Friday, September 18, 2015

# Personal # Random

Siapa pernah jadi macam ni?

Hai.

Ini edisi solat Jumaat sempena aku menaip dalam kereta sambil dengar khutbah dan solat Jumaat. Sambil-sambil tunggu kawan habis shopping dalam kedai kristal. 


Siapa pernah jadi macam dalam gambar tu? Laki lah kan, sebab solat pakai kain pelekat dengan songkok. Songkok jatuh, pehtu ko ternampak. Dah tak kusyuk solat. "Aduh, jatuh pulak songkok ni". Kemain fikir cemana nak pakai balik. Haha.

Macam aku, pernah je jadi macam ni. Kain telekung tertanggal! Kahkahkah.

Masa tu aku sekolah asrama. Asrama Puteri Wilayah yang dekat dengan Masjid Kampung Bharu yang femes gila dengan bubur lambuk tu.

Masa baru-baru nak masuk asrama, mak belikan telekung baru. Special sebab aku nak masuk asrama. Telekung putih suci. Tapi yang slek nya, kain dia senteng. Pendek. Ah sudah. Tak sure sama ada aku yang sedia tinggi macam galah, atau telekung tu untuk edisi budak pompuan kemetot. Tapi tak best lah kan kalau kain pendek. Dah rasa insecure, satu kerja pikir macam mana nak bagi tak nampak kaki bila sujud.

Masa mula-mula pakai tu, asyiklah orang belakang tolong tarik kain aku nak tutup kaki tu. Sekali, dua kali boleh lah. Tiga kali haish. Kali keempat, eh ko. Tolonglah carik kain yg labuh sikit. Kalau takde kain lain, meh sini akak bagi ko kain batik.

Jadi, balik cuti mintak mak belikan kain telekung baru. Kain je. So, dapatlah kain telekung jenis gini.


Yang kain tu. Telekungnya tak. Kain tu bagi aku best lah sebab panjang. Aku punya kaler hitam. Dorm-mate aku ade je yang pakai kaler purple dengan maroon tu. Hijau pun ada kan? Best dah dapat kain panjang, kompem masa sujud tak nampak kaki. Tapi ada satu je masalah baru. Aku tak pandai ikat kain tu. Haha.

Sebab kain yang lama tu, jenis yang ada tali tu. Ko tinggal nak tarik je. Kat rumah punya pulak versi getah. Jadi, shock sikit pakai kain yang baru ni, haha. Tapi, cam biasa lah, apa yang kita tak boleh belajar kan? Rilek lah. Shahira bha ini. Umur 13 tahun pun dah terer ok! Kompem yakin bergaya punya! Kahhhhhhh.

Solat jemaah first guna kain baru hari tu adalah solat Maghrib. Yakin je ikat kain, pakai telekung, pergi surau.

Allahuakbar!
.
.
.
.
.
Masuk rakaat kedua kain aku dah terlerai dari simpulan kenangan. Automatik terus aku terbehenti solat. Memang jadi kenangan yang disimpul-simpul dalam kepala otak.

Solat lagi sekali aku Maghrib tu. Pelik je member sebelah tetiba aku berdiri tak turun-turun rukuk sujud. Lepas tu, terus mintak kak senior ajar. "Kak, tolong ajar saya ikat kain ni"

Itu lah. Satu je aku nak pesan. Lain kali jangan nak yakin sangat. Ok bai.



11 comments:

  1. kahkahkah.. for sure la pernah jadi. nak2 pulak kain yang getah dah longgar. tpijak la. anak tarik la aggagagga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak tarik tuu, kehkehkeh. Semangat sama nak solat lettew, hihi

      Delete
  2. kikikikiii... nape Sha tak ikat kuat sikit..!! :p
    kelakar la Sha ni.. *tgh imagine situasi Sha*

    kak ain dulu kalau pakai kain telekung kena ikat (tak de tali / getah siap2) ni kak ain akan ikat ketat2 skit sampaikan masa duduk antara dua sujud dgn duduk tahiyat akhir tu rasa senak perut...!! imam plak baca lambat2.. biru dah muka tahan senak perut baru imam bagi salam... adoiiiiiiii... simpulan kenangan sungguh... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, itu pun Sha kena juga. Lepas belajar ikat kain, ikat kuat-kuat. Hah ko, terus biru muka tahan napas duduk tahiyat akhir, kehkehkeh =D

      Delete
  3. tak pernah Sha sebab tak pakai songkok hihi :)

    ReplyDelete
  4. Hehe, selalu gak tengok kawan2 buat macam dalam gambar tu..

    ReplyDelete
  5. hahha.. cik en kena terbang dek telekung.. uhuhu

    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  6. okayy kain telekung tertanggal tu is soooo true! argh tension bila keadaan jd mcm tu hahaha a.k.a tak khusyuk pun ada jugak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa, most of us mesti ada pengalaman macam ni, hehe

      Delete
  7. tingat ms bdk2 dulu tgk bdk2 lelaki solat kt masjid ramai je yg mcm tu hahahaa

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+