SweetMuslimah.com

Friday, August 7, 2015

#Outstation Kota Kinabalu: Datang Kota Kinabalu mesti minum Yoyo!

#Outstation Kota Kinabalu: Datang Kota Kinabalu mesti minum Yoyo | Hai. Kita sambung cerita kat Kota Kinabalu hari tu ye. Lepas menerjah awanan yang bergumpal-gumpal laksana gula-gula kapas Doraemon baru nampak view laut yang cantik gilos. Memang kagum ah kan. Ada jugak fefeling nak stay hotel yang mengadap laut. Konon bangun pagi bukak tingkap boleh hirup bau laut yang segar. 

Tapi, nan hado. Hotel penginapan kitorang tengah bandar. Simpan je lah angan-angan tu dalam poket dulu, heh. Yang bagusnya adalah, dekat je dengan airport. Lebih kurang 15 minit sahaja perjalanan.

Gambar hotel kredit to www.hotels.com
The Klagan Hotel. Hotel ni sebenarnya adalah 1 rangkaian bangunan Warisan Plaza. Kiranya kalau pusing 1 Warisan Plaza ni, akan jumpa hotel lain lagi. Tapi kira The Klagan Hotel ni paling besarlah. Betul-betul belakang hotel ni ada Starbuck! Peh. Jalan kaki ke belakang sikit lagi, boleh jumpa Le Maridien Hotel.

Gambar lagi sekali kredit kepada www.gosabah.my
Ini antara gambar interior dalam The Klagan Hotel ni. Cantik sebenarnya dalam dia. Interior banyak gunakan cermin untuk memberi efek luas. Ada entry aku sebelum ni : Debaran bilik hotel pasal bilik aku. Ada nampak kerusi merah idaman hati tu? Hehe.

Lepas check-in, solat Asar, terus zaass keluar ke Centre Point depan Hotel Klagan ni nak cari contact lenses. Dah tahu rabun, outstation sebab nak kursus, belajar dengan erti kata lain. Tapi tak bawak jugak spek mata. Bila baca tulisan kat whiteboard macamkan aku terkenyit mata pula sebab nak bagi mata fokus. Bahaya betul.

Cafe Yoyo Bubbles Tea Kota Kinabalu

Konon nak cari lense aje, tersinggah pula kat booth Yoyo. Ada orang kata Yoyo ni femes, jadi aku pun try lah. Minta Yoyo Chocolate Milky Tea.

Cafe Yoyo Bubbles Tea Kota Kinabalu

Cafe Yoyo Bubbles Tea Kota Kinabalu

Yoyo Chocolate Miky Tea RM 5.50. Tambah bubbles jadi RM 6.50. 
Aku ingatkan Yoyo ni macam Cool Blog. Rupanya tak. Tapi rasa coklat memang pekat gila sampai buat aku migrain malam tu. 

Booth Yoyo yang kitorang singgah ni kecik-kecik je. Rupanya kat tempat lain, Yoyo ni siap ada cafe. Risik-risik, Yoyo adalah salah satu antara rangkaian bubble tea yang terkenal di Kota Kinabalu. Selain dari di Centre Point, Yoyo juga mempunyai rangkaian cafe di Suria Sabah dan City Mall Lintas.

Jadi, jangan lupa singgah minum Yoyo dulu ye kalau singgah Kota Kinabalu! Tapi, lepas habis minum Yoyo, aku keluar lagi malam tu. Pergi mana? Hah. Apa lagi. Cari durianlah! Heh. Musim durian sekarang uols. On the way mencari durian, singgah dulu Pasar Malam Sinsuran. Nak tahu apa yang best kat Sinsuran? Next entry ye. Bai.=)


#Outstation Kota Kinabalu: Datang Kota Kinabalu mesti minum Yoyo!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
August 7, 2015 at 8:35 AM

oh nma je yoyo, igtkan unik rsa dia. 1st time dgr hihi

Reply
avatar
August 7, 2015 at 5:17 PM

Nak kena try minum yoyo juga laa ^-^

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+