SweetMuslimah.com

Wednesday, July 29, 2015

Restoran Nasi Arab Al-Reef di Semenyih

Restoran Nasi Arab Al-Reef di Semenyih | Dah dekat 10 tahun aku pindah ke Semenyih ni. Start dari sekolah menengah sampai lah sekarang dah kerja ni, Semenyih ni dah banyak membangun. Sekarang bukan setakat membangun, siap dah berlari. JAM gilos nak mampss. 

Tapi, selain dari kepadatan penduduk, Semenyih dan kawasan sekitarnya juga turut berubah. Terutama port makan-makan, heh (typical pompuan perut besar, kehkehkeh). Kalau dulu, Semenyih ni mostly hanya ada kedai-kedai makan tomyam, sekarang dah ada Kedai Nasi Arab la! Ada banyak lagi. Tapi aku nak highlight dulu Kedai Nasi Arab ni. 

Kat mana aku pegi? Ni hah kedai dia. Terletak di Dataran Dato' Mohd Said (DMS). Berdekatan dengan Bandar Tasik Kesuma. Berhadapan dengan Kampung Rinching Tengah. 



Ni aku punya.
Kabsah rice with lamb. Ini serius sedap. 
Tapi katanya pedas sikit. Tapi bukan pedas sikit. Tak podeh langsung. Tak tercabar langsung lidah nogori sembilan den ni hah.

Hanith lamb
Budak Amin punya. Pada aku sedap la. Bila makan, jumpa pulak bahagian yang ada lemak-lemak dia. Peh. Kambing dia ada rasa mint-mint sikit.

 Pilihan mak.
Mandy chicken

Semua set nasi ni disertakan dengan sup, kuah kari (kut lah. Aku pun tak tahu. Agak-agak rupa macam kari, kita bantai kata kari saja), arabic salad (dalam pinggan yang bersepah-sepah tu), salata dan zabadi (yogurt).

First time masuk, dah terpinga-pinga nak order macam mana. Dah rupa macam rusa masuk kampung. Main order je. Entah rupa macam mana pun tak tahu. Sampai makanan terus makan. Bila tengok balik gambar ni, nampak nau pipi tembun. Haish. Dah rupa tembun macam pau gitu pun ada hati makan nasi malam-malam. 

Tapi apa aku peduli. Yang penting puas hati! Ahaks.

Ambient ok, boleh pilih nak duduk dalam bilik aircond (harga mahal sikit kut) atau kat open space berkipas. Makanan pun cepat sampai. Kira ok la tu. Tapi not sure rasa sebenar nasi arab ni, untuk first timer macam aku, haruslah kata sedap kan? Kehkehkeh.

Malam tu kitorang 5 orang order:
Kabsah lamb (regular) x 2
Mandy chicken (regular) x 1
Hanith lamb (regular) x 1
Mandy lamb (regular) x 1
Ice lemon tea 1 jug
Milo ice x 1
Kebab wrap x 2

Semua sekali RM101. Ok kut harga dia? Yang penting kedai ni dekat dengan rumah aku. 7 minit perjalanan je. Dah kenyang, balik rumah terus membuta. Lepas tu bising, apesal makin bulat macam teletubbies. Ceh T_T

Warga Semenyih, Beranang boleh lah try makan kat sini kalau nak lari sekejap dari menu normal kita tu. Sekarang tempat kita sikit lagi nak upgrade jadi bandar, macam-macam ada, yey. Tak lama lagi highway susur keluar Lekas siap, lagi laju lah mentekedarah. Ahaks.

Restoran Nasi Arab Al-Reef di Semenyih
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
July 29, 2015 at 1:32 PM

Dekat dengan rumah Nani ke? Hihi.

Reply
avatar
July 29, 2015 at 7:45 PM

Eh I didnt know that area has nasi arab . Haha Alright maybe I need to find and grab those dinners kan . You should try real nasi arab . Real Nasi arab first thing I like to say "Ma shaa Allah Besornye !! " .Locations ( In Malaysia I found one near Cyberjaya / Ipoh Perak / KL Ofcourse ( Near Bukit Bintang ) n Then Nasi arab their versions it's like makan dalam DULANG not Pinggan .. It was like 6 people appetite for one person . Haha Makan till Explode jawabnye . Haha NIce article Btw :D

Reply
avatar
July 31, 2015 at 7:22 PM

Sedap nye nasi arab. Craving

Reply
avatar
Anonymous
November 6, 2015 at 12:45 PM

kita ada lagi satu kat bangi. sebaris dengan butik yang ada kat seri bangi. kalau sape2 yang dekat area bangi seksyen 7,8,9 boleh la datang . kita buka

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+