Resepi mudah cocktail buah-buahan tanpa susu | Aku try cocktail ni masa kursus kat Kota Kinabalu hari tu. Hotel sediakan untuk lunch. Mula-mula tak perasan pun, ingatkan cendol. Rupanya cocktail buah. Sedap pulak tu.
Aku suka cocktail yang macam ni. Senang, mudah dan simple. Tak payah letak susu semua tu. Sebab aku cepat jemu minum bersusu. Teh ais? Tak pernah aku order sepanjang minum kat luar, hahaha.
Then semalam ada potluck kat kolej. Nak bawa makanan, malas. Haha. lagipun isteri-isteri orang semua dah bawa. Kompem sedap. Jadi, cadangannya kita bawa cocktail buah-buahan tanpa susu feberet gua. Aci lah kan? Ahaks.
[Baca juga] : Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan
[Baca juga] : Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan
Bahan-bahan dia? Yang aku guna:
2 tin besar buah-buahan campur
1 tin laici
1 tin palm fruit
1/2 jag air putih
Ais batu
Campur je semua buah-buahan dalam tin ke dalam bekas besar. Then tambah lah air putih tu sebab air buah-buahan campur dalam tin tu manis betul. Tambah ais. Siap.
Ada yang suka susu, boleh tambahkan susu sejat dalam campuran ni. Paling sedap guna susu sejat Ideal. Rasa lemak-lemak kurang manis gitu. Dan tambahkan sikit garam bagi perasa. Kalau ada budak kecik, letaklah sumi jelly dengan cincau ataupun nata de coco. Kuantiti lagi banyak. Aku tak letak nata de coco sebab kitorang potluck kecil-kecilan je, muehehehe.
Best kan kalau dapat masa tengahari panas? Peh. Tetiba rasa nak beli setin simpan stok buat cocktail buah kat rumah! ^^
Wahhh thanks share ! :)
ReplyDeleteWahhh bleh cuba. Suasan panas2 camni.. memang best kan...
ReplyDeletePasti anda ingin tahu - Khasiat tersembunyi Daun Sup dalam masakan Mampu Mencuci Buah Pinggang
Sedapnya :D
ReplyDeleteBw pagi & Follow
http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html
nmpk sedappp ^_^
ReplyDeletejmpt singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com