SweetMuslimah.com

Sunday, October 18, 2015

Langkawi Trip bersama Keluarga - Part 1

Sebenarnya trip Langkawi ni aku pergi dengan family tahun lepas lagi. Bulan 12 macam tu. Tapi sekarang baru ada rasa nak hupdate dalam blog, hiks :p. Pergi Langkawi 3 hari 2 malam. Satu family pergi kecuali kakak sebab kebetulan tengah berpantang lagi. Tapi sebagai ganti, kitorang bawak anak dia, Khaira. Jadilah ada juga gene kakak aku dalam dia, hewhewhew.

Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Masa ni kat KLIA2 lagi. Baru nak drop luggage semua. Khaira semangat tengok orang dalam airport. Pelik kut pagi-pagi dah ada ramai orang. And yes, kitorang naik Malindo Air pukul 7.15 pagi. Masa beli tiket ke Langkawi ni, Malindo Air tengah buat promosi. Agak best juga promosi Malindo Air. 1 way to Langkawi untuk 6 orang plus 1 infant (Khaira dikira infant sebab tak cukup 2 tahun) total dalam RM500. Ok lah juga sebab ada light meals dan luggage 20kg setiap orang.

Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Bayar RM 45 ke 50. Tak ingat pulak untuk Khaira tapi tak dapek seat pun. Duduk atas neneknya jugek. Eksaited budak kecik ni naik flight. Rasanya ini kali kedua dia naik flight. Adik aku cakap, makcik-makcik dia umur 23 tahun baru first time merasa naik flight. Khaira? Baru setahun lebih dah 2 kali. Rezeki ko lah nak.


Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Welcome to Langkawi :)
Flight smooth, suara pilot sedap, haha. Stewardess pun lembut suara bak hang. 

Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Bercuti ke Langkawi bersama keluarga
Atuk, mana beg kita?


Bercuti ke Langkawi bersama keluarga

Sorry atuk, Khaira dah penat. I want susu ! T_T

 Sampai Langkawi, Khaira dah penat. Tu yang bergambar sambil meronta-ronta. Sabaq ya nak. Mokcik eksaited nak bergambar dulu, ahaks :p

Keluar airport, jumpa dengan kawan lama abah masa zaman bujang hot stuff trang tang tang dulu. Hiks. Lupa pulak nama pakcik baik tu. Sorry abah Ira lupa nama kawan abah. Short term memory bah T_T . Abah jumpa siap peluk-peluk sakan sebab katanya dah 20 tahun tak jumpa. Kira ini jejak kasih reunion untuk 2 orang, hehe. Pakcik ni yang tolong kitorang carikan homestay dengan kereta sewa. 

Next entry baru sambung pasal homestay. Tapi meh aku bagi hints dulu kat mana homestay kitorang. Kat area Mukim Kedawang, which is belakang airport je. Siap boleh dengar bunyi kapal terbang turun naik. Lokasi paling best kalau LIMA. Tapi agak jauh (tak berapa jauh sangat sebenarnya) dengan pekan Kuah.

Kalau ada yang suka duduk dalam pekan, memang aim nak shopping, boleh consider duduk hotel / homestay / chalet di kawasan pekan. Nak bercuti tepi laut? Boleh stay di kawasan Pantai Chenang. Pantai Chenang cantik gila kut ! Penuh mat saleh berjemur ! Hihi.

TIPS UNTUK BERCUTI KE LANGKAWI

1) Tempah tiket awal. Sebab aku tengok tiket Langkawi - KL agak mahal juga kalau hari-hari biasa. Travel seorang dua boleh tahan lagi. Kalau travel in group mah garu-garu kepala cari kutu. Selalu aku survey Malindo sebab dah ada pakej sekali luggage. Jimat. 
2) Periksa tarikh musim hujan. Boleh periksa di laman web Jabatan Metereologi Malaysia. Kalau kena musim hujan (macam kitorang. Sedih sungguh) nak berjalan pun terhad. Naik kereta kabel pun tak nampak apa kat bawah tu. Tambah horror lagi naik kereta kabel tergantung-gantung kat atas tu sambil angin kuat bawak hujan menendang-nendang kereta kabel ko anak beranak. Horror ok ! Aktivit Island Hopping pun terbantut. Bulan 12 hingga bulan 3 boleh dikira sebagai musim hujan / monsun kat Langkawi dan kawasan sekitarnya.
3) Rancang perjalanan betul-betul. Sebab nak naik turun dalam Langkawi ni agak jauh. Dan jalan jem. Macam kitorang hari pertama cover dulu pekan, survey-survey kawasan nak shopping. Antara tempat WAJIB masuk nak shopping: Kompleks HIG dengan Idaman Suri. Agak-agak lagi rajin, boleh je masuk The Zon untuk dapat more choices pinggan mangkuk berjenama (Idaman Suri pun quite famous dengan pinggan mangkuk berjenama).
4) Tak tahu direction? Boleh guna Waza atau Google Maps. Jalan kat sini agak mengelirukan untuk yang kurang mahir.
5) Datang Langkawi naik feri? Boleh beli return ticket to Jetty (either Jetty Kuala Kedah atau Kuala Perlis) dekat kaunter jualan tiket feri. Keluar dulu dari Kompleks Terminal Feri, seberang jalan menghala ke KFC. Kaunter jualan tiket feri ada kat row belakang KFC.

JADUAL PERKHIDMATAN FERI LANGKAWI

Jadual perkhidmatan feri Pulau Langkawi


Sambung Part 2 untuk homestay. Bye :)














Langkawi Trip bersama Keluarga - Part 1
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
October 18, 2015 at 10:05 AM

bab hari hujan tu memang penting untuk cek..
kalau ke pulau time2 hujan memang sendu lah..

Reply
avatar
October 18, 2015 at 7:00 PM

6dewasa 1kanak ticket flight cuma rm500 mmg murahla kot, nak g langkawi jgk nak terjah "daim".....;-)

Reply
avatar
October 18, 2015 at 7:14 PM

sian kakak x dapat ikut....budak tecik duduk atas seat pun still kena byr eh

TQ share tips tu rasanya lagi best naik direct flight je dari naik feri

Reply
avatar
October 21, 2015 at 8:57 AM

Dah setahun tak pergi Langkawi...

Reply
avatar
October 21, 2015 at 9:45 AM

best nyer jalan2 langkawi...alhamdulillah sy da merasa jalan darat n jalan udara... lepas ni nk try berenang plak ke langkawi hahaahahha


sambung cpt2 naa part 2 ;-)

Reply
avatar
November 13, 2015 at 2:02 PM

Berenang eh? hahaha. Dahsat sungguh tu.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+