Contracted Phase 2 | Minggu lepas hari Jumaat nak tengok Maze Runner : Scorch Trials tu. Tapi wayang ponuh macam sardin. Seat kosong yang tinggal kat 2,3 row depan skrin. Tak kuasa aku nak tengok movie gaya mendongak ala burung kasawari macam gitu. So, switch plan. Kita tengok je apa-apa movie yang available at the moment. CONTRACTED PHASE 2.
Tengok poster macam horror nau citer ni. Tak beringat konon nak tengok citer horror malam-malam. Malam Jumaat pulak tu! Konon berlagak berani, padahal tau kompem balik rumah nanti kelam-kabut kunci pagar. Kahkahkah. Tapi ada aku kisah. Yang penting masa beli tiket muka kena berani. Guwa tak takutlah. Ahaks.

Poster semacam citer hantu T_T
Rupanya bukan citer horror pun. Ceh. Harap poster je horror. Citer hampeh. Tak sure Contracted Phase 1 macam mana (ada ke Contracted Phase 1?), tapi yang Phase 2 aku tengok ni. Bagi aku. G-E-L-I. Meloyakan. Euw. Sebab banyak gila ulat. Yeks.

Tengok gelembung-gelembung nanah tu pun dah buat aku loya nak muntah. Belum lagi masa ulat-ulat besar jari tu berjalan-jalan bawah kulit. Nampak berbonjol-bonjol. Bila Riley tu toreh kulit dia nak keluarkan ulat tuuuuuuuuu. *Tetiba rasa macam kepala aku ada ulat berjalan pulak*
Ok. Memang serius siapa yang tak tahan geli, jangan lah tengok citer ni. Muntah nanti jawab sendiri ye. Aku sebenarnya tahan lagi tengok citer hantu horror dari citer macam ni. Haish. Apa nak buat. Dah terbeli, tengok je lah sampai habis.
Tapi ending tergantung. Means ada lagi pulak Contracted Phase 3?
Kompem aku tak akan tengok! T_T
saya kalu tgk cite seram ni sy ketawa je ;-) sbb sy byr tix bkn utk ditakutkan hahaah
ReplyDeleteSelalu fikir gitu gak. Tapi memang kalau tengok movie yang betul2 seram tak boleh nak buat apa. Menjerit je lah, hehe =D
DeleteDah tengok citer nie kak sha.. hahaaa serius geli...
ReplyDeleteTapi ending dia mcm tak berapa nak faham...
Ada sambungan lagi rasanya. Phase 3 tu.
Deletekalau tengok sambil makan ...memang loya tekak teruih
ReplyDeleteSambil makan popcorn. Memang bersembur terus popcorn kasi orang depan mandi
Deletebiasalah nk lakuka ceta.. mcm f2f tu.. dh sampai ke 7 dah.. anyway seram ye ceta ni...
ReplyDeleteTak seram pun, more to loya tekak je
Deleteeeerrkkk...!! tgk gambar tu pun dah naik bulu roma..
ReplyDeletekak ain memang geli teramat la bab-bab ulat ni... huhuhuhuuu...
:p
Jaga-jaga lah kak Ain, hehe
DeleteOmg citer tu pasal ulat yer... eeii geli la
ReplyDeleteIye, pasal penyakit berjangkit yang akan membuatkan ulat tumbuh dalam badan! Hah
Delete