SweetMuslimah.com

Saturday, July 11, 2015

Ifthar di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau

Ifthar di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau | Hah kau, kemain panjang tajuk dia aku bagi, haha. Bahana lama sangat tak hupdate blog, saja ja tajuk bagi panjang. Supaya korang dah baca, terus tahu isi, tak payah baca entry lagi. Eh. Jangan macam tu, haha.

Sebenarnya, minggu lepas lagi ifthar di Hotel Emas Tawau ni dengan kawan-kawan semenanjung. Dan hari Rabu lepas pun berifthar lagi disini, tapi bersama kawan-kawan sejabatan pula. Haish, apa, dah tak ada tempat makan lagi best ke kat Tawau ni? 

Jawapannya ada, tapi pilihan untuk berbuka puasa @ ifthar di The Cacao palace Restaurant, Hotel Emas Tawau ni agak best. Kira value for money! RM48/pax. Heheh. Menu setiap hari berubah. Ini menu delicious yang kitorang dapat masa hari tu. Mengalir air liur pula bila tengok gambar T_T

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
Ketam besar pinggan masak butter

Banyak gila aku makan ketam ni. Dah la besar nak mampppps. 
Nak korek isi yang kat sepit tu azab bebenar. Penyepit tak ada, kita gigit pakai gigi jela. Tanda-tanda gigi kuat lagi, kahkahkah.

Terus orang meja depan terpesona dengan kegagahan gigi aku. 

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
Kambing masak apa ntah.
Tapi sedap gilos. Mau 2 kilo kut aku telan malam tu.

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
Pinggan aku. Meriah tak. 
Yang 2 lauk atas tu side dish je =D

Nampak ada udang terselit belakang sudu tu? Itu sebenarnya kerabu mangga. Sedap gilos. Rugi pula ambik siit masa tu. Kerabu mangga bergabung bersama telur masin dengan nangka masak lemak cili api, peh. Kecur air liur guwa. 

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
Yang best kat sini, selain lauk ala-carte, ada juga stimbot. Lauk stimbot pun banyak gilos. 
Rasanya malam tu, perut aku merayu-rayu "Please miss, no more. Tak ada ruang dah ni". Haha

Tapi serius, tomyam dia kaw gila. Best!
Ini kitorang makan beround-round. Ahaks.

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
 Ehey, kata ifthar dengan geng semenanjung. Kenalkan geng aku kat sini. Mehmehmeh.
Meja kecik, yang datang makan pelahap macam tak pernah ifthar kat hotel, nampak penuh nau meja. Nasib aku tak tunjuk ABC jagung aku yang mehbelous tu. Round ke-3 kut? Kehkehkeh.

Bufet Ramadan di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
Tuan tanah kekenyangan. Kena cover perut. Kahkahkah.
Esok-esok, kalau korang singgah Tawau, boleh je datang makan kat sini.
Ifthar kat sini pun ok. Banyak gila pilihan.

Esok dah nak terbang balik semenanjung. Cuti raya hoiii.
Selamat Hari Raya, tapi hari ni masih lagi puasa. Jangan puasa yang-yang-yuk, nanti tak boleh raya! Ahaks.



Ifthar di The Cacao Palace Restaurant, Hotel Emas Tawau
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
July 11, 2015 at 12:53 PM

Kalau tengok pada nama hotel menampakkan tuan punya hotel emas tu memang kaya raya orangnya. Ye la kot kalau tak letak nama 'emas' sekali pon memang taukey hotel kaya raya..bisnes menguntungkan lg masa ramadhan...adat kebanayakan orang suka makan bufet iftar kat hotel.

sedap2 nampak menu yg disediakan. Bestnya Shira..

Reply
avatar
July 12, 2015 at 6:07 PM

ketam masak butter.. ohh memang suka ketam.

Reply
avatar
July 12, 2015 at 9:48 PM

ishh...daging kambing tu..menyelerakan tul

Reply
avatar
July 24, 2015 at 11:19 AM

mak oiii....sodap eh semua lauk pauk tuh...hotel 5 star ke ni?

Reply
avatar
August 6, 2015 at 12:15 AM

Sabah & Sarawak memang gred A dia punya seafood..teringat dulu-dulu jalan kat sana..Memang puas hati kalau bab nak makan seafood..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+