SweetMuslimah.com

Thursday, July 2, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Manis di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari: Pengalaman Manis di Bulan Puasa | Hai, berjumpa lagi kita setelah Kak Sha korang menjadi gagah perkasa semula! Ahaks.

Bercakap pasal pengalaman manis, ada banyak je pengalaman manis, pahit, masin, masam, tawar dan sebagainya. Pengalaman-pengalaman tersebutlah yang menjadikan kita manusia hari ini. Ops. Berfalsafah pulak =D

Semenjak dari usia 13 tahun (Tingkatan 1) lagi, aku dah mula bersekolah di sekolah berasrama. Sampailah Tingkatan 5. Masuk matrik, pun matrik yang jauh dari rumah, Matrikulasi Tangkak Johor. And again, asrama lagi! Habis Matrik, sambung Degree, duduk asrama juga.  Haish. Memang dahi cop budak asrama betul. Jadi, bila korang nak menipu, nak pedajal super senior 11 tahun asrama ni, toksah la. Sekelip mata je aku boleh tau trick tak jadi korang tu! Peh. Exagerate nau! Kahkahkah.

Tapi, pengalaman duduk asrama 11 tahun itulah yang mengajar aku menghargai erti kekeluargaan. Untuk menghargai masa bersama keluarga. Punyalah merempan setiap kali hujung minggu nak balik rumah punya pasal. Mak masak sambal ikan bilis je pun dah rasa nikmat sangat. Mekasih mak. I Love u very much =)

Pengalaman manis aku dibulan puasa sangat kurang walaupun dah 27 tahun hidup. Hehe. Apa nak buat, aku anak perempuan yang tak cukup extreme. Dan pada aku, buat masa ni, pengalaman berbuka puasa bersama keluarga, adalah pengalaman yang paling manis di bulan puasa. Berbuka dengan nasi putih, ayam tua masak lemak cili api, sayur goreng jawa (semuanya mak masak). Sedaaaaappppnya. T_T Mak, nak balik rumah sekarang!

Abah buat-buat bizi pulak T_T

Pengalaman manis aku semata-mata adalah makanan. 
 Pengalaman manis di Aidilfitri juga kemungkinan besar adalah makanan raya. Haha.

Apa pengalaman manis korang di bulan puasa?

#Cabaran20Hari: Pengalaman Manis di Bulan Puasa
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
July 3, 2015 at 12:38 AM

samalah kita.. duduk asrama start duk asram masa tingkatan 1 sampailah masuk u...
hehe...
masa muda-mudi... bab makanan lah yang paling best.. macam n best2.. dah tak macam sekarang... kebanyakan peniaga nak untung lebih je... kualiti tak semengah mana..

Reply
avatar
July 3, 2015 at 2:24 AM

memang mknn je dlm fikiran kita kn.hihihihi

Reply
avatar
July 3, 2015 at 2:24 AM

memang mknn je dlm fikiran kita kn.hihihihi

Reply
avatar
July 3, 2015 at 8:38 AM

kann.pengalaman manis makan² tu..terasa nikmat kemanisan :)

Reply
avatar
July 6, 2015 at 11:19 PM

kalau puasa tak kan lepas dr terbayangkan makanan.. hehe

jemput join GA kad raya nina ! esok last day

Reply
avatar
July 7, 2015 at 8:32 PM

sedapnyaaa sambal jawa. hehe

Reply
avatar
July 11, 2015 at 12:19 PM

Peh, 11 tahun duk asrama yer...

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+