Nurul Shahira:

Thursday, October 22, 2015

# Info # Novel

20% Diskaun untuk Peminat Mat Luthfi

Kalau korang suka baca diari orang, kisah-kisah hidup orang, kehidupan seharian orang, mungkin korang akan suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia. Hiks :p
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha, ye ke???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Nak mengenali diri seorang Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri korang sendiri, Catatan MatLuthfi ada segalanya.
--klik banner kalau nak beli. Tak nak beli kena beli jugak--

SIAPA MATLUTHFI?

Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.
Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

VIDEO MATLUTHFI PALING KELAKAR

Pada aku, semua video yang dihasilkan Matluthfi ni kelakar. Sebab tu dapat anugerah Vlogger Terbaik, ye dak? Hiks :p. Boleh cari dalam Youtube, taip je Matluthfi. Bersepah video untuk korang tengok dan ambik pengajaran. Berkenalan dulu kenapa aku suka gila baca apa yang Matluthfi tulis, apa yang dia merapu dalam video. 

BUKU CATATAN MATLUTHFI




Sempoi bak hang.
Sekarang ada 20% diskaun untuk buku  CatatanMatluthfi ni. Yang tak jumpa kat kedai buku, boleh beli kat sini. https://bookcafe.com.my/. Hanya RM 20.00 berbanding harga asal RM 25.00. Selain Catatan Matluthfi, ada banyak lagi diskaun untuk pelbagai genre buku.
--klik banner untuk senarai penuh #BorongBukuOnline--

Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)




5 comments:

  1. kalau bkn fans mat lutfi cm ne? hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan fans pun boleh beli. Mana tahu dah terbeli, terbaca, terminat pulak, hiks :p

      Delete
  2. Buku dia tak baca lagi, cuma selalu layan video je

    ReplyDelete
  3. Ingat kembali video YouTube beliau mesti tergelak...

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+