Sup jagung dan isi ketam semudah 1, 2, 3 | Sup jagung bersama isi ketam ni memang jadi favourite aku sejak bekerja di Tawau ni. Apa tak nya, setiap kedai makan yang menyajikan sajian utama seafood, mesti ada menu sup jagung berisi ketam ni.
First time makan semasa berbuka puasa di Hotel Emas Tawau. Luckily, my first try sedap! After that, dah jadi macam food hunting pula. Setiap kedai makan yang ada menu sup jagung dan isi ketam ni, mesti order. Tapi asyik makan luar, jutawan yang kaya-raya pun boleh jadi kayap rasanya. Haha.
Penyelesaian paling makan, masak sendirilah kan? Penyediaan sup jagung dan isi ketam ni mudah je sebenarnya. 10 minit macam tu dah siap. Semudah nak masak mee maggi.
1 tin jagung manis
1 liter air
2 biji telur
Isi ketam secukupnya - dicarik halus
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam & gula secukup rasa (boleh juga tambah secubit kiub pati ayam)
CARA:
2) Masukkan garam dan gula.
3) Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup sambil tangan terus mengacau sup. pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul. Nanti tekstur sup tak cantik.
4) Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
5) Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dalam keadaan masih panas.
Nota kaki:
Kalau tak masukkan kiub ayam pun tak jadi masalah. Sebab jagung manis tu dah ada rasa masin-masin sikit. Tapi, kalau nak masukkan juga kiub ayam, mungkin boleh kurangkan atau tak masuk langsung garam. Kuantiti air boleh diubah ikut suka. Untuk nampak lebih cantik, boleh tambah bawang goreng pada sup.
senang dan nampak sedap.. nanti nak cuba buat lah..
ReplyDeleteSila-sila =)
Deleteye la...nampak senang je kan...isi ketam nak guna yang fresh la kan?
ReplyDeleteGuna yang fresh Kak SA. Baru rasa manis ketam
Deleteboleh try ni..mudah je
ReplyDeleteMemang senang je pun, try la =)
Deletemacam menarik je
ReplyDeleteKena rasa dulu baru tau menarik tak menarik, hehe =D
Deletekalau tak nak masukkan telur bole ke?
ReplyDeleteBoleh je, tak ada masalah.
DeleteNak cari isi ketam tak tau kat mana..
ReplyDeleteBoleh guna ketam betul, stim & lps tu keluarkan isi. Other alternative kat area sejuk beku pasar ada fresh fresh isi ketam :)
Deletenampak sedap boleh cuba nanti hihihi
ReplyDeleteDah cuba jangan lupa update 😁
ReplyDeleteJagung tu masukkan dengan air jagung sekali ke atau kene tapis dulu?
ReplyDeleteDengan air jagung sekali. 1/2 tin.
Delete