Monday, August 17, 2015

# Lifestyle # travel

#Outstation KK: Pasar Malam Sinsuran, Pasar Filipina dan durian

Pasar Malam Sinsuran, Pasar Filipina dan durian | Lepas minum Yoyo yang pekat likat melekat di Booth Yoyo dalam Centre Point, malam tu kami teruskan misi berjalan menikmati suasana malam di sekitar Hotel.

Niat paling utama tentu-tentulah nak cari durian runtuh! Ekeke.

Cari durian, sebab masa balik raya hari tu, semenanjung dah gila-gila punya musim buah. Ingat Sabah mcm tu jugak. First location..

PASAR MALAM SINSURAN

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Pasar Malam Sinsuran ni betul-betul kat belakang Hotel Le Meridien. Pasar ni jugak sebaris dengan Pasar Buah dan Pasar Kraftangan aka Pasar Filipina.

Pasar Malam Sinsuran ni lebih kurang sama macam pasar malam di semenanjung. Banyak pilihan makanan, siap ada juga aku nampak char kueytiaw! Hehe.

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Tudung coklat pakai beg macam gengster kampung masuk bandar! Kahkahkah.
Masa ni blur lagi, cari durian. Ingatkan tengah musim durian, so kat pasar malam ada durian. Tapi nan hado.

Pasar Malam ni dibuka bermula selepas asar hingga tengah malam. Tapi masa aku datang tu, dalam jam 9.00 malam, dah lengang pun. Faktor weekend agaknya. Waktu puncak adalah pada waktu maghrib hingga isyak.

PASAR KERING

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Sebaris dengan Pasar Malam Sinsuran. Tapi kitorang tak singgah sebab barang yang dijual sama macam yang ada kat Pasar Tanjung Tawau. Ada amplang (mesti beli as souvenir kalau datang Sabah), kuih cincin, kerepek-kerepek, ikan bilis, ikan masin dan semua barang kering lah. Harga pun berpatutan. Kalau korang datang, jangan lupa singgah ye!

Tapi tempat ni cepat tutup. Pukul 9 kitorang sampai, dah siap kemas licin nak balik. Kalau nak singgah, make sure singgah awal.

Nak beli mutiara, brooch, fridge magnet atau souvenir untuk family? Hah. Singgahlah Pasar Kraftangan aka Pasar Filipina. Ada banyak kedai-kedai kecil shoplot. Boleh pilih dan tawar menawar harga. 

PASAR FILIPINA

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Aku tak berapa sure area seafood bakar ni termasuk dalam kawasan Pasar Malam Sinsuran atau Pasar Filipina. Ke sama je? Hehe. Kat sini memang femes dengan seafood bakar. 

Tapi memang kalau datang, korang round je semua baris pasar tu. Dia bersambung-sambung memanjang. 

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Lobster bakar. Udang galah bakar. Ikan bakar. Ketam bakar. Pakcik bakar. Eh. Haha
Hati aku pun terbakar, kehkehkeh.

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Kita zoom lagi lobster bakar. Peh.

Gaya kat sini, semua seafood yang dipamerkan atas meja tu dah siap bakar. Kira bila kita order, diorang akan bakar/panaskan semula. Katanya sebab permintaan terlampau banyak, jadi cara ni paling cepat untuk hidangkan makanan.

Tapi, ada je yg belum siap bakar. Kalau aku pun, aku suka request yg baru. Kalau x nak request bakar seafood baru, kena hati-hatilah bila pilih seafood tu ya! Sebab dia terdedah atas meja untuk masa yang agak lama. Jadi faham-faham je lah. Boleh juga tanya sama ada seafood tu baru bakar, atau siang punya. Kalau dapat yang semalam punya, erks T_T

Sebelum beli, pastikan tanya harga dulu supaya tak sakit jantung, hati dan limpa bila nak membayarnya. Pukul 9.30 malam aku datang, tempat ni lengang. Again, mungkin faktor weekend. Siang tak bukak. Jadi, tak payah gatal-gatal singgah waktu siang!

Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Akhirnya, jumpa apa yang nak dicari. DURIAN!

Aku jumpa spot durian best dan murah ni 2 tahun lepas masa first time kursus kat KK. Masa tu kebetulan musim durian melimpah ruah. Kitorang makan durian yg sebiji besar RM5. Tapi sedap nak ampun. Terus menyesal x beli bawak balik.

So, kali ni singgah lagi tempat yg sama. Tapi durian belum sampai lagi. Ada lah beberapa ketul durian orang jual. Kitorang ambil durian kawin, sekilo RM10. Kira ok sikit lah, sebab kat Pasar Buah, durian jenis sama sekilo kena cas RM20. Pengsan mak!

Bila musim, laaaaaaagi murah. Selonggok RM5. Makanlah sampai ko pengsan. Dapat durian dari Ranau laaaaagi sedap nak arwah.

Kat mana spot makan durian best ni?

Berdekatan dengan pasar ikan rasanya. Haha. Hujung sekali, ada bangunan Maritim. Hah. Kira kalau korang dari Le Meridien, belok kanan, jalan sampai hujung sekali. Kompem jumpa. Itu pun kalau tengah musim kan? Eheh.

Lepas mentekedarah 3 biji durian, balik hotel. Terus tidur. Krohhhhhhh. 

Nah, aku bagi lokasi google maps untuk panduan. Zoom untuk lihat lokasi Pasar Filipina, Pasar Buah-buahan dan Pasar Malam Sinsuran.


Selamat berjimba! Ahaks =D

29 comments:

  1. ingatkan pasar malam insuran.... hehehe
    sedapnya jalan2 cari makan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insuran pon bolehhhh, kehkehkeh =D
      Makan-makan kat KK best. Cuma nak kena cari betul-betul tempatnya =)

      Delete
  2. Sini 1 kg rm4. Tu pun zumal rasa macam mahal jew. Lobster bakar tu harganya berapa Sha ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingatnya, hari tu macam RM80/kg. Yang dah siap bakar tu. Kira mahal ke murah ye Zumal?

      Delete
  3. Mata SA terus tertancap pada seafood bakar tuh...mak oiii macam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua yang datang pun kata gitu. Sha pun sama =D

      Delete
  4. Memang teringin nak ke sini lagi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jum, kalau pegi KK lagi roger-roger Sha ye! Hehe

      Delete
  5. p/s org kg sy pggl ungu = kundang ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut lah, hehe. So after this confirm Sha dah tak blur kalau orang sebut kundang, hehehe

      Delete
  6. Shahira peminat tegar durian kan?
    RM10 mahal daa tapi kalau teringin takde hal bukan selalu kannn..
    Lobster & the gang memang mengancam.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobster sentiasa mengancam. Tapi bila nak bayar rasa terancam pulak, kehkehkeh =D
      Aah, durian memang feberet. Tapi itulah, kat sini susah sikit nak cari. Kalau ada pun mahaiiiiii T_T

      Delete
  7. Replies
    1. Best kan? hehe
      Hari tu dapat yang selonggok RM5, tapi isi dia best gila! Peh

      Delete
  8. Sha, kat sana lobster main jual kat pasar je ye, adoi mewah makanan laut sana kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jual kat pasar kak ana. Kalau kat pasar ikan pun diorang main tayang-tayang gitu je. RM60/kg. Meh datang sini makan lobster puas-puas, hehe =D

      Delete
  9. Memang best shopping kat area situ, semua benda ada. Rambang mata kan? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, rambang mata. Cuma kena sediakan $$$$ lebih sikit, hehe =D

      Delete
  10. salam singgah sini...wahh..nampak udang tu begitu menyelerakan...pernah sekali jak pergi jalan2 kat situ...best...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun sepanjang kat sini, baru 3 keli sempat jalan. Itu pun tak habis-habis lagi =)

      Delete
  11. pesta makan durian di ranau pun tak lama lagi nie.. makan puas puas untuk sejam, bayar rm20 ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar dlm radio, hujung minggu ni di Likas. sejam / RM20. FAMA. Macam best jugak =)

      Delete
  12. Pasar Malam Kk pun best.. banyak brang ada kat sna.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah singgah, tapi mostly barang dia sama macam yang ada kat Tawau =)

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+