SweetMuslimah.com

Saturday, August 22, 2015

Review: Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask

Review: Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask | Ingat lagi tak hari tu aku ada bagitahu yang sample percuma Kiehl's dah sampai? Ala, sebelum aku kursus KK hari tu (ada ke yang ingat? Kehkehkeh. Perasan nau orang ingat entry dia). 

Balik dari kursus baru sempat nak try Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask dia. Panjang nau nama. Kita bahasakan Mask aje lah kat dalam ni kan. Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask claimed purify dan detoxify kulit dan fungsi paling best, minimize appearance saiz pores. Ini yang aku suka =)

Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask 

Sample percuma dia kecik je. Besar sikit dari paket shampoo 3 posen tu. Tapi kecik-kecik pun, dapatlah aku pakai 2 kali. Kira puas hati lah jugak. Tapi kalau dapat 2 ke 3 keping kan best. Lama sikit boleh aku pakai, hehe =D

 Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask

Ini bukan mencarut. Nak tunjuk tekstur mask ni macam mana. Tekstur agak pekat dan likat. Rare Earth Feep Pore Clensing Mask ni diformulasi dengan Amazonian White Clay yang dapat membuang minyak, kekotoran dan sel kulit mati dari dalam pores secara lembut. Selain itu, ada oatmeal dan aloe vera membantu menenangkan, hydrate dan protect kulit kita yang sensitif. 

Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask

Dah pakai!
Arahan untuk pakai mask ni secara nipis je. Alasan untuk arahan tu sebab mask ni, even ko pakai nipis-nipis, bila mengering tu, akan ada rasa menyengat sikit, sting macam tu. Ini sebab Amazonian Clay dengan Oatmeal menarik keluar minyak-minyak dalam pores. 

Bila dah kering, cuci. Memang rasa kulit bersih je. Extra lembut lagi. Dari segi pengurangan dalam saiz pores? Tak berapa nampak sangat sebab baru dua kali pakai kan? Tapi ada nampak juga, but not significance. Rasanya kalau pakai lama sikit, inshaAllah nampak kesan. Untuk kulit kombinasi berminyak-kering + sensitif aku ni, memang sesuai sangat. For the whole week, memang rasa kulit less oily, suka sangat.

Kelebihan:
- Efektif. Berkesan menarik minyak dan kekotoran. Memang rasa kulit lebih bersih selepas penggunaan
- Jimat. Pakai sikit dah cukup untuk cover 1 muka.

Kekurangan:
- Bau. Agak menyengat. Lama-lama dah immune pun, kehkehkeh.
- Harga. Agak pricey. Untuk 142g, harga dia RM116.60. Itu harga pada laman web Kiehl's. Tapi rasanya hari tu aku survey dekat Strawberry.net macam lagi murah. Lazada tak sure. Boleh survey-survey kemudian hari.

Aku akan beli?
- Kompem nak beli. Will add in my list once mask sekarang habis guna.



Review: Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
August 23, 2015 at 9:17 PM

Wah, boleh jadi duta produk nie ^-^

Reply
avatar
August 24, 2015 at 3:06 PM

Aah, memang boleh tahan. Tahan nafas, hehe. Tapi tahan lama tu. Mau 5 bulan jugak pakai tak habis

Reply
avatar
August 24, 2015 at 3:07 PM

Duta tester boleh lah, muahaha =D

Reply
avatar
August 25, 2015 at 1:22 PM

Hi awak.. baru buat giveaway khas untuk raya aidil adha.. jom la join kalau berminat.. tq =)

http://minjee08.blogspot.com/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html

Reply
avatar
September 2, 2015 at 4:17 PM

Boleh belajar untuk menulis review...
kupasan yang cukup baik dan padat..
AM juga ada buat review..
boleh singgah disini juga www.alongmisuari.com

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+