Sunday, August 23, 2015

# food # Tempat makan best

Makan seafood hidup dalam kolam di Restaurant Seafood Sim-Sim 88 Sandakan

Tempat makan seafood best di Sandakan: Restaurant Seafood Sim-Sim 88 | Minggu lepas kan pergi Sandakan, teringin sangat nak makan kat Sim Sim. Mati-mati aku ingat Sim Sim tu nama kedai, rupanya nama jalan weh. Jalan Buli Sim Sim. 

Sepanjang jalan tu, memang banyak ah kedai makan, atas air uols. Memang atas laut. Kitorang pegi yang dekat Jambatan 8 kut. Jambatan ke 8, entah kira mcm mana aku pun tak tau. Yang aku tau, MAKAN, kehkehkeh.

Yang kes penculikan dulu tu memang kat area Sim Sim, tapi kat Kedai Ocean King rasanya nama dia. Tapi kedai tu memang femes, dan rasanya harga agak mahei. Untuk golongan marhaen macam kitorang, biasa-biasa sudah, ahaks.




Tu dia, kedai yang signboard biru. Restaurant Seafood Sim Sim 88. Signboard hijau kedai orang lain. Chinese memang suka nombor 8 kan? Ong katanya. Tu yg nama kedai 88 kut? Tapi kan, aku lahir tahun 88. Maknanya ong gilaaaaaa lah kan? Wah. Siapa  nk kawan dengan orang ong macam aku. Eh. Motip nak mintak orang kawan dengan kau. Mintak penampar nak? Haha.




Masuk - masuk je dah jumpa akuarium besar. Kat dalam situ ada ikan arowana ke tu? Kat hujung tu sebenarnya ada banyak ikan spesis lain. Boleh pulak korang hidup harmoni dalam tu ye? Tapi yang dalam akuarium bukan untuk dimakan. Tak jual rasanya. Untuk dilihat saja. Yang untuk makan ini! Kolam besar punya! 



2 kolam besar. Seafood yang duduk dalam ni tunggu masa nak di ngap je, fresh and alive ye. Sebab dia guna sea water nak kekalkan kesegaran. Tak main ah ais-ais ni semua.. Those lokan tu ternganga-nganga lagi dalam tu, ingat dalam laut lettew. 


Nampak lobster taiko kat atas tu? Besar gilos weh. Aku lalu depan tu pun dah seriau. Besar gila. Berapa lah agaknya diorang charge kalau makan lobster besar tu?

Lobster lain, yang masih hidup jugak, tu duduk kat bawah nun. Bergembira dalam kolam. Kira seafood kat sini semua hidup lagi. Ko order baru diorang sauk, siang, masak dan. TADAAA.  Sampai atas meja untuk makan. Yey.

Gambar lauk TAKDE. Diulangi TAKDE. Aku tak teringat nak snap. Ingat makan je. Dah sendawa doplohjutakali, baru menyesal tak snap gambar. Kitorang order:
☆Sotong kicap - Kureng
☆Ketam telur masin - Ok lah rasa dia. Ketam fresh. Manisnyeee. Gemuk pulak tu. Ketam musim mengawan agaknya, hiks =D
☆Udang butter - Biasa je. Kat Tawau lagi sedap. Tapi udang manis fresh baru tangkap dari kolam kat sebelah, hehe
☆Lokan masak halia - OMG. ♥♥♥♥. Tak boleh cakap banyak
☆Tumis Baby kailan -♡♡♡♡
☆Mix vege - Pun ♡♡♡♡
☆Air kelapa pandan - Paling ♥♥♥♥♥ di dunia. Exaggerate nk bagitau kelapa pandan dia besttt sangat. Entah kat mana beli nak je aku tanya. 

Dah kenapa semua sayur je yang paling sedap? Haha. Overall ok cara dia masak. Harga semua 8 orang makan = RM312. Sorang dalam RM39. Ok ke tak harga tu ye?

Nak datang sini? 
Restaurant Seafood Sim Sim 88
Bridge No 8, Sim Sim Water Village 
Sandakan, Sabah
Tel: 012 816 3633



23 comments:

  1. ok gak tu harganya... best nyer kalu dpt mkn kt situ ;-)

    ReplyDelete
  2. hehe. PG orang sabah tapi lagi sampai ke sana for seafood. selalunya PG mai gayang seafood je ;) next time bolehlah cuba dekat sana :) (isi tabung dekat sini :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayang seafood kat mana pulak? Sha baru 3 tahun kat sini, tak habis round Sabah lagi, hehe =D

      Delete
  3. Kalau letak gambar baru rasa best ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hahaha. Ini review kat Sandakan. Mana tau tetiba terjalan kat Sandakan, tau dah mana nak pegi, muehehe =D

      Delete
  5. wow.. yg minat seafood konpom jd gila jp pilih menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tak de lah sampai gila Eintan. Jakun sekejap tu ade lah, haha =D

      Delete
  6. entah bila nak jejak ke sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, ada rezeki, sampailah nanti. Sha kat sini pun sebab kerja je. Kalau tak, pun tak sure bila nak sampai sini =)

      Delete
  7. Replies
    1. Memang pun. Most restaurant kat sabah chinese punya. Kena interview betul-betul, dah yakin baru masuk

      Delete
  8. Kalau dekat boleh gak nak gagahkan diri pergi..tapi apakan daya jauh di seberang laut nun ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semenanjung lagi banyak seafood restaurant yang best-best. Sama juga rasanya =)

      Delete
  9. Best dapat makan seafood yang masih segar gitu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, best Zumal. Memang rasa fresh betul =)

      Delete
  10. Bestnya.. cousin kita duduk Sabah, bila balik semenanjung macam2 seafood dia bawak balik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu cousin rajin, hehe. Memang sapa yang rajin, macam-macam boleh bawak balik semenanjung. Dulu-dulu pernah jugak rajin gitu. Sekarang je tak, hehe =D

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+