SweetMuslimah.com

Wednesday, July 29, 2015

Sup jagung ketam mahbelous | Hotplate Tawau

Sup jagung ketam mahbelous di Restoran Hotplate Tawau | Segmen makan-makan lagi, hehe. Isnin lepas Tawau lagi sekali masuk TV, kali ni dalam Majalah 3 pulak. Puas lah ditunjukkan segala jenis seafood yang murah kat Pasar Ikan Tawau tu, sampai ada lah sedara mara kat semenanjung tu order macam-macam. Risau ai.

Bila dan tunjuk seafood yang murah tu, tak kan tak ada kedai yang best-best nak makan seafood kat Tawau ni? Heh. Mesti ada! Kali ni aku terjah Restoran Hotplate yang terletak di kawasan Fajar. 



Langsir kedai warna merah kauuu. Siap ada perhiasan yang tergantung-gantung tu. First time masuk, tudung aku tersangkut kat benda alah yang tergantung tu. Nasib tak tertanggal tudung aku!


Tara. Sup jagung ketam yang mahbelous.
Tak sure kat area Sabah yang lain, di Tawau ni, sup jagung ketam ni antara makanan rutin dan mesti ada dalam menu. Tak caya esok-esok ce tengok, hehe.

Sup ketam ni best kalau diorang masak guna isi ketam fresh, dimasak likat dan pekat dan ditambah butir jagung. Macam dalam gambar. 

Kat sini, rasa dia ok lah. Aku pernah makan sup jagung ketam lagi sedap masa berbuka puasa tahun lepas dekat Hotel De Choice. Tawau jugak la.


Terung goreng berlada.
Lada dia sedap! Lauk ni lechen malam tu kitorang kerjakan.


Sayur pakis masak belacan.
Standard rasa macam kangkung goreng belacan.

Asyik tunjuk sayur je, mana seafoodnye?

Hehe. Sebenarnya, lapar gilos. Sayur sampai dulu, so sempat ambik gambar segala. Sampai je seafood, terus semua bertukar jadi piranha. Ambik gambar? 

Nehi. Kita makan dulu.

Malam tu, kitorang order udang butter, tomyam campur (rasa semenanjung lagi best, sini kureng sikit), sotong goreng tepung & sayur-sayur sekelian kat atas tu.

Itu namanya hidangan bajet, tapi nak jugak menelan sotong udang semua. Kahkahkah.


Tak tahu apa motif gambar ni.
Yang penting kenyang perut, suka hati. Lain kali bleh datang lagi. Yey.



Sup jagung ketam mahbelous | Hotplate Tawau
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
July 29, 2015 at 7:47 PM

Terung goreng berlada tu nampak macam best ^-^

Reply
avatar
July 30, 2015 at 8:57 AM

Terung goreng belada tu aumm betul. haha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+