Wednesday, September 16, 2015

# Lifestyle

Jerawat

Setiap kali jerawat menunjukkan diri kat muka, aku memang jarang nak picit ke, nk cover dengan concealer ke. Nak cover dengan fondation lagi haram. Harap pertolongan bedak baby johnson je nak cover muka aku. Konon sangat yakin bergaya keluar dengan bare face lah konon kan?

Pagi Isnin kelas. Buat kelas Amali sebab nk habiskan silibus sebelum balik cuti raya haji. Yang tensinya tu, hari nak jumpa student, hari tu lah keluar jerawat. Cisssss, bedebah ko jerawat. Gila attention!

Tapi nama aku nak cover? Nk picit? Kem salam. Rela aku biar je cenggitu tercongok kat muka.

Sampai je kolej, isi tangki perut dulu. Meehon goreng extra sambal. Peh. Donia donia donia. Rugi lah orang yang nk tahan-tahan makan ni. Hilang 1 nikmat donia, haha.

Kul 9.00 pagi, terus masuk kelas. Muka serius. Bawak rotan.

Haha. Tipu. Bawak kertas attendance je. Panggil student, tarik whiteboard.

Miss, ape benda kat tepi mulut tu?

Serius aku ingat cili sambal tadi.

Cili. Tadi saya baru lepas sarapan.

Jerawaaaaaaat......



JERAWAT........
JERAWAT........
JERAWAT........

JERAWAT........

JERAWAT........
(Saja buat tulisan besar kecik besar kecik bagi efek dramatik, ahaks =D)

Memanglah budak-budak ni. Dasar mata macam kanta pembesar!) Jerawat seketul kecik tu pun boleh nampak. T_T. Tensi mak macam gini.

Tapi oleh sebab ko dah tegur aku kan, balasannya hari ni. Extra amali. Biar lebih pandai! Hohohoho.

Petang tu aku beli roti nk buat bekal hari cuti. On the way keluar bengkel, terserempak pulak dengan 4,5 orang student tadi, nak kecek roti aku lettew. Muka tersengih manjang. Hamboi korang, kalau masa belajar kemain nampak je jerawat aku. Masa nk kecek makanan aku, buat tak nampak je ye. Siap puji aku extra comel. Mulut manis betul! Cisssss.

Nasib mak korang ni jenis tak amik hati. Tak pe lah nak, mak korang ni paham. Tapi yang paling mak korang ni paham. Mak korang memang comel. Kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.



13 comments:

  1. Replies
    1. Betul. Betul. Memang menduga kesabaran sungguh!

      Delete
  2. haha.. nakal budak2 ni usik cikgu dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah mengajar kelas 100% boys, jadi gitu lah, hehe

      Delete
  3. kakcik ada satu ni. tapi takdelah sampai nampak mcm cili kahkahkahkahh :p :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yang ingat ada cili, rupanya jerawat. Cesss T_T

      Delete
  4. cissss... berani betul student2 zaman skrng ni ekk...!!
    hahahahhaaa... bertabah lah Cik Sha... :p

    p/s : jerawat memang camtu.. ngengada nak keluar tak kira time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zama student riang ria terlebih gula Kak Ain, nak tak nak kena blend in lah gamaknya, haha =D
      Tapi kalau diorang takde, Sha jadi rindu pulak =)

      Delete
  5. jerawat berlaku bila stress.. hihiih

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+