SweetMuslimah.com

Monday, August 3, 2015

Cabaran adalah untuk memotivasikan diri

Cabaran adalah untuk memotivasikan diri | Hah, siapa yang setuju bahawasanya cabaran itu, positif ataupun negatif, jika diambil dari sudut yang positif akan memotivasikan diri kita ke arah yang lebih baik?

Aku ni pun, bukanlah sentiasa positif, ada masa down juga. Selalu fikir yang diri tak berkebolehan, penakut nak bercakap depan orang ramai, even dah jadi cikgu ni pun perasaan ketaq lutut tu tak hilang. What to do?

Masa mula-mula kerja dulu, puas lah nak elak mengajar depan student, sebab kita ni bukan ada background mengajar, tiba-tiba terus melompat jadi cikgu. Hari Rabu lapor diri, hari Isnin minggu depannya dah mengajar. Dapat bayangkan perasaan teruja takut horror tu macam mana?

Aku bukan macam cikgu yang ada background perguruan, diajar selama 4 tahun ilmu-ilmu psikologi dan teknik-teknik pembelajaran. Aku hanyalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda dengan second-class upper pointer. Tak cemerlang pun. Masa belajar pun selalu duduk belakang sekali. Tiba-tiba kena duduk depan sekali menghadap semua orang? Pengsan.

Aku pernah dapat markah penilaian 1 out of 5 dari kelas yang aku ajar sebab terlampau strict dalam kelas. At those time, aku rasa down giler, rasa yang aku usaha sungguh-sungguh konon nak bagi anak murid berjaya, tapi budak-budak ni tak heran pun. Downnyaaaaa =(

Tapi, I overcome those obstacles. Alhamdulillah, masih belajar how to improvise. Dan proses pembelajaran itu akan berterusan. Banyak benda yang masih perlu diperbaiki. Kalau tak fikirkan cabaran itu, nak buktikan dekat orang yang pernah reject aku masa aku interview, yang aku ni juga boleh berjaya, dah lama aku ke laut agaknya.

Tak pun masih ditakuk lama. Anggap semua teguran tu semua salah, aku je betul (Tu aku dulu, haih T_T)

Aku bukannya bagus sangat pun. Tapi, aku percaya yang semua orang boleh berubah. Boleh berjaya. Anggap teguran yang dilontarkan itu satu motivasi untuk lebih berjaya. Kalau nak ambik pusing cakap-cakap orang, duduk dalam gua pun tak boleh juga!

Jadi, teguran itu satu motivasi. Panjat tangga kejayaan hasil dari kutuk caci manusia lebih manis dari ko merengkok kat bawah tangga sebab takut keluar nak hadapi dunia.

Kalau kita tak berusaha over the limit, kita tak akan tahu potensi dan kemampuan sebenar kita. Push your limits and then you will surprise how far you can go. =)


Senaman menguji kebolehan otak kanan. Satu je. FAIL!! T_T


Cabaran adalah untuk memotivasikan diri
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
August 3, 2015 at 2:49 PM

Yup. Cabaran dapat memotivasikan diri... Tanda ukuran kebolehan diri. In Sha Allah Sha boleh berjaya.. Good Luck dear.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+