SweetMuslimah.com

Thursday, August 27, 2015

Lokan tumis halia sebab teringat Sim-Sim 88

Lokan tumis halia | First time makan lokan ni masa ke Sandakan hari tu. Makan seafood hidup dalam kolam di Restaurant Seafood Sim-Sim 88, antaranya lokan ni lah. Padahal sebelum ni pernah je nampak, tapi tak terfikir nak makan. Sekali makan, SEDAP woi rupanya! Terus addict! Kehkehkeh.

Hari Ahad hari tu, rajin kononnya nak ke pasar shopping barang basah. Nak berjimat masak sendiri lettew. Poket koyak 56 hari tak ada gaji kan? Kesian orang gomen. Masa gaji awal kemain hepi, pehtu nak tunggu next gaji dah macam menanti buah tak gugur. Eh. Terbabas cakap pasal gaji pulak. Haha. Meh nengok lokan yang aku dapat kat pasar ni.

LOKAN SEGAR PASAR IKAN TAWAU

Lokan tumis halia

LOKAN....
RM5/kg untuk saiz yang besar macam yang aku beli ni. Ada saiz kecik sikit. RM3/kg. Rupanya lokan ni hidup lagi masa dijual. Padanlah aku usik-usik cengkerang dia, yang terjuih isi tu kelam kabut masuk dalam balik. Pehtu ada yang berbunyi-bunyi kenapa ntah. Nak bagitahu yang korang hidup? Fresh lagi? Hah.

Bagi tahu sangat, terus aku beli buat masak. Rezeki koranglah jadi lauk aku, muahaha =D

Lokan tumis halia

Nah, bukti lokan saiz besar gabak. Dah sama saiz dengan tapak tangan aku.

LOKAN TUMIS HALIA

Lokan tumis halia

Dah siap!
Lokan tumis halia. Kononnya nak buat macam makan kat Sim-Sim tu, tapi tak jadi pulak. Tetiba jadi banyak kuah pulak, haha. Tapi lokan ni memang sedap, fresh, manis je isi dia. Kenyal-kenyal gitu. Peh. Cara aku masak senang gila je. Semudah 1,2,3 dan 4. Haha.

1) Tumbuk bawang putih dengan halia (kalau nak pedas sikit tambah cili api). 
2) Tumis bahan yang ditumbuk tu, masukkan sikit air (nanti lokan akan keluarkan air, so tak payah letak banyak air). 
3) Dah menggelegak, masukkan lokan yang telah dibasuh bersih. Perasakan dengan garam sikit. 
4) Cengkerang lokan akan terbuka bila dan masak.

Yang tak pandai pun tetiba jadi pandai bila masak cara aku ni ha. Jangan nak bagi alasan macam-macam eh. Campak-campak gini pun dapat hasil sedap. Eh. Puji masakan sendiri nampak? Ahaks =D

TIPS PASTIKAN LOKAN SENTIASA SEGAR

Tak ingat baca tips ni kat mana. Tapi senang je cara nak jaga lokan (dan geng cengkerang seumpamanya, eg kerang). Kira kalau beli hari ni tapi nak masak esok, hah. Acaner nak jaga supaya lokan tak mati? Sebab masa beli, kompem lokan tu hidup lagi. Ok, here are the tips:

1) Jangan basuh lokan dengan air paip. Sebab lokan ni ada simpanan air dalam cengkerang dia. Bila basuh, air yang disimpan akan keluar, so lokan tu akan mati. Bila nak masak, baru basuh bersihkan.
2) Simpan lokan di tempat yang ada pengudaraan. Kalau beli dalam plastik, buka platik tu. Aku suspek lokan yang aku beli tu berbunyi-bunyi sebab nak bagitahu udara tak masuk. *agaknye lah T_T*
3) jangan simpan dalam peti ais. Mati kesejukan lokan tu semua
4) Kalau letak kat dalam bekas yang terbuka, pastikan jauh dari semut. Nanti kena hurung semut, mati jugak, kesian. Huhu.

Gitu je cara nak jaga lokan dan kerang dan siput dan yang bercengkerang ni sebenarnya. Baru dia tak mati, bila kita masak masih fresh.

Review Mika Sakura White

Rezeki dapat produk untuk direview. Mika Sakura White. Aku baru makan 3 hari. Mika ni dalam bentuk tablet yang dikunyah-kunyah. Rasa dia? Sedap gila woi. Macam tengah kunyah gula-gula. Kadang rasa nak terbabas je kunyah setengah botol! Kahkahkah.

Maybe after 15 days, baru boleh bagi updates apa Mika ni buat kepada aku. Tapi, meh aku bagitahu kebaikan Mika Sakura White ni dulu:

--> Boleh MEMUTIHKAN kulit muka
--> Boleh MEMUTIHKAN kulit satu badan
--> Boleh menghilangkan jerawat & parut jerawat
--> Boleh menghilangkan jeragat
--> Boleh menaikkan seri muka
--> Paling penting, BOLEH MEMUTIHKAN SATU BADAN dengan cara PALING MUDAH iaitu KUNYAH sahaja!

P/s: Kita tunggu reviewnya ya! Yey.
Lokan tumis halia sebab teringat Sim-Sim 88
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

18 comments

Tulis comments
avatar
August 27, 2015 at 8:52 AM

Klau lokan tempat kami lain pula eh ...tidak licin kulit dia ^_^

Reply
avatar
August 27, 2015 at 4:25 PM

Sedaapnya. Terliur dah nie ^-^

Reply
avatar
August 29, 2015 at 12:04 AM

done follow #376

suka la maak2 dgn halia ni..rasa mcm freshh je kan..wangi

Reply
avatar
August 30, 2015 at 12:21 AM

Perghhh...sedap nie..kalau tak silap Zara, kat Selangor panggil remis..kalau tak silap la..sebab jarang beli..hehehe.. Zara singgah klik² promoted content yang ade.. シ

Reply
avatar
August 30, 2015 at 9:46 AM

wahhh pepagi dah dapat resepi dan tip bestnya...

tapi kalau disini ini kami panggil kepah sebab dia berada di pasir dan ada di pantai warna putih bersih dan lokan dilumpur warna agak gelap sedikit...sebab berada dalam lumpur..

Reply
avatar
August 30, 2015 at 12:51 PM

Memang sedap kan lokan fresh2... manisss je.. hehehheee... ;)

sambil-sambil tu jangan lupa GIVEAWAY ain ye.. jemput la join.. InsyaAllah ada dua hari lagi...!! :)
ParodyMe : 1st Giveaway By Dramatic Uniq.. Wang Tunai RM350 untuk direbut tQ so much...!! :)

Reply
avatar
August 30, 2015 at 3:31 PM

sedap tuuu lokan..tambah2 kalau yg fresh..manis je kuahnya

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:21 AM

Haha, actually, Sha tak tau nama dia apa. Google agak-agak macam sama rupa dia. Hentam je bagi nama lokan. =D

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:23 AM

Nampak sedap, rasa pun sedap, hehe =D

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:28 AM

Aah, kalau letak serai memang lagi wangi. Tambah serai, lagi best =)

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:33 AM

Betul la kut nama remis tu, Kak Sha main hentam je nama dia, hehe =D

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:34 AM

Kepah pun jugak kut bonde. Sha pun tak tau nama sebenar dia. Ada yang kata remis.

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:35 AM

Fresh Kak Ain, harus manis dan sedap =)

Reply
avatar
September 8, 2015 at 11:35 AM

Fresh ni, beli kat pasar hidup lagi. Bawak balik rumah terus masuk dalam kuali, hehe =D

Reply
avatar
September 16, 2016 at 10:55 AM

Yang ini bukan lokan.

Ini namanya kepah.

Reply
avatar
October 5, 2016 at 12:07 PM

Ohhhhh, bru tau. Selama ni asyiklah ingat nama dia lokan. Patut lah ada org kata kat tempat dia lokan rupa lain, hehe. TQ :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+