau nak buat bbq. Hah ko, bbq lah sampai lebam, hewhewhew :p.

Aku bayar RM300 untuk 2 malam. Not sure itu harga sebenar atau harga kawan-kawan. Hehe. Tapi kalau harga sebenar pun, aku pun tak tahu nak bagi direction kat mana. No phone apetah lagi. Ampun ye. Overall, pada aku homestay ni ok. Affordable dan besar. Datang dengan family besar jimat. Tapi kalau nak diikutkan kat Langkawi ni banyak gilaaaa homestay. Toksah risau takde tempat tidur kalau datang waktu high peak pun. Dunt worry, be happy :)

Langkawi Trip bersama Keluarga - Part 1: Klik sini



Langkawi Trip bersama Keluarga: Homestay Kedawang
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
October 21, 2015 at 9:38 AM

murah gak tu...mungkin sbb bukan cuti sekolah kan...kalau cuti sekolah x dpt harga gitu agk nyer

Reply
avatar
October 29, 2015 at 5:01 PM

Homestay yang sangat selesa ^-^

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+