SweetMuslimah.com

Thursday, September 10, 2015

Laptop overheat

Laptop overheat | Sebelum aku dapat pc kat opis ni, aku memang guna laptop Acer aku yang aku dah guna sejak zaman belajar kat uni lagi. Memang guna, bukan setakat Word, Excel whatsoever tu. Guna Matlab dengan Photoshop pun guna laptop Acer ni. Kira memang jadi kesayangan lah kan, hehe.


Laptop ni bertahan dari zaman belajar, sampai sekarang. Ade lah dalam 8 tahun? Haha. Dan last format 5 tahun lepas. Agaknya sebab ada Matlab dengan Photoshop dalam tu, dia gila-gila selalu hang jugak. Aku pun jadi hang bila laptop ni hang. kehkehkeh.

Tapi, one day aku tanya orang. Mungkin tak sebab laptop hang disebabkan overheat? Sebab aku perasan, kalau guna terlalu lama, nanti kipas dia berbunyi kuat dan bawah laptop panas gila. Jawapan dia? Mungkin juga. 

Terus mintak tolong kawan kat opis bersihkan laptop. 8 tahun weh tak pernah bersihkan. Entah berapa kilo habuk bersarang dalam tu. Aku suspek labah-labah kalau tersesat masuk boleh jadi labah-labah goreng terus rasanya.


Dah barai pun laptop aku. Ingatkan senang je, rupanya memang 'senang'. Bila tengok alien tu semua, kemungkinan besar memang aku boleh buka, bila pasang hancuss. Serahkan pada yang pakar, kita jadi penunggu setia je.


Habuk kat CDROM pun 2 inci. Sebab tak ada berus, kita buang habuk tembak pakai air gun ja. Pantas dan tuntas! =D




Patutlah panas nau laptop aku. Dah tak ade rupa bilah kipas dah jadinya. 8 tahun menabung habuk, boleh jadi kaya raya aku kalau jual agaknya. Yang warna putih atas petak kaler gold tu, kawan aku kata dia selalu letak colgate sebab nak bagi sejuk. Eh. Tak cair colgate tu nanti kena motehrboard ko? Tapi itulah kan. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang pulak, kehkehkeh.

Siap pasang semua, test run laptop. Yeah, berjaya! Boleh tengok movie semula tanpa risau kepanasan bermaharajalela. Tapi ada masalah baru pulak. Virus dah beranak pinak dalam laptop. Patut pun web cam tak boleh guna. Corrupt file terlampau banyak T_T

Ko tanya aku kan? Mana lah aku tau pasal komputer ni. Asal boleh tengok movie, dengar lagu, main tenet, ok sudah. Haha. Teruk betul tahap aku ni. Tak sesuai duduk kat basement, bawah lagi dari basement baru sesuai! Ceh. Jadi, nak hantar format dulu. Kita tunggu kemunculan laptop over-age tapi performance under-age. Eh.


Laptop overheat
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
September 10, 2015 at 4:39 PM

bile bunyi pelik je laptop ni sy g hantar kedai utk servis...lepas servis, mmmg xde bunyi la n xcepat panas

Reply
avatar
September 10, 2015 at 4:59 PM

untunglah ada kawan yang boleh bukak n pasang balik laptop...
selalu kalau hantar kedai... mesti ade je yang tak kena... hehehe

Reply
avatar
September 10, 2015 at 5:16 PM

Sama la kite kak...men tenet, tengok movie aje tau..hehehe.. tapi, lepas format..lagi seronok ngadap laptop..macam baru beli aje laptop tu..padahal, guna da bertaun..hehe.. シ

Reply
avatar
September 10, 2015 at 8:39 PM

Laptop saya pn dah jd Mcm industri penternakan virus wahaha.

Anyway Salam perkenalan. Jemput follow blog saya ye.

Reply
avatar
September 11, 2015 at 9:56 AM

Pantas betul kalau macam tu, hehe =D

Reply
avatar
September 11, 2015 at 9:57 AM

Selalu geng-geng laki ni mesti ada yang pandai benda-benda gini. Cuma kita kena rajin tanya je. Dulu masa belajar selalu gak hantar lappy pg kedai. La ni dah keje tak sempat, rezeki lah ada kawan yang pandai =)

Reply
avatar
September 11, 2015 at 9:58 AM

Kan, tu sebab nak format lappy. Baru laju dan bergaya, kahkahkah =D

Reply
avatar
September 11, 2015 at 9:58 AM

Sama lah. Tu yang nak format. Hapuskan semua virus! =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+