Monday, August 31, 2015

# Lifestyle # travel

English Tea House & Restaurant Sandakan

Hai. Baru terasa - rasa ada mood nak bercerita hasil berjalan kat Sandakan hari tu, hehe. Punya tak de mood nak bukak blog. Harap lepas baca blog orang je, nak tinggal komen sahut bagitahu betapa aku appreciate hasil penulisan pun malas. Hah kau. Punya lah pemalas! Kehkehkeh. 
English Tea House & Restaurant ni kitorang singgah lepas balik dari mengintai  Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre. English Tea House ni memang terkenal dengan segala macam traditional English Cuisine dan Asian dishes. Dah penat lah konon, nak rasa high tea dizaman kolonial. Gitu lah gamaknya, ahaks =D

English Tea House & Restaurant Sandakan

English Tea House & Restaurant Sandakan

English Tea House & Restaurant Sandakan

Tempat ni memang cantik tau! Naik bukit tinggi, bila tengok kat bawah, nampak laut! Serius cantik!Kitorang duduk kat kerusi yang hujung-hujung tu. Bawah pokok nun. Bila minum-minum petang kat sini, best sebab suasana dia. Diorang bukak lagu Inggeris yang entah aku tak tahu lagu apa (kehkehkeh), tapi best. Pakej pulak dengan angin laut, rasanya kalau tido pun tak bangun dah sampai esok pagi, haha.

Menu bila buka nampak macam-macam ada. Macam best. Tapi in the end, aku order earl grey tea. Ceh. Datang jauh-jauh semata-mata aku minum tea? T_T . Hot tea pulak tu? Padahal kan, nama aku nak minum hot tea kat kedai? Kem salam! Haha. Ini penangan konon nak rasa high tea zaman kolonial ni. Terjebak sungguh! 

Mintak brownies dia. Tak sedap. Fail sungguh! Rasanya tempat ni view je cantik, food? Hmmp T_T. Tapi ada yang suggest scone dia sedap. Itu pun suggest lepas kitorang blah. Tak dapat nak membuktikan kebenarannya. Tak pe lah. Lain kali korang singgah, bagitahu aku ye! Muehehe. Mana tahu yang tak sedap tu brownies je, yang lain sedap?

English Tea House & Restaurant Sandakan

Perasan ada plak JJCM masa nak bayar. Eh. Rasanya sepanjang aku tengok JJCM, macam tak pernah nampak pulak? Ke dulu-dulu pernah keluar, tapi nan hado perasan. Ignorant sangat kan perangai? Haish. 

Tapi kan, aku perasan yang aku kuat perangai ignorant tu. Kalau benda tak ada benefit sangat kat aku, hampeh la nak ambik tahu. Even birthday adik beradik sendiri bertahun nak mengingat. Nasib birthday parent ingat. Kalau tak ingat, hempok kepala sendiri dulu! 

 English Tea House & Restaurant Sandakan

Gambar dulu sebelum balik. English Tea House & Restaurant ni sebenarnya rumah Agnes Keith. Dalam direction, dia akan keluar sama ada Agnes Keith House atau English Tea House & Restaurant. Itu pun ada 2 English Tea  House ni. Satu kat tempat yang kitorang pergi, satu lagi kat Bandar Indah. Nak view cantik datang kat tempat kitorang singgah ni ye =)

P/s: Nak buat wedding reception ke, birhtday party memang sesuai sangat. Sebab memang spectacular view overlooking Sandakan Bay. Suasana romantik gitu. 

Nak datang sini? Ni ha alamat:
Alamat: No. 2002, Jalan Istana, 90000 Sandakan, Sabah
Tel: 089-222-544
Email: info@englishteahouse.org
Website: http://www.englishteahouse.org
Opening hours: 10.00 am to 10.00 pm, setiap hari




7 comments:

  1. rindu sgt nak pergi sabah lagi... tempat2 perlancongan dia memang best.... aritu pergi kundasang rasa xmo balikk... nyamannn sgt... nnti nak jugak pergi ke Sandakan nie... tqs 4 d sharing..


    Seronoknya minum “mocha” bantu untuk kurus
    Minuman Serap Lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun tak habis round lagi. Nama je dah duduk sini 3 tahun, hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Best lah jugak. Tapi kebetulan masa pegi tu, dessert dia kureng sikit.

      Delete
  3. subhanallah pemandangan dia bestnya.kc dh terfikir bestnya kalau ambik gambar byk2 ni! hahahaha.

    kc tag kak sha kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/giveaway-rm200-by-mikhaicom-2015.html

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+