SweetMuslimah.com

Friday, October 2, 2015

Keluarga Bendot ber BBQ lagi

Hi.

Kita sambung aktiviti balik cuti raya lagi, hihi. Balik kampung harintu hari Selasa petang. Sampai KLIA2 pukul 11 malam gitu. Dalam sampai tengah malam gitu pun, sempat jugak food hunting mee udang sedap kat area Nilai. Boleh baca kat sini kat mana area mee udang sedap tu.

The next day tak buat ape-ape pun. Duduk rumah, buat kerahan tenaga bersihkan rumah. Buat apa-apa yang patut. Mop lantai segala. Bersihkan siling, habuk kipas semua. Memang surrender lelemak aku semua cair terus. Timbang-timbang dapatlah kurang 0.1kg. Kahkah.

Hari Jumaat pulak plan nak buat BBQ. Ini semua plan makcik-makcik aku yang kononnya nak buat surprise kat mak. Konon-konon tak nak bagitau, tapi call aku mintak belikan udang sotong nak buat bakar-bakar. Aku macam? Eh, buat BBQ? Mak tak bagitau pun? Dah lah nak putus urat kentut bawak ikan bilis 20 kg lagi. Udang sotong lagi. Beg baju aku lagi. Badan 70kg lagi. Argh. Stress. Tapi in the end, bawak balik jugak. T_T

Makcik-makcik aku kan, suka nau buat surprise. Konon-konon nanti datang, nak terkejutkan mak aku dengan makanan ni semua. Padahal abah aku dah ajak kitorang holiday hari Jumaat tu. Nasib makcik aku call bagitau, kalau tak? Datang-datang rumah bawak kambing lombu ayam perap semua, tapi rumah kosong! Ting tong ting tong loceng pun, tak de orang keluar. Krik krik krik memanjang sokmo. Kehkehkeh. 

Oleh sebab jadi tuan rumah, tuan rumah sediakan yang senang-senang je, muehehe. Makanan lain makcik-makcik bawak. Dah serupa pot-luck gitu. Rumah aku sediakan air fruit punch dengan teh o panas je. Sekali dengan rendang ayam abah (Rendang abah sedap tau! Dah sama naik macam rendang mak. Anak dia je yang tak pandai merendang, hiks). 


Roti bakar sapu butter garlic cicah dengan mushroom soup. Mushroom soup dalam periuk tu. Sebelah dia blackpaper sauce.


Fries. Coleslaw. Ada juga bubur jagung cendol? Ntah ape nama dia. Tapi sedap. Anak buah aku yang kecik-kecik tu suka gila makan. Oh. Baru aku perasan yang aku tak sempat rasa bubur tu. Tau-tau je dah lesap licin tinggal bekas kosong. Mengalir air mata menyesal tak makan awal, uhuk uhuk.


Rendang ayam abah dalam bekas kaca. Rendang daging mokcik aku dalam tupperware pink tu. Agaknya sebab baru lepas raya, rendang dengan nasi impit tu kurang laku. Masuk balik dalam rumah aku buat sarapan esoknya. Kentang dalam bekas tu belum bakar lagi sebenarnya. Diorang datang siap berbalut je. Mak aku ambik kentang tu, ingatkan nak makan. Dah buka wrap tu, baru tau yang kentang belum bakar. Kesian mak aku tertipu, kehkehkeh. 


Lomang pun ada jugak. Plus meehon goreng. Meehon goreng pedas yakmat. Nangis Khaira makan. Sekali suap meehon, sekali minum air. Sekali suap sekali minum. Bergumpal air dengan meehon dalam perut.




Ini yang kita paling tunggu. Atas dalam bekas kaler pink is kambing perap. Sedap gila kambing. Memang masa idea awal nak buat BBQ aku dah siap request kambing bakar. 2 kg makcik aku bawak. Sekali join venture binatang yang nak dibakar adalah sotong-udang, ayam 5 ekor, sosej, kentang wrap yang mak aku tertipu awal-awal tadi.

Sekali tengok macam tak cukup. Orangnya ramai, BBQ nya sikit! Eh. Over sangat. Kahkah.




Yang tukang bakar tu, suami makcik aku. Kitorang panggil Pak Su. Yang lelaki tu sepupu aku. Sebelah dia adik aku yang belajar kat UPSI, Eja. Mula-mula bakar ayam je semua sebab ayam banyak jugak. 5 ekor kan. 

Masa orang tak ramai tu, senang je nak dapat ayam. Aku request peha. Besar jugak bahagian peha tu. Berapa kilo punya ayam pun tak tau. 



Hitam pekat likat memikat !
Kambing dengan black paper and mushroom sauce. Black paper sauce pekat likat. Best ! Makcik aku bawak 1 periuk ok. 1 periuk. Separuh jalan, sauce dah habis. Ayam dengan sotong banyak lagi. Menggagau pergi market beli barang buat sauce baru. 

Tapi sauce baru takde cendawan shitake tu =D


Orang sibuk kat depan, budak kecik ni sibuk datang nak dekat dengan bapak dia. Masa ni abang ipar aku tengah sibuk tunjuk bakat. Datang budak kecik ni nak peluk kaki bapak dia. Haish. Bahaya sungguh. Mentang-mentang baru dapat kaki sebulan, laju je nak berjalan ke sana ke mari. Orang bagi susu nak mintak dia duduk dalam rumah, keluar rumah jugak nak join the crowd.


Apa? Cakap pasal saya ke?


Mak Su aku. Antara ramai-ramai makcik aku, Mak Su yang buat business upah masak-masak ni. Selalu jugak makcik-makcik dengan mak aku upahkan Mak Su aku masak. Hari tu pun perap-perap ayam kembing tu makcik aku yang buat. Dengan kuah blackpaper dan mushroom soup tu. 

2, 3 tahun kebelakangan ni, sejak-sejak kitorang dah membesar dengan jayanya memang setiap kali raya atau cuti ada buat makan-makan. Rumah Mak Su aku ni setiap tahun WAJIB buat makan-makan lepas balik raya Pahang sebab dia akan bawak ikan patin. Open house family buat ikan patin lemak tempoyak cili api. Peh. Menjejes air liur atas keyboard.

Rumah aku lagi taraf wajib sebab nenek duduk dengan kitorang. Tambah pulak mak kakak sulung, dah kira jadi kampung dah rumah aku. Esok-esok makcik lain jaga nenek, kampung aku bertukar pulak. Haha. Macam tahun lepas makcik kat Palong yang jaga. So tahun lepas beraya kek Palong la kito.

Masa ni orang belum ramai. Yang ada semua sedara-mara. Port membakar masa ni yang queue adik bradik aku dengan sedara mara je. Tengah-tengah majlis tu abah jemput jiran kiri kana yang dekat-dekat join kitorang sekali. Mana aci ko bagi bau je kan? Kata hidup berjiran. Jom lah kita berbbq bersama-sama jiran-jiranku, muehehe ^^



Aku ambik gambar. Bebudak dua orang ni pun acah-acah nak bergambar. Tak dapat henpon, bakul pun jadilah. Kaira paling eksaited bergambar.


Dari kiri, Pak Su, abah aku dan brader sado aka sepupu anak Mak Teh.
Sepupu aku ni muda lagi tapi dah kerja, bawak kete Honda City pulak tu. Aku bawak Myvi Purple je. Jadilah kan nak, ada jugak kete nak bawak ko jalan-jalan.


Kan dah kata yang bizi nya pakcik-pakcik sepupu-sepupu sado je. Yang gojes semua sibuk bergambar ! Sibuk semua cari kamera yang bagi efek gambar cantik, muka bercahaya ada nur nilam sari. Yang bagi efek kurus lagi digalakkan.

Tapi ada makcik aku yang balik awal. Last-last yang tinggal Mak Su dengan anak Mak Teh. Mak pak eh dah balik dulu. Overall rasa macam ada yang kurang sebab buat pun konon nak surprise. Last minute Jumaat pagi tu baru prepare semuanya. 

Siap berkemas luar rumah tu pun dah tengah malam. Memang malam tu semua flat terus. Tido awal. Semua bergelimpangan dekat ruang tamu. Sori katil. Ko tak laku malam tu, ahaks. Lepas ni plan nak buat lagi hujung tahun ni. Kita tengok macam mana dia punya surprise pulak !

K bye !







Keluarga Bendot ber BBQ lagi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
October 2, 2015 at 2:22 PM

Amboi bestnya BBQ....lama x buat BBQ...

Reply
avatar
October 2, 2015 at 4:05 PM

Meriahnya sambutan raya keluarga Sha... Bestnya kalau keluarga Zumal buat camtu, kesian tok sunyi masa raya...

Reply
avatar
October 6, 2015 at 8:59 AM

Kitorang jadi meriah macam ni start bila anak semua dah besar-besar. Lagipun sekarang family pakcik makcik dah duduk dekat-dekat, senang nak panggil =)
Tak pe lah Zumal, kalau tok sunyi, Zumal lah yang kena ceriakan tok. =)

Reply
avatar
October 7, 2015 at 3:23 PM

best nyer berBBQ...rs cm da lama x buat ;-)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+