SweetMuslimah.com

Monday, September 21, 2015

Dah nak balik

Dah nak balik rupanya.

Tak sedar masa berlalu dengan cepat. Rasa macam baru je lepas sambut raya, pastu isi borang mintak transfer. Pastu kena bambu dengan bos. Pastu kena pow dengan student. Tiba-tiba rasa mak jemah sangat bila cakap anak orang comel. Eh. Tetiba.

Tup tup, dah nak cuti raya haji. Biar betul?

Raya haji kali ni balik lambat sikit kut? Kut lah sebab kemain ramai bila nampak muka aku je tanya "Ira tak balik raya ke?". T_T . Nampak sangat selama ni asal cuti je cabut lari awal. Tapi Impossible lah kan tak balik raya. Menangis sampai banjir 1 Tawau rasanya kalau tak balik raya.

Bila nak cuti ni, gigih habiskan silibus dengan student. Sampai naik muak, muntah menghadap semua segala macam di compress - compress cincang lumat masuk otak. Kehkehkeh. Habis amali, bagi tugasan siap dalam masa 2 jam, bagi pulak ujian. Settle semua baru boleh balik. Beterbanganlah semua pulang ke sarang.

Tapi lepas tu aku yang sengsara nak menanda kertas. Haha.


Baru 1 set ujian. Belakang aku bertimbun lagi kertas tengah rilek parking punya baik tunggu nak bagi tanda merah.
Ini lah akibat suka bertangguh. T_T


Break hari Jumaat sempat singgah shopping ikan bilis. Beli yang siap kopek macam ni, sekilo RM23. Bagi aku dah mahal gila! Bila lah harga dia nk turun ye? Kat semenanjung berapa pulak?

Masa beli ni, ada budak kecik 3 orang, insist sangat nak angkat barang kitorang. Memang kalau korang datang Tawau ni, singgah shopping barang kat Pasar Ikan / Pasar Tanjung, akan ada kids yang nk angkat barang korang. Lepas tu bayar lah berapa ikut seikhlas hati. Tapi jangan seikhlas hati bagi singgit je, agak-agaklah. Barang banyak sampai rebeh bahu budak tu, ko bayar singgit je? Janganlah tunjuk sangat kedekut taik idung masin tu, haha.

Abah pesan 20kg ikan bilis sebab ada kawan dia order. Datang budak 3 orang nk angkat barang kitorang. Aku dah risau ni, boleh ke budak kecik ni angkat kotak ikan bilis 20kg?

Rupanya boleh ko! Kagum gila aku. Tulang dawai urat besi betul! Dik, ko masuk Mr. Malaysia ke?


Penat tengok adik super kuat angkat 20kg ikan bilis, singgah makan Pizza Hut. Ini namanya starter je.


Sedar-sedar pinggan dah licin T_T

Lepas ni merendang lah kita, yey =)





Dah nak balik
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
September 22, 2015 at 4:25 PM

http://madey09.blogspot.my/
salam kenal blog ya..done follow

Reply
avatar
September 25, 2015 at 12:51 PM

haha..hakak penat tengok adik bawak 20kg ikan bilis, hakak makan dulu lah..heheh..
eh duduk kat tawau ye? ikan bilis kat sana lagik murah kan compared to s'jung..ke mahal jugak?

Reply
avatar
September 30, 2015 at 1:44 PM

Fuh, fokus kerja sampai tak sedar nak cuti yer ^-^

Reply
avatar
September 30, 2015 at 3:39 PM

Memang lagi murah compared with Semenanjung. Tu yang ayah selalu pesan bawak balik. Selalu hantar by-cargo je, tapi sejak-sejak ada GST ni, cargo terlampau mahal. Campur-campur dah macam jadi harga semenanjung je

Reply
avatar
September 30, 2015 at 3:39 PM

Fokus nak mengabiskan silibus, hehe. Kang student masuk exam, silibus pun tak habis. Kesian student

Reply
avatar
October 7, 2015 at 5:02 PM

kat sini lagi mahal!!! cekik darah! ;-)

Reply
avatar
October 16, 2015 at 11:49 AM

Ye ke? Patut lah abah order banyak. Mahal rupanya kat semenanjung.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+