SweetMuslimah.com

Tuesday, October 6, 2015

Aku dendam dengan ex aku

Hi !

Semalam godek-godek keywords kat Google Analytic. Saja lah kan nak tengok keywords apa yang selalu sangkut kat blog aku. Benda bagusnya selalu tengok keyword ni adalah, dia bagi kita hints, apa pengunjung kita nak cari. Kadang-kadang keyword yang tak berkaitan pun sangkut, haha. Itu kalau gitu boleh jadi bahan nak update blog pulak ! Mehehe :p


Semalam punya keywords. Kalau siapa blog dia niche resepi, kompem laju penuh je keywords kat sini. Sebab resepi memang selalu orang cari kan? Resepi aku yang beberapa ketol tu pun, ahamdulillah sangkut buat bagi tambah uv hari-hari. Jadi lah rejeki kayak gitu deh.

No. 10 paling tak boleh blah. Aku dendam dengan ex aku? Wow. Ini betul-betul dendam ni sampai boleh search kat Google. Ke ada movie atau drama terbaru atau pun novel hot tajuk dia ini? 

Sebelum ni ada juga sangkut keywords cara nak balas dendam dengan ex. Eh. Psiko betul ko sampai google cara-cara balas dendam. Sangkut kat blog aku sebab aku pun ada buat entry tajuk tu, kahhhhhh.

Korang start bercinta umur brape? Cintan-cintun monyet tu? Aku, seingat aku, masa Tingkatan 4. Masa tu crush dengan Ketua Pengawas sekolah ! Kehkeh. Terlampau berkaki lebar sampai aku tergoda. Auwwww. Tapi itu lah. Namanya pun crush. Lepas pandai crush pertama, ada lagi crush kedua, ketiga, keempat, kesejuta dan seterusnya lah. Lepas crush pertama, ada crush kedua. Wujud crush kedua sebab muka dia macam muka jiran sebelah rumah aku. Hah kau. Boleh gitu? Simptom-simpton pompuan tak hot. Apa nak buat? T_T. Muka macam jiran sebelah pun nak angkat jadi crush. Kesian.

Crush kedua ni pemalu yakmat. Hitam manis. Kira tak hensem pun tapi manis. Masa tu bagi aku dah kira hensem gila lah kat mata aku. First time perasan masa cikgu panggil untuk program mentor mentee. Kita nak tegur, malu-malu buaya. Tak tegur kang hasrat tak kesampaian. Esok-esok aku mati dengan hasrat tak tercapai macam mana?

Nak dijadikan cerita, hujung tahun Form 4 sebelum habis sekolah, aku dengan kawan aku ada buat surat cinta. Bagi dekat crush aku tu. Aku pun boleh lupa bila aku bagi, dan bila budak tu dapat. Totally forgotten. Masuk Form 5 lupa terus budak tu sebab aku dah move-on dengan crush baru. Haha. Cepat move-on dengan mencari crush baru. Macam tu lah kekdahnya ya adik-adik. 

Habis Form 5 masuk matrik. Duduk matrik jadi baik sikit. Masa ni sibuk kut. Jadi tak berapa pandang budak-budak matrik ni sangat. Masa ni lah crush lama masa Form 4 tu datang balik. Tak tahu macam mana dia boleh dapat no phone mak aku. Call mak aku dan mintak no. phone aku. Aku macam. "Eh, dia ni crush no. 2. Macam mana boleh dapat no. mak aku?" Jeng jeng jeng.

Dipendekkan cerita, selepas message sana, call sini semua tu. Dapatlah aku merasa jadi makwe orang. Bahagia lah konon. Padahal jadi makwe PJJ sebab aku tengah bermatrik kat Tangkak. That so call pakwe sambung study kat Mantin. Bila dah jauh macam tu, henpon lah pengganti diri. Masa tu, tahan aku bersengkang mata calling - calling 2,3 jam sekali call. Sehari kalau tak message tak sah. Topup pun asyik-asyik habis. Dah serupa monyet bergayut lekatnya aku dengan kedai topup. Tak pernah terfikir apa yang aku buat tu membazir je.

First love konon kan? Jadi melekat sangat kat ulu hati. Padahal cinta monyet je pun. Bukan dia sayang sangat ko pun. Pemikiran budak-budak tak matang je. Habis matrik aku masuk UTM. First semester clash. Sebab apa? Pakwe aku ada makwe lain. Masa tu menangis tak berlagu lah aku. Tambah rasa pedas lagi bila makwe baru dia marah aku. Siap kata jangan kacau pakwe dia lagi. What the fish?

Masa tu, memang terfikir nak balas dendam. Ye lah. Dia curang kan? Balas macam mana? "Aku jumpa siap kau! " *sambil asah pisau kat batu*  Haha. Kalaulah dapat buat gitu. Tapi aku tak buat macam tu. Aku move on. Lepas clash tu, tiba-tiba aku rasa, yang hidup aku ni ada macam-macam yang aku boleh buat, selain bercinta bagai nak rak. Setia pada yang tak sepatutnya. Bayangkanlah, nak keluar hujung minggu dengan kawan-kawan pun mintak izin pakwe? Duh ! Pakwe je pun, bukan laki aku lagi. T_T

Nak cerita kisah cinta seterusnya nanti korang muntah darah pulak. Tapi cukuplah kata aku masih tak bernasib baik sampai sekarang. So adakah perlu kita jadi pendendam dengan ex's tersebut?

Jawapannya no lah. Hanya pompuan tak cantik je yang jadi stok-stok pendendam ni ! Haha. Aku cantik !  Matiklah puji diri sendiri. Tapi nak cakap ini lah. Bila dah putus tu, walau sedih. Tapi percayalah yang semua itu ada hikmah disebaliknya. "Hikmah ape kak bila aku sedih je ni? Dah la banyak duit aku kena kikis" !

Hikmahnya adalah, korang tak teruskan untuk jadi bodoh dengan bersama si pengikis tu ! Buang masa dan tenaga tahu ! Kita ni berkenalan, bertaaruf dengan niat nak berbahagia. Bahagia pula dengan yang halal. Jadi, anggaplah apa yang jadi tu sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Tak ada jodoh, dan InshaAllah ada orang luar sana yang lebih baik dari orang sebelum tu. Allah nak kita belajar untuk lebih menghargai perasaan sendiri dan orang-orang di sekeliling. Mungkin masa bercinta, lupa tanggungjawab dengan Allah. Tanggungjawab dengan ibu bapa. Tanggungjawab sebagai pelajar.

Nak berdendam tak perlu rasanya. Move on. Teruskan hidup. Jadi lebih baik dari sebelumnya. Perbaiki diri. Banyak cara juga nak perbaiki diri ni tau.! Yang penting, jadi lebih gembira, lebih cantik, lebih menarik. 

Dendam ni dik, sampai ke mati lah ko bawa kalau tak pandai nak terima takdir Allah. Lepas tu fikir yang bukan-bukan, fikir itu fikir ini sampai tekanan jiwa ! Haish. Kalau jauh berjalan, ko akan nampak yang sebenarnya dunia ni, orang-orang disekeliling kita ni, sangat indah. Terlalu banyak yang Allah bagi, Allah cipta untuk memberi kita bahagia. Tinggal kita je nak ambil atau terus berfikiran sempit dan merasakan manusia adalah segala-galanya.

Over thinking is what kill you !



Buat apa nak dendam dengan ex bila kau ada sebuah keluarga yang sangat bahagia. Bahagia itu untuk kita cari, bukan tunggu jatuh dari langit !




Aku dendam dengan ex aku
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

24 comments

Tulis comments
avatar
October 6, 2015 at 8:19 PM

amboi. dendam dengan ex ye k.sha. hehehe.

Reply
avatar
October 6, 2015 at 8:37 PM

haha Sha siapakah yang berdendam tuu, ada ke entri Sha cam tu :)

Reply
avatar
October 6, 2015 at 9:46 PM

Hihihi tak baik dendam2 kan..

Reply
avatar
October 7, 2015 at 8:52 AM

Dulu-dulu je, sekarang tak. Haha :p

Reply
avatar
October 7, 2015 at 8:55 AM

Ada kak entry Sha gitu. Haha. Tu yang sangkut manjang keyword macam tu. Agaknya makin ramai yang stress putus cinta :p

Reply
avatar
October 7, 2015 at 8:55 AM

Betul tu. Dendam ni buat hati & jiwa jadi tak tenang je. Stress.

Reply
avatar
October 7, 2015 at 8:56 AM

Kan. Biasalah. Cinta macam-macam ada, hiks.

Reply
avatar
October 7, 2015 at 2:47 PM

Omg, tajuknya... Tapi rasanya Zumal pun ada tajuk terbuku di hati macam tu. Haha ^-^

Reply
avatar
October 8, 2015 at 5:11 PM

saya tak ada ex.. saya ada kawan. ex kawan ada la :P

Reply
avatar
October 12, 2015 at 11:57 AM

Dendam dengan ex tu takde la. Cuma sakit hati je, tu pun kejap. Bila dah move on hilang la semua sakit hati tu.

Reply
avatar
October 12, 2015 at 12:40 PM

ehem2.. ahhaha.. kadang2 de yg dendam tau

Cik en kembali.. hihi.. lama x mai sini..
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
dan entri ini Happy Monday All Nufuzie Dot Com's Reader

Reply
avatar
October 12, 2015 at 5:30 PM

Dulu kan...ni kisah benar ni..akak pernah putus cinta dan putus tunang..sampai berdendam...punca putus tunang masa tu dia terpikat ngan org lain...dia kawen ngan orang tu sedangkan lagi sebulan tarikh kawen kami...at last...sekarang akak dapat tau yang dia dah bercerai dan kawen ngan orang lain plak...huhu

Reply
avatar
October 15, 2015 at 4:23 PM

Berdendam buat rasa tak tenang je sebenarnya ^-^

Reply
avatar
October 15, 2015 at 4:26 PM

Berdendam buat kita rasa tak tenang je sebenarnya...

Reply
avatar
October 16, 2015 at 10:00 AM

Hehe. Biasalah. Kalau dah tak dapat tahan sangat, terkeluarlah entry gini. :p

Reply
avatar
October 16, 2015 at 10:00 AM

Boleh lettew. Sama je kekdah dia, haha

Reply
avatar
October 16, 2015 at 10:01 AM

Kan, tak payah nak dendam sangat. Keep it cool :)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 10:01 AM

Yang penting, kita move on. Tak payah ingat benda dah lepas :)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 10:03 AM

Hm.. Itu lah. Kadang-kadang kita nak dendam dengan orang buat rugi diri sendiri je. Baik kita cari bahagia kita sendiri :)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 10:04 AM

Memang tak tenang Zumal. Tido malam pun tak nyenyak. Nak makan pun tak kenyang. Eh. Ini macam tagline P Ramlee. hehe :p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+