SweetMuslimah.com

Tuesday, August 11, 2015

Gila punya Ikea!

Jom shopping di Ikea Damansara| Aku memang suka berhias rumah. Beli macam-macam, baik dari benda yang kecik sampai lah benda besar gabak. Beli lemari lah, sebab rasa almari baju sekarang tak cukup besar nak tampung kain baju yang berkoyan-koyan tu.

Even kat rumah sewa pun banyak beli benda baru (read: furniture as in lemari) padahal tuan rumah dah sediakan basic necessity (katil, almari baju, almari solek, meja belajar, hanger sangkut tudung). Nak jugak beli lemari baru. Entah apa yang aku sumbat sampai tak cukup ruang pun tak tahu.

Hari tu pun, jalan kat Complex Waterfront, masuk kedai yang jual anak-anak patung comel sampai rasa nak gomol-buat-baling-manja. Terbeli pula patung kambing yang boleh lekat kat tingkap kereta tu. Eh. Ko apesal tetiba fefeling comel-comel? Hahaha. Buang tebiat.


Tak tahu lah kalau boleh terkinja-kinja dalam Ikea ni dengan aman ke tidak. Sebab Ikea Malaysia sekarang tengah buat SALE GILA-GILA dari 6 - 23 Ogos 2015 ni. Dah tak ada alasan nak cantik-cantikkan rumah, atau nak berhias rumah ikut konsep moden yang kita nak. 

STENKLĂ–VER
STENKLOVER Quilt cover & 4 pillow cases queen size
RM 69

RIBBA
RIBBA frame
RM 9.90

Ikea Damansara

POANG Armchair
RM 239

Aku kan suka kerusi yang warna merah-merah menyala macam ni. Rasa nak letak kat  hall tapi kat sudut lah. Letak sekali meja kopi 1.

Sempena SALE besar-besaran ni, IKEA membawakan bermacam-macam range dari ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, bilik mandi / bilik air / tandas, dapur (pendek kata satu rumah lah boleh) dan juga barangan keperluan bayi dengan harga yang sangat berbaloi. Affordable kata orang.

A colourful children’s room with a light grey extendable bed, a yellow storage bench that looks like a treasure chest, a red footstool that can be used as a seat and a red playing tent.
Cis, kenapa bilik ko comel sangat? 

Nak ke Ikea Damansara ni senang saja. Macam aku, cari je direction ke Sri Pentas TV3, ahaks. Sebab dulu, sebelum kawasan Damansara tu membangun, aku pernah bermastautin kat situ. Sempatlah rasa jalan kaki semata-mata nak ke Aeon (dulu nama dia Jaya Jusco). Tengok juga perkembangan masa mula-mula Sri Pentas naik kat area tu. Lepas tu, whooooshh. Aku pun boleh sesat sekarang bila drive area situ.

Untuk keterangan lanjut, boleh ke website Ikea Malaysia



Untuk yang duduk sekitar Lembah Kelang (termasuklah Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan sesetengah kawasan Rawang), khidmat penghantaran juga disediakan dengan hanya RM 75/trip! Beli perabot, tolong hantar ye bang. Hewhewhew.

Kalau dah terpedaya dengan hasutan aku, meh la cuci-cuci mata kat laman web Ikea Malaysia ni. Mana tahu ada yang berkenan dihati? Boleh beli. Tapi kalau pegi tu, jangan lupa ajak aku ye! Ahaks =D.

Bai!


Gila punya Ikea!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
August 11, 2015 at 1:48 PM

kak ummul pun suka hias rmh,suke sgt pergi ikea..kalau bwk duit 10ribu pun xcukup kot..mcm2 suka dan nk beli..hehehe

Reply
avatar
August 11, 2015 at 1:54 PM

Mmg best gile la soping..sediakan duit byk2 je..huhu

Reply
avatar
August 11, 2015 at 4:29 PM

ada contest ke kak IKEA?
ramai yang post ni..curious jgk. hehehe

Reply
avatar
August 11, 2015 at 5:38 PM

Rambang mata masuk ikea. hahaha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+