Pasar Malam Sinsuran, Pasar Filipina dan durian | Lepas minum Yoyo yang pekat likat melekat di Booth Yoyo dalam Centre Point, malam tu kami teruskan misi berjalan menikmati suasana malam di sekitar Hotel.
Niat paling utama tentu-tentulah nak cari durian runtuh! Ekeke.
Cari durian, sebab masa balik raya hari tu, semenanjung dah gila-gila punya musim buah. Ingat Sabah mcm tu jugak. First location..
Niat paling utama tentu-tentulah nak cari durian runtuh! Ekeke.
Cari durian, sebab masa balik raya hari tu, semenanjung dah gila-gila punya musim buah. Ingat Sabah mcm tu jugak. First location..
PASAR MALAM SINSURAN
Pasar Malam Sinsuran ni betul-betul kat belakang Hotel Le Meridien. Pasar ni jugak sebaris dengan Pasar Buah dan Pasar Kraftangan aka Pasar Filipina.
Pasar Malam Sinsuran ni lebih kurang sama macam pasar malam di semenanjung. Banyak pilihan makanan, siap ada juga aku nampak char kueytiaw! Hehe.
Tudung coklat pakai beg macam gengster kampung masuk bandar! Kahkahkah.
Masa ni blur lagi, cari durian. Ingatkan tengah musim durian, so kat pasar malam ada durian. Tapi nan hado.
Pasar Malam ni dibuka bermula selepas asar hingga tengah malam. Tapi masa aku datang tu, dalam jam 9.00 malam, dah lengang pun. Faktor weekend agaknya. Waktu puncak adalah pada waktu maghrib hingga isyak.
PASAR KERING
Sebaris dengan Pasar Malam Sinsuran. Tapi kitorang tak singgah sebab barang yang dijual sama macam yang ada kat Pasar Tanjung Tawau. Ada amplang (mesti beli as souvenir kalau datang Sabah), kuih cincin, kerepek-kerepek, ikan bilis, ikan masin dan semua barang kering lah. Harga pun berpatutan. Kalau korang datang, jangan lupa singgah ye!
Tapi tempat ni cepat tutup. Pukul 9 kitorang sampai, dah siap kemas licin nak balik. Kalau nak singgah, make sure singgah awal.
Nak beli mutiara, brooch, fridge magnet atau souvenir untuk family? Hah. Singgahlah Pasar Kraftangan aka Pasar Filipina. Ada banyak kedai-kedai kecil shoplot. Boleh pilih dan tawar menawar harga.
PASAR FILIPINA
Aku tak berapa sure area seafood bakar ni termasuk dalam kawasan Pasar Malam Sinsuran atau Pasar Filipina. Ke sama je? Hehe. Kat sini memang femes dengan seafood bakar.
Tapi memang kalau datang, korang round je semua baris pasar tu. Dia bersambung-sambung memanjang.
Lobster bakar. Udang galah bakar. Ikan bakar. Ketam bakar. Pakcik bakar. Eh. Haha
Hati aku pun terbakar, kehkehkeh.
Kita zoom lagi lobster bakar. Peh.
Gaya kat sini, semua seafood yang dipamerkan atas meja tu dah siap bakar. Kira bila kita order, diorang akan bakar/panaskan semula. Katanya sebab permintaan terlampau banyak, jadi cara ni paling cepat untuk hidangkan makanan.
Tapi, ada je yg belum siap bakar. Kalau aku pun, aku suka request yg baru. Kalau x nak request bakar seafood baru, kena hati-hatilah bila pilih seafood tu ya! Sebab dia terdedah atas meja untuk masa yang agak lama. Jadi faham-faham je lah. Boleh juga tanya sama ada seafood tu baru bakar, atau siang punya. Kalau dapat yang semalam punya, erks T_T
Sebelum beli, pastikan tanya harga dulu supaya tak sakit jantung, hati dan limpa bila nak membayarnya. Pukul 9.30 malam aku datang, tempat ni lengang. Again, mungkin faktor weekend. Siang tak bukak. Jadi, tak payah gatal-gatal singgah waktu siang!
Akhirnya, jumpa apa yang nak dicari. DURIAN!
Aku jumpa spot durian best dan murah ni 2 tahun lepas masa first time kursus kat KK. Masa tu kebetulan musim durian melimpah ruah. Kitorang makan durian yg sebiji besar RM5. Tapi sedap nak ampun. Terus menyesal x beli bawak balik.
So, kali ni singgah lagi tempat yg sama. Tapi durian belum sampai lagi. Ada lah beberapa ketul durian orang jual. Kitorang ambil durian kawin, sekilo RM10. Kira ok sikit lah, sebab kat Pasar Buah, durian jenis sama sekilo kena cas RM20. Pengsan mak!
Bila musim, laaaaaaagi murah. Selonggok RM5. Makanlah sampai ko pengsan. Dapat durian dari Ranau laaaaagi sedap nak arwah.
Kat mana spot makan durian best ni?
Berdekatan dengan pasar ikan rasanya. Haha. Hujung sekali, ada bangunan Maritim. Hah. Kira kalau korang dari Le Meridien, belok kanan, jalan sampai hujung sekali. Kompem jumpa. Itu pun kalau tengah musim kan? Eheh.
Lepas mentekedarah 3 biji durian, balik hotel. Terus tidur. Krohhhhhhh.
Nah, aku bagi lokasi google maps untuk panduan. Zoom untuk lihat lokasi Pasar Filipina, Pasar Buah-buahan dan Pasar Malam Sinsuran.
ingatkan pasar malam insuran.... hehehe
ReplyDeletesedapnya jalan2 cari makan.. :)
Insuran pon bolehhhh, kehkehkeh =D
DeleteMakan-makan kat KK best. Cuma nak kena cari betul-betul tempatnya =)
Sini 1 kg rm4. Tu pun zumal rasa macam mahal jew. Lobster bakar tu harganya berapa Sha ???
ReplyDeleteSeingatnya, hari tu macam RM80/kg. Yang dah siap bakar tu. Kira mahal ke murah ye Zumal?
DeleteMata SA terus tertancap pada seafood bakar tuh...mak oiii macam sedap je
ReplyDeleteMemang semua yang datang pun kata gitu. Sha pun sama =D
DeleteMemang teringin nak ke sini lagi ;)
ReplyDeleteJum, kalau pegi KK lagi roger-roger Sha ye! Hehe
DeleteWahhh macam macam ada :D
ReplyDeleteIye, macam-macam ada Nani. Ahaks
Deletegeram tgk lobster tuuu grrrrrr
ReplyDeletep/s org kg sy pggl ungu = kundang ;-)
ReplyDeletePatut lah, hehe. So after this confirm Sha dah tak blur kalau orang sebut kundang, hehehe
DeleteShahira peminat tegar durian kan?
ReplyDeleteRM10 mahal daa tapi kalau teringin takde hal bukan selalu kannn..
Lobster & the gang memang mengancam.. :-)
Lobster sentiasa mengancam. Tapi bila nak bayar rasa terancam pulak, kehkehkeh =D
DeleteAah, durian memang feberet. Tapi itulah, kat sini susah sikit nak cari. Kalau ada pun mahaiiiiii T_T
pernah makan kat sana sekali.. hehe
ReplyDeleteJemput singgah "Mencari Blogger Untuk Review Produk"
Best kan? hehe
DeleteHari tu dapat yang selonggok RM5, tapi isi dia best gila! Peh
Sha, kat sana lobster main jual kat pasar je ye, adoi mewah makanan laut sana kan :)
ReplyDeleteJual kat pasar kak ana. Kalau kat pasar ikan pun diorang main tayang-tayang gitu je. RM60/kg. Meh datang sini makan lobster puas-puas, hehe =D
DeleteMemang best shopping kat area situ, semua benda ada. Rambang mata kan? Hihi
ReplyDeleteAah, rambang mata. Cuma kena sediakan $$$$ lebih sikit, hehe =D
Deletesalam singgah sini...wahh..nampak udang tu begitu menyelerakan...pernah sekali jak pergi jalan2 kat situ...best...hihi
ReplyDeleteSha pun sepanjang kat sini, baru 3 keli sempat jalan. Itu pun tak habis-habis lagi =)
Deletepesta makan durian di ranau pun tak lama lagi nie.. makan puas puas untuk sejam, bayar rm20 ja..
ReplyDeleteDengar dlm radio, hujung minggu ni di Likas. sejam / RM20. FAMA. Macam best jugak =)
Deletemakan jangan tak makan wak. :D
ReplyDeleteKita makannn, yey =)
DeletePasar Malam Kk pun best.. banyak brang ada kat sna.. :)
ReplyDeleteDah singgah, tapi mostly barang dia sama macam yang ada kat Tawau =)
Delete