SweetMuslimah.com

Monday, October 19, 2015

Jerebu kembali menyerang Malaysia !

Jerebu kembali menyerang Malaysia ! | Hurm. Hari Sabtu keluar awal dari rumah untuk ke Majlis Konvokesyen. Masa keluar tu awal pagi lagi, tapi sepatutnya langit dah cerah dan matahari terik. Tapi langit muram kelabu merajuk macam nak memuntahkan hujan. 

Habis konvo, dalam perjalanan balik ke rumah, baru perasan sebenarnya langit kelabu muram disebabkan JEREBU ! Jerebu dah kembali menghantui kita setelah beberapa ketika hilang. 

Dan semalam pula ke Kunak sebab nak memenuhi undangan collegue kenduri akikah anak perempuan dia. Ikut hati macam malas nak pegi, hiks. Tapi macam tak sampai hati (hati lagi, jantung, paru-paru tak mahu ambik bahagian dalam piket ni ke?) pulak sebab masuk ni, dah kali ke-3 kawan ni jemput. Lagipun bukan buat apa kat rumah selain membongkang tengok tv? Haha.



Keadaan jerebu di Menara Kayangan, Lahad Datu. 
Menara Kayangan ye, bukan Kerajaan Kayangan, hiks :p
Masa ni IPU dah mencapai 130.


Jerebu di kawasan perumahan aku.
Sebelum ni, masa semenanjung teruk di landa jerebu, kami di sini bernasib naik tidak ditimpa jerebu teruk macam tu. Tempias-tempias sikit adalah tetapi masih belum mencapai tahap kurang sihat. Sekarang ini baru berpeluang mengharung asap debu jerebu bersama-sama semenanjung, baru fair and square, ye tak? Haha. Semalam pun flight ke Kota Kinabalu delayed hampir 4 jam disebabkan jerebu teruk. Jarak penglihatan terhad ke 100 meter sahaja. 

Sampai ke saat entry ni ditulis, IPU di Tawau dah mencapai 160 dalam masa hanya 2 hari. Sekolah-sekolah di kawasan yang mengalami jerebu teruk cuti hari ni, tapi kitorang tak cuti. Masih kena kerja. So, yang sama nasib dengan aku, sama-samalah kita jaga kesihatan ye ! Minum banyak air putih, pakai mask N95 lebih bagus dari pakai surgical mask yang biasa tu. Sebab mask N95 berupaya untuk menapis micro partical jerebu. Surgical mask tak. 

Macam mana rupa mask N95 tu?

Mask N95. Bukan RON95, hiks :p. Kalau beli kat farmasi agak mahal, dalam RM6/pieces. Tapi sesuai sangat untuk kita, lebih-lebih lagi anak-anak kita yang kecik-kecik tu. Jangka hayat penggunaan mask ni hanya maksimum 4 hari. Lepas tu, sila beli mask yang baru.

Apalah sangat RM6 kalau nak dibandingkan dengan kesihatan kita dan anak-anak, ye tak? Jadi, yang bekerja, selamat bekerja *hukhukhuk*. Yang bercuti, selamat bercuti. Sama-samalah kita menjaga kesihatan dalam keadaan cuaca tak mengizinkan sekarang. 

Take care :)




Jerebu kembali menyerang Malaysia !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
October 19, 2015 at 2:03 PM

Demi kesihatan berbelanja lebih sikit tak apalah kan :)

Reply
avatar
October 19, 2015 at 2:14 PM

Jangan lupe jage diri ye Sha..

** ingatkan Nokia N95.. heheehe

Reply
avatar
October 19, 2015 at 3:43 PM

betol tu. hari ni baru nmpak jerebu dekat perlis ni

Reply
avatar
October 19, 2015 at 7:53 PM

tu lah Sha, semakin membimbangkan , anak-anak pun ketinggalan dalam pelajaran, allahu akbar .

Reply
avatar
October 20, 2015 at 10:11 AM

Dgr berita td jerebu sampai bulan3 lama giler kot.... Kita kat pahang ni pun pedih mata dh haa....

Reply
avatar
October 20, 2015 at 3:29 PM

good info pasal mask.tq share;).

done follow blog awak.

Reply
avatar
October 21, 2015 at 9:00 AM

Kena pi beli mask juga nampaknya...

Reply
avatar
October 29, 2015 at 5:02 PM

Masa jerebu hari tu Zumal cari tak jumpa mask jenis nie...

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+