Thursday, August 20, 2015

# Info

Mudahnya perbaharui road tax kenderaan dengan MYEG

Mudahnya perbaharui road tax kenderaan dengan MYEG | Sebelum pakai kereta sekarang, aku ada juga kereta lain yang abah belikan masa belajar dulu. Dengan kereta tu lah aku melenjan ulang-alik UTM, balik rumah, drift kat highway *poyo sangat statement tu T_T*. Tapi, masa melenjan dengan kereta tu, still belajar. So everything, dari monthly installment & road tax abah yang settle kan. Tinggal aku nak bayar duit minyak je sebab sendiri guna sendiri mau bayarlah! Lemak betul kalau abah kau jugak yang bayar.

Bila dah kerja kat Rawang, baru start bayar installment kereta sendiri. Mencungap jugak membayor. Hah, time ni baru tahu perasaan abah. Susah payah dia nak membayar benda yang tak digunakan tapi rasa tanggungjawab sebab itu anak perempuan dia. Tetiba rasa syahdu pulak. Abah, I love u. Ecececeh. Tetiba masuk slot sampaikan rindu pulak, ahaks.

Sampai Tawau, beli kereta baru sebab abah kata tinggal je kereta lama kat rumah bagi adik pakai. So, ok je. No hal. Makanya, dapatlah kereta kecik myvi purple yang kononnya sporty untuk orang yang sporty macam aku (ye ke? Ceh). Haha. 

Habis tahun pertama, call abah.

              me: Abah, macam mana nak renew road tax?

Ini lah namanya perempuan. Tahu bawak kereta je, renew road tax, isi angin tayar, tukar tayar semua tak tahu. Ops. Hehe. Sebab sebelum ni semua abah yang buat. I mean, EVERYTHING. Tak tahu nak isi angin tayar. 'Abah, tayar kereta Ira pancit'. Road tax mati. 'Abah, road tax dah nak mati'. ' Abah, Ira sesat. macam mana nak keluar dari Nilai ni?' *sambil bengkak-bengkak mata eye-liner sememeh tanya orang Petronas*

Hah kau. Semua abah. Abah hero hati ku. Ecewah. Tapi sekarang dah tak payah susahkan abah nak renew road tax. Sebab aku dah pandai renew road tax ONLINE! Yey. Semuanya mudah dengan adanya MYEG!

Perbaharui cukai jalan road tax kenderaan dengan myeg
Best Deals, Best Service Delivery to your doorstep

Di MYEG, kita boleh re-new road tax kenderaan dengan mudah. Nak periksa saman pun senang. Ada JPJ, PDRM, Immigration, e-Insolvency dan macam-macam kemudahan hanya dalam 1 laman web. Dan aku nak re-new road tax kereta.

LANGKAH PERBAHARUI ROAD TAX KENDERAAN DENGAN MYEG

1) Log masuk menggunakan username dan password korang. 
2) E-Service: Pilih MYROADTAX

Perbaharui cukai jalan road tax kenderaan dengan myeg

3) Isi semua details yang bertanda *. Kalau pernah re-new dengan MYEG tahun sebelumnya, klik link warna biru atas tu (If you renewed your road tax with MyEG last year, please click here). Klik proceed.
4) Next page kena masukkan maklumat kenderaan. Semua maklumat tu ada dalam Cover Note kenderaan kita tu. 
5) Dah siap semua, kita akan buat payment untuk renew Insurance dahulu. Jangan risau kalau tak berapa pandai kira susut nilai harga kenderaan. Dalam tu, dia akan kirakan terus harga susut nilai kenderaan korang mengikut tahun kenderaan tu. Jadi, sum insured untuk kenderaan akan berkurangan, automatiknya bayaran cover Insurans pun kurang.
6) Dah siap bayar, kalau nak cepat boleh call agensi yang bertanggungjawab (Etiqa Takaful). Ada phone number disertakan.
7) Etiqa akan hantar e-Cover Note dalam bentuk soft-copy kepada email kita. So, make sure masa isi details kat atas tu, isi email yang aktif.
8) Dah dapat Cover Note, baru boleh proceed perbaharui cukai jalan (road tax). Bayar.
9) Settle. Semua resit akan dihantar dalam email kita.
10) Road tax akan dihantar dalam masa 2 - 3 hari bekerja. Maksimum seminggu.

Perbaharui cukai jalan road tax kenderaan dengan myeg

Resit bukti pembayaran. Print je lepas bayar untuk menambahkan keyakinan

Perbaharui cukai jalan road tax kenderaan dengan myeg

Dah pasang road tax baru. Woohoho.
Tapi, seperti biasa. Sebelum ni abah yang tolong tanggalkan road tax lama, pasang road tax baru. Bila buat sendiri. Hurmm. Jadi macam gitu lah. Nasib badan T_T





12 comments:

  1. satu kemudahan buat kita semua kan,memang memudahkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Nak pulak kalau post office jauh atau bz keja. Memang convenient sangat =)

      Delete
  2. semua dah mudah sekarang...
    tak pernah guna myeg sebab pejabat pos dekat je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat takpe Ja. Senang. Post office tempat akak agak jauh dan nak carik parking kat situ, errr. Mau dekat setengah jam jugak. Sengsara betul, uhuhu T_T

      Delete
  3. Nice sharing sha...bulan feb nanti boleh kak efa follow tutorial ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bha kak efa. Senang je cara dia =)

      Delete
  4. PapaG register pagi, tengahari dh dapat. Lajuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, servis diorang memang laju. Kalau express delivery memang express, hehe

      Delete
  5. hm...nk kena blaja semua nih...thn dpn nk kena drive sndiri anta ank g sekolah...huwaa..xleh jdi mem dok blkng lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe lah UA. Senang je nak buat online ni =)

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+