SweetMuslimah.com

Friday, July 31, 2015

Terbang Menerjah awan

Semalam, sikit lagi nak tertinggal flight. Kelam kabut dari rumah, bersambung pula kelam kabutnya mencari rumah member. Bila sampai airport nak hantar beg, kaunter dah TUTUP!

Terus lari nak lalu pemeriksaan imegresen. Sampai je gate, memang kitorang antara 3 orang terakhir yg ditunggu - tunggu. Wah, fefeling VIP sikit dalam kelas ekonomi. Ahaks.



Flying with MAS ke Kota Kinabalu untuk kursus sebenarnya.
Lalu gumpalan awan ni dah macam menerjah masuk dalam gula-gula kapas pulak rasanya. Cantik sangat. Sepuluh juta kali naik kapal terjah awan pun, masih rasa ciptaan Allah ni cantik sangat. 

Kalau tengok kartun doraemon, kemain boleh lari-lari guling-guling atas awan. Ko hado? Haha ^^

Tapi, kalau ikut legend, aku lagi legend dari doraemon. Aku terbang, dia jalan je, kehkehkeh =D


Masa ni dah start turun balik. Dah nak sampai. Nampak tak yang berliku-liku macam ular kena palu tu?

Sungai sebenarnya. Kalau boleh close-up, nampak kawasan pertanian dan rumah-rumah keliling tu. Rendah je kapal kitorang terbang.


Macam tasik kan? Baru nak tanya pakcik kat sebelah, tasik ape yg besar benar kat KK ni? Sekali rupanya laut!

Cantik gilos muka bumi dia.


Dah lalu atas laut lagi! 

Masa ni dah nk landing. Airport kat depan nun je. Kat kawasan ni, banyak pulau-pulau yg terbentuk, ada yang kecik mendatar macam tu je, ada yang besar.

Pulau dalam gambar atas tu agak besar sebenarnya. Aku nampak macam bentuk labah-labah. Eh.

Ilusi mata kali T_T


Rupanya airport sebelah laut je. Padahal banyak kali turun KK, tak perasan-perasan laut tepi tu. Aku syak, aku membuta setiap kali terbang.

Apa nak buat. Naik MAS pergi KK tak dpt makan nasi (Flight less than 60 mins x dpt nasi) Kita dpt kacang je. Tu yg membuta tak ingat dunia tu. Nasib baik pramugari pramugara baik. Bagitahu untuk tutup phone pun lembut je, senyum. 

Tak dapat nasi pun tak apalah. Asalkan abang rambut curly bagi saya kacang dengan fresh orange. Kehkehkeh.


Welcome again to Kota Kinabalu. This is Terminal 1. Terminal 2 kat seberang runway tu untuk Air Asia. Jangan memain eh, KK pun ada 2 terminal hokkay.

Masa sampai, KK almost raining. Jadi. Gerak dulu. Bye. Esok-esok sambung. Salam Jumaat :)

Terbang Menerjah awan
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
July 31, 2015 at 3:36 PM

sekali sekala jadi VVIP pun best.. hehe
nasib baik tak terlepas..

Reply
avatar
August 4, 2015 at 12:49 PM

Kan. Tengok itenary macam lama lagi. Rupanya salah tengok time T_T

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+