SweetMuslimah.com

Friday, October 2, 2015

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA | Apa ada dalam wallet anda?

Gembira betul aku tengok Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA untuk hari ke-2 ni. Hehe. Kalau cabaran semalam rasa cam pffttttt, hari ni senang betul. Setakat tanya apa yang ada dalam wallet aku

Alah, biasalah pompuan. Kompem ada duit, kad ATM, KyKad, Lesen Memandu dan tentu-tentu duit. Kan? Tapi itu lah. Kali ni kita bagi extra sikit. Takan setakat nak terus tunjuk benda hape ada dalam wallet. Meh la aku tunjuk apa yang ada dalam henbeg aku dulu !


Kosong kan henbeg aku? Kagum tak? Kahkah. Ini ciri-ciri malas nak mengangkut barang banyak-banyak. Aku baru belajar bawak barang asas je dalam henbeg. Ada wallet, henpon. Yang kaler putih macam buku tu sebenarnya pasport. Memang aku bawak ke hulu ke hilir. Esok-esok nak lari, terus je aku pergi airport lepas pemeriksaan imegresen dengan jayanya ! Muehehehe.

Pehtu ada lip balm dengan lipstick. Kadang-kadang aku letak tissue dalam henbeg. Tu je. Settle. Tapi jangan kagum sangat. Sebab henbeg aku sebelum ni macam-macam aku sumbat. Ada gula-gula dalam botol, buku nota, pen, nametag, buah. Kadang-kadang ada buku crossword puzzle sebab aku suka solve puzzle masa-masa senggang. Ada sekali tu aku letak juga botol air, compact powder, eyeliner segala. Berat nak mamps. Rebeh bahu membawak henbeg tiap hari pegi kerja.

Itu pun sebenarnya henbeg aku yang sebelum ni dah putus tali. 2 biji pulak tu putus tali ! Satu terputus tali masa kat rumah. Ok lah. Aku nampak je sebelum dia putus. Satu lagi tu sadis betul. Terputus masa aku tengah lari-lari anak dalam hujan nak masuk kolej pergi punch card ! Adududu. Bermandi hujan ala-ala hindustan aku pagi tu. Dengan beg putus tali lagi T_T


Taraa...Wallet cheq. Kalau tadi dalam henbeg ada benda asas je. Dalam wallet aku lagi benda asas. ! Kahkah. 
Tinggal singgit je sebab duit hujung minggu. Jangan bocor rahsia duit aku tinggal singgit ye. Kalau sape bocorkan aku cubit !


Selain dari MyKad, Lesen memandu dan kad-kad bank, yang ada adalah resit keluar duit kat ATM. Entah berapa kurun aku simpan pun tak tau. Jadi, esok-esok kalau korang nampak wallet aku tebal, jangan salah anggap ye. Jangan nak mintak aku belanja kat kedai mamak.

Sebab yang tebalnya bukan duit, tapi.....RESIT ATM. Ciittttt T_T


Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA | Apa ada dalam wallet anda?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

14 comments

Tulis comments
avatar
October 2, 2015 at 9:45 PM

sama laa..simpan resit yang berkurun lamanya dalam purse..hehee

Reply
avatar
October 2, 2015 at 9:46 PM

Hahaha.....Rata2 cabaran tuk hri kedua ni dlm wallet byk resit je..kiki

Reply
avatar
October 3, 2015 at 9:58 AM

jap tengah kira berapa duit tu hahahaha

Reply
avatar
October 3, 2015 at 11:45 PM

haha..samala kita..wallet penuh ngn resit je..haha..btw, done follow #403 :)

Reply
avatar
October 4, 2015 at 12:06 AM

Kalau wallet Zumal mesti Sha terkejut ^-^

Reply
avatar
October 4, 2015 at 2:40 PM

singgit boleh banje mommy ekremm potong tu..hihihi

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:13 AM

Yang banyak simpannya gigirl. Hehe :p

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:13 AM

Kira KC. dah dapat bagitau akak, hiiiiii

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:14 AM

Hahahaha. Ye ke terkejut? Apesal?

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:16 AM

Jum mummy kita makan eskrim potong, hehe

Reply
avatar
October 7, 2015 at 3:10 PM

sama laa kita...ntah apa laa syg nau2 dgn resit2 atm tu hahahahahaha

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:40 AM

Haha, sayang sangat, ekekeke :p

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:40 AM

Bila punggah wallet balik baru nampak banyaknye simpan resit, haha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+