SweetMuslimah.com

Monday, July 13, 2015

#cabaran20hari: Menu wajib di pagi raya

#cabaran20hari: Menu wajib di pagi raya | Bila sebut pasal raya ni, yang paling best selepas duit raya (sekarang dah tak best sebab dah jadi tukang bagi duit raya) adalah makanan raya. Menu-menu rare dan bombastik yang dihidang atas meja untuk dilahap beramai-ramai. Ahaks.

Kalau kat rumah aku, ada beberapa menu yang mesti (kalau tak de, mau menangis hentak-hentak kaki) ada di pagi raya. Ala. Menu raya biasa je, tapi dah jadi wajib buat. Antaranya..

Ayam pencen masak lemak cili padi
Gambar: Kredit akusukatulisblog

Belum masak untuk raya. Terpaksa google nk tunjuk kat korang lauk ayam pencen feberet turun temurun ni, ehehe. Kalau balik kampung, menu ni lah yang first sekali aku cari dalam periuk.

Haa, siap cari dalam periuk kauuu. Bawah tudung saji tak nak. Ceh. 

Ayam pencen ni makan dengan nasi pun sodap. Makan dengan nasi impit lagi menjilat jari. Adududu. Tengah puasa lagi ni T_T. Paling best makan kalau mak masak versi pedas nk arwah. Ditambah pula dengan daging ayam yang direbus empuk, tak sedar dah tambah 3 kali. Eh.

Lepas tu melecet bontot keluar masuk bilik air. Kahkahkah.
Tapi, Ayam pencen ni ada geng dia dalam pinggan. Ini dia.

Sambal goreng jawa!
Gambar: Kredit ameerafatinskitchen

Geng-geng jawa rangers macam aku mesti tahu menu ni. Nama je sambal goreng, tapi mana ada rupa sambal pun. Isi dia kentang, tauhu, tempe, kacang panjang yang digoreng bersama kicap dan ditambah udang, pucuk, soun. Kadang-kadang ada hati. Ikut suka hati tukang masak lah. 

Aku syak nama dia sambal goreng jawa sebab digoreng oleh orang jawa. Feberet family ni. Adik aku boleh habiskan sambal goreng jawa ni satu pinggan besar sorang! Dahsyat gilos.

Pernah juga aku masak benda alah ni, then bawa pegi opis. Eh. Sedap pulak kakak kelate opismate aku cakap. See the leg lah kan. Jawa rangers. Hihi.

Raya ni nk masak menu ni. Nanti aku perturunkan resepi dia. Biar satu dunia bertukar jadi jawa! Ahaks.

Banyak lagi menu wajib. Antaranya rendang ayam, tapi mesti semua tahu rendang rupa cemana. Jadi, apa menu wajib pagi raya korang? Meh share. Mana tau menu rare dari yang lain?



#cabaran20hari: Menu wajib di pagi raya
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
July 13, 2015 at 9:58 AM

nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

Reply
avatar
July 13, 2015 at 8:46 PM

sedapnyaaa sambal jawa tu :) nanti kongsi resepi kak sha

Reply
avatar
July 14, 2015 at 11:35 AM

happening balik kampung bila dapat makan pulut periuk kera dengan rendang maman, dapnya.. masa komen ni pun dah terasa-rasa nak balik kampung dah.. huhuhu..

Reply
avatar
July 14, 2015 at 7:28 PM

wahhh terliur kita tengah pose ni menengok kak sha...sedap ni! :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+