SweetMuslimah.com

Thursday, August 6, 2015

Syarikat penerbitan majalah Ujang dan Apo menamatkan operasi

Syarikat penerbitan majalah Ujang dan Apo menamatkan operasi | Masih membaca dan mencari majalah Ujang dan Apo? Kalau jawapan korang ye. Memang ada berita sedih untuk korang. MOY Publication, syarikat penerbitan majalah Ujang dan Apo  disahkan telah menamatkan operasi mereka semalam.

Syarikat penerbitan majalah Ujang dan Apo menamatkan operasi
Aku yang membesar era tahun 80an dan 90an memang kenal dan ingat betul dengan majalah Ujang dan Apo ni. Siap kalau ada duit lebih belanja sekolah, simpan kau buat nak beli Ujang. Asyiklah kena marah dengan mak aku beli majalah ni. Pulak tu bila baca kemain gelak berdekah-dekah, lagilah mak aku geram! Haha.

Mat Despatch karya kartunis Lengkuas majalah Ujang
  
Mat Despatch. One of my fav. Ini kartunis Lengkuas punya hasil kerja. Dia punya lawak tu kan, 10 kali baca pun masih rasa lawak lagi. Rasanya aku ada koleksi Mat Despatch ni sebelum pindah rumah dulu. Paling kelakar dia panggil bos dia bos botak. Ops. Kahkahkah.

Rasanya generasi baru anak millenium ni tak berapa nak kenal majalah legend ni kan? Nak-nak pulak dari kecik dah ada smart phone. Mana nak layan majalah fizikal macam ni. Pulak sekarang semua boleh baca online. Surat khabar pun online juga. Tu yang majalah fizikal macam ni, susah nak hidup. GST juga merupakan salah satu punca kemerosotan penjualan majalah-majalah fizikal ni. Nak beli majalah, tapi kena charge 6% jugak. Berfikir doploh kali jugak lah kan?

InshaAllah, kartunis dan semua pengkarya yang bekerja di syarikat ini akan bertemu kerja di tempat lain. Rezeki Allah tak terjangka. Cuma itu lah. Lepas ni dah tak jumpa Majalah Ujang dan Majalah Apo ni dalam market. Kalau rindu nanti nak cari bahan buat goreng-goreng usus, mahu aku punggah balik lemari cari majalah lama. 

Kita doakan mereka semua berjodoh dengan rezeki lain yang lebih baik. InshaAllah..


 
Syarikat penerbitan majalah Ujang dan Apo menamatkan operasi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

1 comments:

Tulis comments
avatar
August 8, 2015 at 11:57 PM

masa zaman sekolah dulu memang suka kumpul majalah ujang.. majalah legend

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+