SweetMuslimah.com

Thursday, July 16, 2015

Rendang ayam, rendang daging dan misi baju raya

Sebelum balik cuti hari tu, aku x beli baju raya pun. Ada 1 je dress a.k.a jubah yg super labuh, pakai heels namblas inci pun terpijak-pijak lagi T_T

Oleh sebab tahu duit akan mengalir macam paip pecah setiap kali balik bercuti, tambah-tambah pula raya kena bagi duit raya, kensel plan nak beli baju baru, kita pakai je lah dress labuh tak hengat tu pagi raya.

Hah kau gitu cara penjimatan. Sekali. Nan hado. Tetap keluar cari baju raya jugak. Dapat selai jadilah.

Ni kat Airport Tawau lagi. Gigih amik gambar sayap kapal terbang nak bagitahu otw balik raya. Punya lah jahat nk bg orang jeles.

Next time rasanya perlu juga cerita pengalaman membosankan jadi frequent flyer ni. Naik flight dah macam naik bas express, heheh. 

Landing je kat airport, berdesup ajak mak abah shopping Kerepek House kat Banting. Gigih guna navigation cari, padahal sonang jo nak cari, kehkehkeh.

Orang dalam Kerepek House tu, peh. Macam sardin. Tapi sardin versi piranha. Datang je kerepek baru susun atas rak, berdesup orang capai. Putih mata iols tak sempat amik.

Agak-agak dah penuh bakul, beratur nak bayar. Tetiba nampak ada kerepek pisang dalam bakul orang belakang. Terus aku bertukar jadi piranha pulak. Eh.


Sesi merendang kat rumah semalam. Gigih kitorang anak beranak masak rendang daging & ayam. Mak ah tukang masak. Abah tukang potong daging & ayam. Aku tukang blender bawang cili, kerja paling senang. Ahaks ^^

Sambil kitorang masak semalam, adik mengemas rumah. Jadi, hari ni boleh duduk diam sambil hupdate blog *macam ada orang baca*.

Puih. Orang semua tengah bizi prepare rumah oii.
*Ah, pedulikan*


Lepas berbuka, teruskan misi mencari baju raya selai. Pekan Kajang jem giler. Rasa macam nak bawak roti je, setahun menua dalam kereta cari parking T_T

Malam sebelumnya meround Downtown Jalan Reko. 
Azab.
Berlaga-laga bontot, ketiak macham. Euwwww. Tapi xde benda yang best pun. Taubat sungguh nak singgah tempat-tempat jem pack macam ni lagi. Aku tak tahu lah macam mana korang boleh survive Mood Republic Raya Fest. Dah macam semut aku tengok. Gigih betul korang, haish. Kagum aku.

Jadi, semalam masuk Pekan Kajang. Masuk Metro. Dapatlah rembat juga selai. Dah tak peduli, as long as aku ada baju raya selai. Corak oldschool pun jadilah. Ahaks >< 

Hari ni sambung masak rendang lagi. Tambah pula dengan sambal jawa. Ingat lagi tak sambal jawa gojes tu *sambil flip hair kenyit mata*

Ok, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Kalau ada yg terasa sebab sometimes aku terlaser, ampun ye. Kosong kosong tau!=D


Rendang ayam, rendang daging dan misi baju raya
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+