SweetMuslimah.com

Saturday, October 3, 2015

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA | Perkara Wajib Buat Setiap Hari

Hi !

Selamat hari Sabtu ! Selamat berhujung minggu ! Selamat bersenang lenang atas katil membuta sampai tengahari ! Kahhhhhhhhh. Walaupun hari ni weekend, dan biasanya aku tak hupdate blog weekend tapi hari ini aku paksa juga jadi gagah perkasa memerah otak buat ayat 3 juta patah perkataan untuk cabaran hari ini.

Bercakap pasal cabaran. Hari ni dah masuk hari ke-3 Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA berlangsung. Hari ke-3 dari 7 hari. Boleh baca untuk Cabaran Hari Pertama dan Kedua. Hari ni punya cabaran adalah perkara wajib buat setiap hari. Kemonlah. Cabaran senang ! Kehkehkeh. Tapi, dalam soalan-soalan senang pun, jawapan dia gempak ! Kompem korang tak akan sangka yang ini jawapan aku. 

Jadi, apa perkara aku wajib buat setiap hari?

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA  

Masuk jamban lah ! Haha

Ok. Perkara ini memang sangat penting dan wajib buat setiap hari. Kalau tak buat atau ter-miss sehari pun. Aduh, dah jadi macam pungguk rindukan bulan. Muka kelat masam je. Hari ku rasa tidak ceria berwarna-warni Nippon Paint lagi. Kalau kawan aku lagi jahat. Kalau tak menjamban hari tu, muka kau dah jatuh kategori muka tahi ! Kejam betul statement T_T

Aku terfikir pasal benda ni bila tengah sakan borak dengan Amal. Sebab sekarang aku tengah consume GreenAard capsule. Kesan dia memang canggih ! Superb ! Sehari 2-3 kali memerut. Dah macam marathon ke jamban aku cakap. (Matiklah yang tengah makan baca entry pasal jamban =D). Amal kata, dia kalau dapat memerut sekali sehari pun dah besar rahmat. Selalu selang 2 hari baru dapat memerut. Eh. Apakah fenomena keperutan ini memang sepatutnya jadi perkara wajib kita?

Jadi, meh sini aku list-down kebaikan memerut mengikut jadual setiap hari, bukannya jadual berkala yang perlu diselenggara sebulan atau setahun sekali.

1) Perut rasa lega dan badan rasa ringan
2) Muka kurang jerawat. Silap hari bulan penyakit jerawat boleh sembuh
3) Elak perut buncit. Bye bye spare tyre
4) Elak masalah kembung angin
5) Berat badan mudah turun
6) Tak jadi pemarah
7) Tidur lebih lena
dan bla bla bla ....lagi kebaikannya.

Bila buat setiap hari, ditambah pulak 2,3 sesi setiap hari nescaya hari kita  akan jadi macam ni..

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA
  
Smile ! Dah tak muka tahi dah !

Peringatan: Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca merasa mual nak muntah mahupun terkeluar nasi goreng patayya semasa makan gara-gara entry ini. Sekian. 

 
Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA | Perkara Wajib Buat Setiap Hari
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

13 comments

Tulis comments
avatar
October 3, 2015 at 11:15 PM

Ni memang perkara wajib.,sehari tak buat tak sah.haha

Reply
avatar
October 3, 2015 at 11:40 PM

hahahhahaa.. lawak la entry ni Sha.. "muka tahi" tu kejam sangat tauuu... hahahaha.. :p

tapi betul tau.. Kevin Zahri pun pesan mesti membuang setiap hari.. seelok-eloknya 2 kali sehari.. ;)

Reply
avatar
October 4, 2015 at 12:10 AM

Eh, sama macam rutin yang Zumal lakukan juga ^-^

Reply
avatar
October 4, 2015 at 2:14 PM

Jangan masuk jamban kena pangkah yer ^-^

Reply
avatar
October 4, 2015 at 4:26 PM

As salam..

Datang BW ke sini dari segmen menyahut cabaran 7hari EFGKBBA..done folo ;)

Haha..betul..kalau tak ke jamban sehari, muka macam hapa je..nak buat keja pun x best..

Reply
avatar
October 5, 2015 at 11:21 AM

hahahahaaa...muka tahi tu tak leh blah...nasib baik tak makan lagi...masak pon belum..boleh cari mood makan masa masak japg

Reply
avatar
October 5, 2015 at 1:26 PM

sha memang nak kena..nasib baik smile tu manis..

Jom terjah  PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI | Cabaran7Hari

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:45 AM

Betul. Tak buat sekali sehari kompem sakit kepala ! Hewhewhew

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:45 AM

Betul bha kak. Kawan sha selalu guna ayat tu kalau nampak muka muram sendu gitu, haha

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:47 AM

Nasib mummy belum masak. Kalau tak terus spoil nak makan. Larikkkkkk :p

Reply
avatar
October 7, 2015 at 2:57 PM

betul! tanpa jamban siapalah kita hahaahahah

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:41 AM

Tanpa jamban sengsaranyaaaaaaaa .....:p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+